31 December 2012

Tips Cantikkan Filling Egg Tart/Tat Telur


.Assalamualaikum.


yum yum yummmm *tumblr*

How to make beautiful egg tart? Kalau ikut bahasa Malaysia, macam mana nak buat tat telur yang cantik? Wahhh skema habis. Aku start makan egg tart masa sem 4 kat UiTM. Time tu lecturer Economics yang belanja kiteorang satu kelas. Seram nak makan mula-mula sebab kat tengah tu macam jelly and aku fikir sure aku termuntah makan. Tapiiiiiiii.. Bila dah makan?? Tak cukup hoi! Baru tau yang egg tart ni sedap rupanya.. No wonder lah ramai yang gilakan egg tart kan?

So, kejadian tu tahun 2010 dah rasanya. Tapi, sekarang aku pulak gigih buat egg tart. Banyak kali jugak buat. Dannnnnn banyak pesen aku try nak bakar. Banyak kali jugaaaaakkkk filling telur melimpah keluar dari crust. Kesian. Tapi sebab terlalu banyak kali buat egg tart so dah terer dah nak buat. Hamboi kau. Perasan.

Nak buat filling egg tart nampak cantik je macam gambar atas tu senang je. Senang la sangat uols. Pheww. First, JANGAN JANGAN JANGAN bagi filling telur terlalu nak gelembung time bakar tu. Means that uols kena selalu perhatikan bila dah letak filling telur. Well, tak lah setiap minit pegi tengok. For the first 10 minutes, tak nak tengok pun takpe. Tapi minit lepas tu dalam 5-10 minit lagi tambah masa then, jaga-jaga sikit. Bila nampak macam ada beberapa yang naik gelembung tu, bukak oven the try goyang-goyang kan sikit tray. Kalau semua dah keras, takde yang nampak berkocak sampai semut boleh terjun tu so korang boleh keluarkan lah ye. Kalau ada lagi beberapa yang tak keras, tambah masa sikit je lagi. Pastu check lagi ye.

What if kalau terlalu naik gelembung? Hmm. Filling telur korang akan mengecut macam kulit berkedut. So tak cantik hokeh!

Second, bila dah keluarkan dari oven tu mestilah biar sejuk dulu baru makan kan? Pon boleh. Tapi nak lagi best sejukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan. Ohhhh sedap sedap sedap. ^_^ Resepi? hmm. Nantilah. Ala, google pun banyak. Dasar pemalas nak bagi resepi sekali. Okay lah. Aku nak pegi sambung buat egg tart. Semalam tak sempat siap. >_<

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

combi said...

okeyh.noted! :)

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan