05 December 2012

Rutin harian sekarang.


.Assalamualaikum.



Sejak kerja ni rasa macam takde life sangat. Bangun pagi, nak tolong kemas rumah, siap-siap pergi kerja, balik kerja fikir nak rehat je manjang lepas tu fikir nak tidur tidur tidur. Itu sebelum ni lah. Sekarang dah malas gila nak pergi kerja. Bangun lambat, lepas tu menggelupur nak kemas rumah, sidai baju, bagi arnab makan, bagi kucing makan. Sampai tempat kerja, dah malas nak mampus lagi. Penat. Mungkin. Balik kerja, tidur pun dah lambat. Tu yang bangun pun lambat. Alahai.


Kalau orang cakap " bestnyeeeee kerja kat kedai cupcakes! " Jawapan aku mesti " hehe.. memang best pun " But indeed, sangat penat. Sangat. Perlu ke aku nak ulang perkataan sangat tu? Penat bila terlalu banyak order nak dikejar. Berdiri berjam-jam. Kadang rasa nak menangis je. Eh? Tapi bila time takde kerja nak buat, rasa nak tidur aje kat kedai tu. Serius mengantuk kalau takde kerja sangat. Ah manusia, bukan pernah bersyukur dengan apa yang ada =.='


Tapi, Alhamdulillah. Banyak ilmu yang dapat. Belajar frosting paling aku nak sangat. And now, I already got it! :D Tak lah penuh ilmu kat dada kat kepala otak ni ha. Tapi boleh lah daripada takde langsung kan? Dan aku rasa aku takde chemistry sangat dengan chocolate cake or cupcakes. Sebab kadang menjadi aku buat, kadang tak. Kesian.




Starting next week, my boss will be going to Japan. Only me and another colleague will handle all those upcoming orders! Oh yeah. Hoping that everything will be fine. And same goes to chocolate cupcakes >.< Tapi aku tak ambik banyak order. Just cupcakes butter-cream design fondant dengan fully fondant. Hasilnya, kita tunggu dan lihat ajelah ye. Kadang aku pening nak explain dekat customer beza fondant dengan butter-cream. Aku explain pun dieorang ternganga lagi. Haih. 


Oh, semalam ada customer datang cakap :

Customer: Err, ada pekerja nama Iqa?
Aku: Err.. ya, saya.
Customer:  Err.. bukan.. hmm.. blogger yang nama Iqa
Aku: *sengehkambing* Saya la tu. hehehe

lepas tu bla, bla, bla tu borak :P

Thanks Kak Yaya for coming :)

So, sempat lagi menaip sebelum pergi kerja. Dah, nak siap-siap pergi kerja pulak.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

4 Love Note (s):

Yaya Azura said...

sama-sama ..
hihi..dapat juga bertentang mata....

J.Syazwana said...

bestnya keje kedai cupcake !macam comel gila. haha.

one day teringin nak ade kedai cake sendiri. bakery lah. huhu

bila keje ni memang penat. balik keje memang pk nak tido jek. huhu

SIELA MIKAIE said...

Bestnyer dpt blajar buar cake..akak suke bnde2 cmtu tp xcreative..hmmm..tahu makan je..

athirah said...

beznya tgk cup cake tu..tp sy pandai mkn jak..buat tak pandai.hehehhe

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan