Seorang Anak Perempuan dan Ayahnya

aku rasa ramai yang cerita pasal ibu daripada abah. atau mungkin aku sendiri yang tak perasan berapa banyak ada orang tulis pasal abah. Alhamdulillah, aku masih ada abah ada ibu. ibu dan abah yang saling melengkapi hidup sehari-hari. semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan segala nikmat yang Allah berikan. ini kisah benar. kisah seorang anak dan ayah.


anak perempuan ni boleh dikatakan sebagai daddy's girl sebab dia satu-satunya anak perempuan. walaupun begitu, ketegasan tetap ada. biasalah kan, anak perempuan satu. haruslah dijaga sebaik mungkin. sama juga seperti anak yang lain. anak perempuan si ayah ni tadi dah pun jadi seorang remaja yang belajar di salah satu institusi pengajian tinggi awam. satu-satunya anak perempuan yang diharap supaya menjadi contoh untuk adik-adik yang sedang meningkat remaja.


darah muda sememangnya panas bukan? ditegur sikit marah, masam muka, menjawab. tapi itu dulu sekarang anak perempuan itu sudah lebih belajar untuk sabar. tapi dia ingat sabarnya itu boleh ditahan. tetapi rupanya tidak. ceritanya apabila mereka bersama-sama bercuti di Kuala Lumpur.




sebelum berangkat pulang ke negeri asal, si ayah ada memberitahu anak perempuannya yang mereka akan check out pukul 11 pagi dan selepas itu singgah di Times Square. tapi, lebih kurang 10:30 am si ayah hantar pesanan ringkas kepada si anak supaya cepat-cepat bersiap. anak perempuan itu terkejut sebab dia belum sempat mengemas apa-apa barang pun. sudahlah dia berhajat nak pakai selendang yang berbelit-belit. nak pakai tudung bawal biasa tak boleh sebab dia dah masukkan semua tudung ke dalam beg yang berisi baju kotor, ayahnya tadi tiba-tiba naik dan bersiap dalam lebih kurang 5 minit. lelaki memang senang nak bersiap cepat. tapi perempuan perlu masa. lebih-lebih si anak yang remaja dan baru pandai bergaya dengan fesyen-fesyen tudung terbaru. selepas ayahnya tadi keluarkan semua barang-barang, anak perempuan itu masih lagi di dalam bilik. bersiap segala yang patut tetapi dengan mood yang sangat marah, dengan mulut yang terkumat kamit membebel, dengan hati yang sakit, dengan tahan air mata daripada keluar. tapi akhirnya si anak siap berkemas dan mereka berangkat ke Times Square dengan keadaan si anak tadi masih lagi sakit hati.


dan sepanjang perjalanan ke Times Square, si anak hanya mendiamkan diri, membuat muka dan menahan air mata. tiba di Times Square untuk kali pertama seumur hidup, dia hanya mengikut si ayah yang ke hulu ke hilir mencari lif untuk naik ke tingkat 14. selepas agak lama, akhirnya sampai di tingkat 14. si ayah sebenarnya ada mesyuarat dan si anak perempuan tadi dilepaskan bersama dengan si adik untuk berjalan disekitar Times Square. berbekalkan RM200 yang dibagi oleh si ayah, akhirnya anak perempuannya dan jugak adik berjalan disekitar Times Square.


lebih kurang hampir ke pukul 4 si ayah tadi selesai mesyuarat dan menyuruh anak perempuan dan si adik naik ke tingkat 14 tadi. si anak perempuan turutkan saja. tetapi bila naik lif ke tingkat 14, mereka tak boleh keluar daripada lif kerana seperti sudah ditutup dengan penghadang. mereka cuba lagi menaiki lif lain dan keadaan masih lagi sama. si ayah terus-terusan menelefon bertanyakan mereka ada di mana. si anak perempuan menceritakan hal tadi tapi si ayah seolah tidak dapat memahami dan telefonnya jugak hampir kehabisan bateri. dalam keadaan tegang begitu si ayah cuba memarahi anak perempuannya dan tanpa anak perempuan itu sedar, dia telah menengking ayahnya sendiri. akhirnya mereka bertembung dalam satu lif yang sama.





di dalam lif tersebut, si ayah tersenyum sambil mengatakan bahawa si anak telah menengkingnya di dalam telefon sebentar tadi. terkejut dengan penyataan si ayah, si anak hanya diam dan hampir menangis. sungguh tidak terlintas sedetik dihatinya untuk melakukan hal yang sedemikian. keadaan agak tegang dan dia tidak dapat mengawal emosinya. apa yang dia lagi sedih, bila si ayah masih lagi mampu tersenyum mesra walaupun mungkin terguris dengan sikap anaknya. di dalam kereta, anak perempuan tadi menahan dan terus menahan air mata daripada keluar. mengelap sedikit air mata yang penuh bertakung di mata. penyesalan yang besar.


saat itu kalau dia punyai kekuatan, ingin sekali dia memeluk erat ayahnya dan memohon ampun kerana silapnya sebentar tadi. sungguh dia tidak mampu melihat senyuman ayahnya setelah apa yang dilakukanya itu. terasa bersalah terus menggangu jiwanya sepanjang dalam perjalan pulang ke rumah. dalam pada itu, dia cuba untuk bercakap baik-baik dengan ayahnya kerana kekesalan sangat tinggi tahapnya. anak perempuan ini tadi mahu meminta maaf tetapi entah kenapa mulutnya tidak mampu mengeluarkan kata-kata tersebut.


sehingga sekarang, anak perempuan tadi masih lagi teringat akan hal itu. sedih. mengenangkan kesalahannya yang begitu. dalam hatinya sering berkata,

 " abah, kakak sayang abah untuk selamanya. maafkan kakak untuk kesalahan yang kakak lakukan. sungguh kakak tidak sengaja. maaf andai perangai kakak selalu buat abah kecewa. "


anak perempuan itu ingin memberitahu kepada dunia, bahawa ayahnya adalah ayah yang terbaik di dalam dunia. tidak mungkin dia dapat mempunyai seorang ayah yang begitu baik jika andai ditakdirkan Allah menjemputnya ayahnya kembali. bukan itu yang dipinta. tapi, dia cuba menyatakan bahawa ayahnya adalah insan yang terbaik pernah dijumpai.


dan sekarang, anak perempuan itu cuba berusaha menjadi yang terbaik supaya dia dapat membalas segala jasa ayahnya. dak juga tidak lupa ibunya yang sangat disayangi. kerana dia tahu ayahnya tidak pernah tidak menyediakan kelengkapan hidupnya. hidupnya tidak semewah kawan-kawan yang lain, cukuplah sekadar mempunyai segalanya dalam kadar sederhana.


Comments

J.Syazwana said…
kisah kamu ke yang?
Azhafizah MN said…
berterus terang adalah lebih baek..usah dipendam nanti jadi lagi teruk..berani kan diri untuk berkata sesuatu yang mungkin akan membuatkan hati tu sangat gembira kelak..
kim heeruul said…
pndai buat cerpen yerk.
YanaHime said…
me daddy's girl too...
Tapak Kaki said…
kengkadang memang susah nak lafazkan kata maaf ni.. perkataan yang pendek tapi berat..
NisaAdnan said…
ORG TAK RAPAT SGT DGN ABAH
Sky b4 Pinky said…
sedihlah.. teringat kat ayah saya gak..kadang2 kita tak perasan akan perbuatan kita..slalu tak puas hati..tapi bila kita fikir kan lagi..banyak sebenarnya yang ayah kita dah buat untuk kita..hanya terbaik...
SIELA MIKAIE said…
reality dlm hidup eka ke nie??
Unknown said…
saya pun anak ayah !
NisaAdnan said…
btw, anda ditag :))
http://hanisaya.blogspot.com/2011/11/tag-buat-kita-rasa-dihargai-betul-tak.html
Hans Hanis said…
suka entry nih
:-)
syafiqa said…
ok.ini cerita betul kau.aku tahu.
eh,aku nampak kau kt TS hr tu :p

dah,pasni jgn tengking walaupun kita sbg di tengking.kita xde sape da selain depa weh.sobs.

ok,air mata da bergenang.ceit.
Unknown said…
sy anak bah juga. sorg lak tuh. mcm2 lah kena control, demi kita juga :)
emieysandra said…
hargailah mereka slgi mereka msih ada kan :)
MIMIE AIZA said…
hargai apa juga yg ada di depan mata. nanti bila dah x de, kita akan menyesal
Izzatie said…
Best entri ini, macam baca novel :)

Take care darling!
Abu Bagi said…
wah serita betul ke ni..

sedih pulak aku baca.. mmg sukar nak meminta maaf..

ya buat yg terbaik tuk membalas jasa orng tua kita..

*lagi sedih.. ayah dah lama pergi :(
Hizami Li said…
hurm. sedih kan? kdg kdg kita dah lukaka hati ibu ayah tanpa kita sedar. :'(
Ihsan Arifin said…
jadi lah anak soleh/solehah nescaya ibu bapa kita gembira :)
syazwani ab said…
huhuk, terharuuuu ~
najihah sahami said…
sabar ye anak perempuan. mish pun biasa jadi macam ni. nak mintak maaf malu, ego. so, kita cuba bayar melalui sikap baik dan terbaik kita. apa-apa pun, anggap ini pengajaran k.
Far8 budak baik said…
alalala akak ceirta nak sedih je..
nnti dah kawenn..
jagan lupe ktorg k..
hahahahaha
cik helena said…
sedih ne :'(

kalau awak minta maaf kite rasa mesti awak lagi rasaaa lega :)
Far8 budak baik said…
akak..update bolehhhhhh..
ape ni tak berupdate...
ape kes..
pemaleh betol!!
hahahahaha =p
sedih.. huhu.. nice.. jmput bc DONGENGAN si ibu di blog kami.
Nina Mads said…
kasih sayang ayah. ayah yg selalu manjakan sya :)
Unknown said…
mek..semua ni ada hikmah..dan mungkin kalau semua ni tak berlaku..kiter takkan tahu apa yg kiter rasa kat ayah kiter..huhu..pengajaran tu..jangan buat lagi
Anati Soki said…
anati soki sayang ayah!!! :)
ngeeee
saya sayang ayah saya
Anna Boleyn said…
hye iqa...

nak menjemput dtg ke majlis resepsi hana & che arm.

nak address pls.. nak pos kad kawen.

send kat email nh.hana0610@gmail.com ni kay :)
Anna Boleyn said…
hye iqa...

nak menjemput dtg ke majlis resepsi hana & che arm.

nak address pls.. nak pos kad kawen.

send kat email nh.hana0610@gmail.com ni kay :)
cik azeya said…
situasi yang sama dengan saya.

suke marah2. last2 menyesal sendiri sebab mak ayah tak pernah sakitkan hati. kite je yang over kan. :(
Woofer Storm said…
kalau sy tengking bapa,dah lama kena lempang kot..heeehee

hai iqa,mkin comel nampak..hehee
walaupun saya dah dewasa tapi saya selalu rasa saya masih a daddy's little girl :')

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes