19 March 2013

Perasaan Ini


.Assalamualaikum.


*silent mode*

Last minute kerja tu memang macam bagai isi dengan kuku dah. Takkan ada kacang lupakan kulit. Gitew. Kemain peribahasa bagai tengah malam gini. Rehat. Kasi hilang lenguh hadap laptop dari siang sampai beberapa minit sebelum taip entri ni. Duk main movie maker tu rasa macam nak kekah kekah laptop tu. Tapi tapi mana boleh. Laptop Mem Besar. Dah janji nak tolong siapkan assignment. Hujung minggu nak balik maktab. 


*secretly crying*

Entah. Hati payah. Payah nak terima kenyataan. Sakit. Sangat. Kenyataan yang tak pernah terlintas dalam fikiran. Tak pernah terlintas dalam hati. Sekelip mata. Hati curiga. Rasa marah. Rasa nak bagi penumbuk, penerajang, penyepak. Kenapa? Soalan yang tak akan dapat jawapan. Tak akan pernah dapat. Sebab mulut, sebab hati. Mulut terlalu berat nak bertanya. Hati terlalu sakit bila ingat. 


*you*

Kenyataan yang diterima. Gelak. Takpe. Yeke takpe? Hati kata tak, kan? Tamak. Nak jugak. Ish. Buruk perangai. Cukup hanya tahu semua masih macam biasa. Cuma keadaan. Masa berjalan, bergerak. Kita punya tugas. Punya tanggungjawab. Hmm. Jodoh. 


*mereka*

Terima kasih atas doa diturunkan bala itu. Manusia. Cepat lupa. Tamak. Tak pernah cukup. Tak pernah nak hargai. Kesian. Kami kesian. Tapi sampai bila? Usaha. Kenapa tak pernah usaha untuk ubah diri, keluarga. Busuk hati. Kurang ajar. Mana adab? Semua lupa. Lupa apa yang pernah dibantu. Bukan sekali. Berpuluh tahun. Mulut busuk. Jaja cerita tipu. Benci. Menyampah. Meluat. Bunga kami bagi, najis mereka balas. Sabar. Sabar. Sabar. Itu saja mampu. Moga Allah lindungi kami.


*senyum*

Kalau suruh semua berhenti tanya, apakah akan dilayan? Tak. Jadi, senyum. Semoga ada. Ada yang bawa kunci itu lagi. Kenangan. Ada yang pesan. Jangan terlalu ingat kenangan lama. Bukan. Cuma payah. Pilih. Ya. Bukan semberono pilih. Pilih yang punya akhlak. Yang boleh bawa ke Syurga. Yang memahami. Yang menyenangkan. Bukan yang buat hati rasa tak tenang. Macam "something wrong somewhere"


*Ubat Hati*
:)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

3 Love Note (s):

Amanina said...

banyakkan bersabar... tengah dpt ujian allah. chill :)

Anonymous said...

setiap ujian yang ALLAH turunkan itu ada hikmahnya. mungkin kita x nampak apa hikmah tu skrg.. tp bila kita dah nampak, bila kita dah sedar akan hikmah itu, baru kita tahu betapa sayangnya ALLAH pada hambanya.

Rara Farah said...

babe,even bermacam jawapan yang diberi,tak semua jawapan yang diberi dirasakan mencukupi.Be yourself,do what u wanna do.Pendapat orang boleh diminta,tak not everything logiknya diterima.Sekian komen aku.chilled.eh,kalu free share sket resepi kuih ke kek ke.Nak buat time free...Bagi2 ke jirang...ke guane..eheh

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan