11 March 2013

That Day : Engagement and Wedding


.Assalamualaikum.


Hey hey hey it's already 11th March yawww! Tahap malas nak update memang tak boleh nak handle dah. Busy sangat tu takdelah cuma malas. Sebab kadang-kadang 4-5 hari busy lepas tu ingat nak rehat kejap, rupanya sampai ke sudah rehat. Jadi penggangur ni bosan jugak yedak? So, kalau rajin tu aku ambiklah order. Alhamdulillah so far so good ;)

Just Engaged

Alhamdulillah, another one of my best friend just engaged on 23rd February. That was a very very very very hectic week. Myrah and I were together helped her for the day. Guess what? That was my first time set up pelamin. Pelamin lah sangat uols! Aku tak reti sangat nak buat nye haaaa.

tadaaaaaaaaaa. 
Ni tak full lah sebab both side ade lagi pasu bunga cuma tak letak. Mihmihmih. Seriuslah memang aku tak reti buat sebab tak suka sangat buat pelamin. suka tengok yang dah siap je.

Fully Fondant Red Velvet Cake. 
Nak menangis buat ni. Decoration tak pandai pun. Main letak aje. Time ni Myrah datang tidur kat rumah pastu tolong macam-macam. Thank You so muchhh!

Dan, macam biasalah. Asyik kena soal bila pulak turn aku dengan Myrah ni haaa. Aku nak jawab pun macam malas dah. Tapi selalu bagitau je takde calon. Malas nak cari. Cewah kau. Macam mana nak cari kalau setiap hari asyik eksaited dengan bakery and pastry aje? Takde masa nak nak skodeng jodoh. Kakakakakaka. 

We heart you ;)


Just Married

Ni memang betul-betul jiran sebelah rumah. Aku ni taklah rajin sangat. Memang dasar pemalas -____- Aku pegi menolong pun last day gitu. Lagipun dieorang guna catering so memang tak banyak sangat kerja nak buat. Tapi, paling mencabar bila jiran ( I called her Cik Mah ) tetiba suruh tengok cake untuk hantaran. Bedebor gila uols sebab Cik Mah tanya tau tak buat cream untuk cake. Aku ni tak master sangat. Kalau buat takut orang rasa muak. Gitew. 

Bila pergi rumah Cik Mah, aku tengok kek fully fondant. Cantikkkkk. Tapi, fondant dah cair. Banyak yang memang dah rabak yang mana kalau nekad jugak nak buat hantaran memang tak jadilah. And luckily time tu aku still ada fondant yang tak guna langsung. Memang cukup sangat untuk cake. Tapi, yang fail sebab  takde fondant smoother so memang tak smooth pun cake tu bila dah cover dengan fondant. Sedih tengok T_T  Tapi tapi tapi dah order dah kat EazyBake fondant smoother so, lepas ni boleh buat cantik-cantik. Wehuuuuu. Sori uols. Gedik pulok entri kali ni.


*before*

*after*

Bunga letak tepi sebab cacat sikit kat situ. Mihmihmihmih

One more thing, bila kakak pengantin mintak tolong decorate pulut kuning. Mak aihhhh. Rasa nak jadi halimunan time tuh. Aku tak pandai buat tu. Wuwuuuuuu. Tapi, buat jugaklah.Feeling terer gitu uols.

*cropped*
Bride and Groom tu biorlah rahsia. Ececece

Banyak lagi aku nak cite sebenarnya tapi aku tau korang muak kan? Bhahahahaha. Ni pun aku busy nak tolong Ibu siapkan assignment. Nampak senang gila uols. Tapi, sakit jiwa raga nak buatnya. Sobsss. Tunggu next story bulan depan hokeh. Haaa gaya retis. Kau hado? 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

3 Love Note (s):

Azhafizah Md Nor said...

ingatkan eqa bertunang tadi..tahniah untuk bff iqa tu..pasni turn iqa lak kan..eh,pandainye buat kek fondant..nanti leh tempah kan?

Amanina said...

Congrats utk kwn iqa..

tunggu turn tuan blog plak..hehe

J.Syazwana said...

bebeh pandainye buat kek!huhuhu.

nak tempah boleh tak?
tapi nak bentuk myvi.
boleh tak buat?
hihihi

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan