26 November 2013

Pengapit


.Assalamualaikum.


Bila cuti sekolah maka, bertimbunlah kad-kad kenduri kahwin. Kad sendiri masih menanti. Kekekeke. Dalam tempoh empat minggu ni saja, dua orang gelpren aku nak nikah. Satu, dah selamat jadi bini orang. Satu lagi tengah menghitung hari. Sabtu baru ni, lepas je gelpren aku sah jadi bini orang, aku pulak yang terharu sambil terlebil-kebil tahan air mata keluar. Feeling sungguh.

Dan untuk gelpren pertama, awal-awal lagi dah tahu kena jadi pengapit. Tapi takdelah pengapit sangat sebab dieorang tak sanding pun. Pengapit main-main gitu jelah. Tapi feeling dia gila cuak. Pengantin cool je. Aku tanya kawan aku " wehhh dok debor ke?" "biase je raseeee" Dan Alhamdulillah, dah jadi PUAN dah pun kawan aku tuuu. Tak dapat dah la nak tidor sesame lagi. Wuwuwuwuuuu.

Gelpren kedua ni yang sebenarnya aku ditugaskan tukang buat muffin je lepas tu tolong mana yang patut la. Sekaliiiiiii, semalam time keluar dengan gelpren nombor dua dia mintak tolong jadi pengapit. Merah padam muka aku. Sebab satu, memang dia bersanding. Sebab dua, ada video. Waaaaaa. Seram jugak aaaa. Nak kena pikir pakai baju apa ni.


Alang-alang jadi pengapit ni feeling jugak aa nak ambik berkat. Kakaka. Sebab gelpren nombor tiga tak balik kena buat FYP maka, aku ditugaskan untuk ambik berkat bagi pihak dia jugak. Gituuuu. Aku nak ambik berkat kot boleh kahwin tahun depan ke. Lalalalalala~ Tu pun kalau dia nak aku. Sadis pulak tertulis pasal ni.

Aku harap aku jadi pengapit paling cool dua minggu lagi.

p/s: jurutera hati saya
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

2 Love Note (s):

Cik Nadyya said...

hehehe best kan tgok kwn2 da kawin.
pe2 nk kawen nt jemput taw ^^

Tapak Kaki said...

Bismillah.

aku pernah sekali jadi pengapit.. peranan utama tukang kipas.. kau panas aku kipas, aku panas aku kipas.. serious rasa berseri dok sebelah pengantin.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan