29 April 2014

Putus Asa


.Assalamualaikum.


Beberapa hari lepas aku ada post gambar dekat wechat, lepas tu kawan aku komen ;

-- dah putus asa ke?

aku jawab

-- dah. kotttt.

aku sebenarnya tak pasti kenapa ada "kot" Hahahaha. Tapi biasalah kan, perempuan. Entah. Dah tahap pasrah sangat dah. Tapi rasa nya "putus asa" aku entah ke mana dah. 

hati aku ni tak taf langsung aku bagitau aaa. kadang rasa nak tumbuk diri sendiri. tapi tak mampu aaa sebab tak kuasa iols nak sakitkan diri sendiri. Kehkehkeh. 

kalau orang tanya kenapa aku boleh simpan perasaan bertahun-tahun, aku memang takde jawapan. aku sendiri pun kadang tak faham dengan diri sendiri. sepanjang bertahun-tahun ni ada jugak aku kenal dengan orang lain, cuba untuk selami orang lain gitulah lebih kurangnya kan. tapi akhirnya, balik pada yang sama. hahaha. k tak kelakor pon. 

aku cuma ada perasaan sebelum aku tau nanti dah habis grad -- dia kerja apa, macam mana life dia, macam mana penerimaan keluarga aku, keluarga dia, orang-orang keliling aku. tapi sungguh, pada awalnya mak aku memang tak boleh terima langsung. tapi entahlah. hati sorang mak. mestilah nak terbaik untuk anak. mak aku cakap, dia baik. kahkahkah. okay. memang pun. maksud aku, sepanjang aku kenal nilah kan -- solat tu jaga lagi, dia baik sangat dengan family, dan aku lagi senang sebab dia hormat perempuan yang mana tak penah pun cuba nak bercakap bukan-bukan dengan aku apatah lagi acah-acah nak pegang ke, tersentuh ke. not at all. Alhamdulillah for that. Dan sebab tu, aku banyak mintak dekat Allah kalau dia yang terbaik, yang boleh jaga aku dunia akhirat maka permudahkan. 

aku tak bercinta apatah lagi nak declare couple bagai. dan dia, aku tak tahu apa perasaan dia. mungkinlah, kita-kita ada cakap sesuatu yang ke masa depan tapi benda belum tentu. aku cuma anggap dia kawan lelaki yang rapat. bukan takde kawan lelaki lain yang rapat tapi this one might be a bit special. might be. masa depan belum tentu nya jalan cerita macam mana. panjang lagi nak melangkah. dan kalau Tuhan takdirkan cerita ni sampai tahap ni saja, maka redha. dan kalau Tuhan takdirkan sebaliknya, aku akan jadi the happiest princess in this world. Hikhikhik. 


dia tau apa aku rasa. cuma aku, tak tau apa dia rasa. dan sebab itu, aku cuma selalu cakap pada diri sendiri -- kalau ada jodoh nanti, ada lah. I just go with the flow.

walaupun kadang, emo. Muahahahahaha.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

2 Love Note (s):

Ammar said...

Kalau dah jodoh ada lah tu. Tapi btollah cakap orang "cinta kadangkala memeritkan". Setuju?

Tapak Kaki said...

bila dah sampai jodoh tu kita dah tak mampu nak tolak..yang penting jodoh itu pasti datang.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan