09 April 2014

Tudung


.Assalamualaikum.

Phewwwww, dah lama rasanya tak membebel. Walaupun blog dah tak semeriah dulu kan tapi tulah kalau dah suka menulis, nak tak nak ada jugak rasa nak menulis. Gitew. Rasa macam banyak benda nak cerita, banyak benda nak luah tapi malas. Main point memang malas. Lagipun dengan tragedi yang dah sebulan berlalu ni kadang buat hati rasa sayuuuuu sangat walaupun takde kaitan langsung. Mulanya aku tak ambik pusing semua pasal teori-teori yang dikeluarkan sampailah aku terjumpa blog brado kapak. Rajin pulak aku membaca kali ni. Muahahaha. Okay let's back to track.


Life is getting better. Well, I guess so. Sebulan ni aku rasa aku banyak fikir pasal diri sendiri. Fikir pasal kenapa aku macam ni, kenapa macam tu, kenapa aku tak buat ni. kenapa aku tak buat tu. Sampaikan aku rasa aku sepatutnya buat benda ni dah lama tapi Alhamdulillah Allah tu masih sayang. Allah masih tunjukkan jalan. Syukur. Aku cuma berdoa moga aku sentiasa istiqamah.

Beberapa minggu lepas aku cakap dengan abah aku.

"abah, cantiklah xxx ni pakai tudung labuh. along rasa nak try la pakai macam ni"

"ehhh pakai lah long. abah setuju"

*senyum*

Aku taklah pakai tudung labuh. Aku pakai bawal biasa aje. Kadang aku pin kiri kanan, kadang aku jatuhkan straight je lepas tu pin. Dah lama dah aku rasa tak selesa sangat kalau pakai tudung atas paras dada. Aku rasa pelik, rasa tak selesa sangat-sangat. Sebab tu sekarang aku pakai biasa aje. Jadinya, lepas cakap macam tu kat abah, aku fikir kejap pastu kebetulan aku bukak facebook kakak tu. Aku nampak dia jual handsock. Aku pun beli. Rupanya kakak tu ada page lain jugak. Aku bukak page tu aku tengok tudung-tudung bidang besar. Lama aku fikir, aku pun beli. Memang minggu tu aku tak sabar betul nak dapat parcel tu. Bila aku dah dapat, aku cuba pakai tudung tu. Bila dah pakai, aku rasa macam cantikkkkk gila. HAHAHA. Over tak? :P

Entah lah, aku rasa satu perasaan yang lain. Lain dari biasanya. Tapi aku tak pun pakai lagi tudung tu. Baru lepas basuh, sangkut je. Aku still lagi pakai bawal biasa. Cuma aku biasakan untuk jatuhkan tudung ke bawah. Kiranya tak pin lah. Kalau pin pun bila kena kemas-kemas sikit.

Aku nak belajar pakai tudung lagi. Maksud aku pakai tudung secara total. Aku bukan baik sangat pun. Aku nak pakai tudung walapun keluar depan rumah. Aku cuba. Sebab memang aku tak penah buat selama ni. Aku rasa panas sangat memulanya. Berpeluh dibuatnya dengan keadaan cuaca panas sekarang ni. Kadang aku rasa malu. Malu sebab tak penah pakai tudung keluar depan rumah, tetiba kali ni pakai. Orang tanya aku " pakai tudung nak pegi mana? " Aku senyum je. Cakap " tak pegi mana-mana lah "

Aku tak tahu kenapa aku rasa malu. Mungkin sebab aku tak penah langsung buat selama ni. Bila aku rasa rimas pakai tudung keluar depan rumah, aku cuba cakap kat diri sendiri " takpe. panas sini aje. kat neraka lagi panas. sabar."

Tetiba aku rasa nak menangis lahhhhhh pulak. Hahaha. Aku takut kalau aku lalai lagi. Sekarang pun aku masih lagi cuba. Masih lagi paksa diri untuk buat benda wajib ni. Mohon hati ini istiqamah :')
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

diana said...

Ini baru betul..usia mematang kan kita..tahniah..

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan