24 May 2012

life being as an accountancy student .


.Assalamualaikum.


Akauntan. cita-cita kedua yang aku tulis dalam biodata time sekolah rendah dulu. cita-cita utama nak jadi doktor. makin lama, makin tinggi belajar dah lupa cita-cita doktor. banyak main-main time sekolah. bukan gengster sekolah okay. nakal sikit je. tudung pendek, that's me. pakai stokin kaler maler, that's me. ponteng kelas pegi lepak kelas senior, that's me. tu time sekolah sultan sulaiman. bila tukar sekolah baru sekolah bukit sawa, life's totally changed. new environment, new friends. time tu jadi baik sebab takde geng nak buat nakal-nakal.

form five ambik pure science. tak suka menghafal okay. kelas yang selalu ponteng, time fizik. kalau hari tu ada fizik, aku tak pegi sekolah. adik-adik jangan tiru okay. result spm takat-takat makan je ah. Alhamdulillah semua credit. boleh la masuk matrik program dua tahun aliran fizik. hai KMPHians! :) tapi masuk tahun kedua aku keluar. dapat diploma perakaunan kat UiTM Dungun. sebab nak lari dari fizik, nak lari dari homesick, aku keluar. sebab dungun dekat. tiap-tiap minggu boleh balik.

kawan aku cakap akaun macam math. aku suka math. aku pun masuk ah uitm. tapi sebab aku memang kosong gila pasal akaun, aku rasa menyesal pulak. first semester, aku dah fail akaun. sedih okay. *lap-lap air mata* aku pesen malas gila nak buat latihan. aku rasa macam nak pecah otak belajar basic akaun. dan sem-sem seterusnya aku banyak buat latihan. serik weh! tapi, ada jugak aku repeat lagi. company account. study last minute. *panggg kat diri sendiri*



tapi, dari setiap sem ke setiap sem, aku baru boleh fikir sekarang yang akaun ni perlu banyak latihan. practice makes perfect :) aku pesen lambat pikap so, aku kena buat latihan lebih banyak dari orang lain. aku start buat banyak latihan lebih dari orang lain start sem 5! kesedaran aku lambat bebenor. tapi, usaha aku tak sia-sia. markah test dengan kuiz selalu tinggi daripada sebelum ni la. kadang rasa macam tak percaya je tu aku buat.

jadi budak akaun ni memang la sakit kepala. aku pun macam tu. berdenyut-denyut kepala nak fikir satu-satu benda. tapi best sebab main kira-kira. tapi, kalau nak buat latihan, aku lagi senang kalau ada skema jawapan. sebab senang nak tahu macam mana nak dapat value sesuatu tu. itu cara aku study. ada orang tak suka macam tu. tapi, aku rasa ramai macam ni kan?

tapi tak semua subjek setiap sem tu best. contoh macam auditing. serius susah. sepatah pun tak faham. *sigh* kalau bagi pilihan antara law dengan auditing, aku akan pilih law! aku rasa auditing ni kena buat cara praktikal kot. senang nak nampak. kalau hadap buku teks dengan manual je mana nak nampak. nak-nak pesen lampi macam aku ni. ish. tapi, akaun memang best. ye ye je aku ni. padahal dah nekad tanak sambung degree accounting. tanak. tanak. tanak.

nak kata jadi student akaun ni busy 24 hours itu sangat tipu okay. melainkan kalau join kelab-kelab. aku siap berjalan sana-sini, mandi air terjun cemerung, lepak mesra mall, lepak buang-buang masa. study je sikit masa. hee. tapi, untuk kebaikan baiklah korang study daripada melepak. boleh je nak lepaking sana sini tapi bahagikan masa la. mana nak layan korea lagi, mana nak online lagi, nak tengok wayang lagi. pandai jaga diri okay :)



eh. panjang eh aku membebel? nak buat acane. dah memang perempuan suka membebel. hiks.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

59 Love Note (s):

Myra Jay said...

Good luck k.. Akaun ni tak susah sebenarnya, financial yg susah..

MJ dulu Dip akaun, bila degree ambik financial-fuhhh!! pengsan... :)

J.Syazwana said...

gud luck dek. jangan malas2 taw. hik hik. akak dulu pure science. then masuk matrik setahun pon aliran fizik. follow je flow tu. now macam menyesal sikit pon ade sebab amik engineering. rasa macam tak minat. haihhh

SIELA MIKAIE said...

part dari cter eka same mcm akak..tp akak ade 2 choices..architecture or account..jd akak amek account sebab mse kt sek teknik akak dpt class account..sampailah ke u..then ble dh keje rase mcm pikir balik knpla xamek architecture...T___T..

alexa yussida said...

my sis ambil akaun jugak..tp lepas grad, kerja setahun je lepastu smbung blaja nursing skrg jadik nurse..hihi..agaknya mmg ssh la kut akaun smpai die give up keja tu n ambil kos totally opposite plak :D gambatte-ne iqa chan!!

aima said...

takpe dah kerja nanti jd org penting syarikat

shameel Iskandar said...

salam.
ambil ijazah akauntan byk kelebihannya. Kalau aply kpli, start keja dah menyamai gaji guru2 yg 8 tahun kerja.


Tak pasti pulak setakat mana susahnya belajar akauntan sbb saya dulu lulusan ekonomi.

LuVidA^^ said...

ok la tu.. amik account t sng nk cri keje. hee

Zalin Mansor said...

usaha tangga kejayaan..=)

Puteri Iqa Izyan said...

@Myra Jay

rase mcm due2 susah. hahaha :P

Puteri Iqa Izyan said...

@J.Syazwana

uhh. iqa pun tak minat engineering. hewhewhew. sabor jelah kak ye :)

Puteri Iqa Izyan said...

@SIELA MIKAIE

haaa. boleh pulak mcm tu. takpe2. akak dh jadi akauntan pun skang :)

Puteri Iqa Izyan said...

@alexa yussida

waaa. jauh beza. accounting to nursing. huhu. semoga dia berjaya dgn pilihan dia :)

thank you kakak! :D

Puteri Iqa Izyan said...

@aima

heee. insyaAllah :)

Puteri Iqa Izyan said...

@shameel Iskandar

waalaikumussalam.
dulu ade jugak teringin nk jadi cikgu dgn ijazah akaun. tp, bile dh tgk sakit kepala mcm ni jadi tak nak pulak. hee

Puteri Iqa Izyan said...

@LuVidA^^

eh. senang eh cari keje? mcm susah je. huhu

Puteri Iqa Izyan said...

@Zalin Mansor

yes. that's it. thanks!

emieysandra said...

nk senang lpas ni kne susah dulu kannn, hee :D..gudluckk! =)

Cik Yatt said...

hebat la akaun..perghh

Hans said...

hahah
betul2
jadi student tak busy mana melainkan 2 bulan terakhir la
tapi tgok course juga la kut

Azmira Yusof said...

Goodluck kamu :)

----------------------------
izyan kite tag kamu
join Giveaway Cik Ana Aleesya
Sudikah Cik izyan join

# Kenyit mata ^_*

teha said...

wah , gudluck ! :)

Puteri Iqa Izyan said...

@emieysandra

hopefully. heee :')

Puteri Iqa Izyan said...

@Cik Yatt

akaun mmg hebat. tuan yg belajar ni je tak hebat. muehehehe

Puteri Iqa Izyan said...

@Hans

biasenye final sem la kot yg busy. sblm2 tu busy jugak cume biase2 je busy. hee

Puteri Iqa Izyan said...

@Azmira Yusof

thanks!

Puteri Iqa Izyan said...

@teha

thanks :')

Mra Mastura said...

<-- Miya tak reti akaun. haaaa lagi fail hehe

Ihsan Arifin said...

x kisah amik apa pun.
yg penting study betul2 :)

Adam Kaulitz said...

ad bace kat atas tu..akak tulis.."first semester, aku dah fail akaun" ..
emm semester pertama tu memang betul2 susah ke bg yg takde basic?
sy pon mcm akak jugak..mase spm bukan dr aliran akaun..tp pas spm tu ad terbace artikel2 pasal perakaunan ni..mcm menarik..ttiber berminat..then apply lah dip akaun dekat kolej bersekutu uitm IPB tu..kemungkinan intake november ni sy start semester 1..tp bile akak ckp cmni ttibe ase mcm takut..rase mcm nk tuka course pon ad..tp tu lah..nk tnye bdasarkan akak pnye pengalaman..untuk permulaan tu? mencabar tak? n mcm saye ni yg start dr zero about accounting..ad harapan tak klau nk dpt A utk subjek account..*ehe berangan jap :)

Puteri Iqa Izyan said...

@Adam Kaulitz

HAHAHA. chill :) bg akak susah sebab akak sangat malas nak study :P don't worry okay. takde basic pun sure boleh score! insyaAllah :) dengan syarat rajin buat latihan. nak buat dua latihan je pun boleh. tapi, biar faham. faham konsep, faham flow nak buat dari awal sampai akhir :) kalau tak faham terus tanya kawan or lecturer. once you understand, it will be easy for you ;)

account ni memang la semua orang cakap susah. banyak pening2. haha. tapi, bila dah faham, dapat jawapan, kite mesti happy punye! ^_^ tapi kalau jawapan tak balance tu benda wajib. haha. sebab kalau balance pun belum tentu betul jawapan tu :P

permulaan memang sakit kepala nak paham. bahasa-bahasa accounting ni memang tak ngam dengan jiwa. tak pernah tau, tak pernah dengar. hehe.

Satu je penting.. willing to learn. tanam tu dalam diri. Everything will be fine ;)

zarique said...

sy ni rasa mcm nk smbung degree akaun...sy dip dlm senibina ..jauh sgt..tapi,ade strong insticnt dlm akaun..basic pn takde..tak tau la susah ka tak..tpi kalo bdak matrik yg amik sicence bley, nape sy tak bley kan?..wat do u think

Puteri Iqa Izyan said...

@zarique

kalau rasa betul2 minat dan nak teruskan ambik akaun, takde masalah pun :) ramai je yang lari bidang. same goes to me right now. belajar akaun, tapi cita-cita nak ada bakery sendiri. hihihi.

SURE you can! yang penting usaha. jangan bila dah dapat apa yang nak sangat, buat main2. ;) InsyaAllah kalau nak, usaha, berdoa..semuanya jadi baik :)

MShaff Razell Anis said...

Best lhh accounting...
X susah if u know the concept...
Lg pn its will diffrent us from other profession..
We r in professional prefession as accountant sane as docter..
Ok so good luck.. in your bach.

Sya said...

Assalamualaikum akak ..
Saya nak tanya , dip perakaunan , first sem dah start pakai laptop ke ? Saya tak tau perky bwk ke tak . Harap sangat sangat akak dpt rply . Tq :)

Puteri Iqa Izyan said...

@Sya

Waalaikumussalam dik :)

Err akak pon lupa sebab dari first sem lagi bawak. Hehe.

tp takdelah guna sangat pon. kecuali kalau ade subjek Accounting system. Tp kalau awal sem tu tanak bawak pon takpe. boleh share dengan kawan aje :)

sbb takde lah byk guna sangat pon laptop ni. assignment pon boleh pinjam kawan punye.

kecuali time part 4 & part 6.

part 4 nanti akan belajar satu software. biasenya lecturer suruh setiap org ada laptop and install software tu. sebab akan ade gune setiap kali subjek tu.

part 6 pulak nanti korang akan ada final year project bawah subjek ETR. Time ni memang banyak guna laptop. sebab kena buat presentation dan jugak account untuk company

:)

Sya said...

assalamualaikum..
thanks for the info kak :)
saya nak tanya lagi , hehe , sorry bnyk soalan .
pakaian kat sana time pegi kelas mcm mane ek ? ade org ckp pakai baju kurung setiap hari . ade jugak yg ckp pakai bju kurung certain day je .hmm , ke ade hari yg wajib pakai baju kurng and hari lain bebas ?
tq sis :)

Puteri Iqa Izyan said...

@Sya

not a big deal dik ;)
takpe takpe. yg mane akak tau, akak share aje. hee.

yang wajib hari isnin. mmg isnin semua wajib pakai formal. hari lain boleh pakai baju biasa aje. tp kadang2, ade certain lecturers yang wajibkan students pakai baju kurung dalam kelas.

kalau yg freehair, lecturer tak marah pon. tapi biasanya kalau ada kelas agama pakai tudung. lepas hbs kelas agama ade yg bukak tudung, ada yg pakai sampai habis semua kelas.. hehe.

Jeans, Skirt boleh aje.

Slipper tandas pon ade yg berani pakai pegi kelas. tp yg tu nanti kena pandai handle lah. kang kalau terserempak dgn sesape yg perasan, naya jugak. hehe. Sandal, wedges, heels boleh pakai :)

ikhwan wan said...

Ada blaja subjek add math ke ?

Puteri Iqa Izyan said...

@ikhwan wan

takde pon. ade business math. nnt ade jugak costing. mcm campur math dgn akaun gitu. :)

Anonymous said...

salam. boleh x kak bgi list subjek yg kena ambil utk diploma perakaunan ni?

Anonymous said...

salam. boleh tak, akak list subjek yg kne ambil utk dip.perakaunan ni?

nur said...

akak bleh x list kan subjek yg kne ambil??

Anonymous said...

Tumpang tanye

Anonymous said...

Kak tumpang tanye..klau prinsip perakaunan sekadar lulus dlm spm..bolekah mengambil diploma perakaunan?

Anonymous said...

Klau akaun hanya lulus bolehkah apply untk diploma perakaunan?

Anonymous said...

Hmm

Puteri Iqa Izyan said...

@Anonymous

btw, akak takde basic account pon. time spm dulu kelas pure science. heeee

maybe lah kalau tengok pon daripada math @ add math.

Anonymous said...

Assalamuaikum kak..bole tanya tak kalau nak masuk dip akaun ni result spm addmath mesti dpt C ae?

Anonymous said...

Assalamuaikum kak..bole tanya tak kalau nak masuk dip akaun ni result spm addmath mesti dpt C ae?

Anonymous said...

Hmmmm

Puteri Iqa Izyan said...

@Anonymous

Waalaikumussalam. Sorry sangat sbb tak tau pulak psl gred tu sume. Tp mungkin jugak la kot. heee. sorry ye

Nazifatull nisaa said...

Assalamualaikum akak nk tnya klau kita stay terengganu mmg dpt uitm dungun eh utk diploma acc?

Puteri Iqa Izyan said...

@Nazifatull nisaa

waalaikumussalam. sorry. tak tau pasal tu.

daun hijau said...

akak,, skarang ni dah kerje k ?? akak ade smbung degree?? kat mane ?? uitm dungun jugak k ?? mmg susah cr keje ?? saye bdak kmn,, dapat dip acc kat uitm dungun..

EccaDeRaiyn said...

Hai kak.. Nak tanya.. kalau dapat pointer rendah mcm 2.++ mcm tu, ada peluang tak eh utk dapat kan pointer 3.++ utk next sem??? Takut plak disebabkan repeat paper dia blh ganggu kita punya pointer utk next sem.. Terpaksa repeat paper financial accounting.. huhu... Tahla subjek tu setiap sem ada. hmm..

Puteri Iqa Izyan said...

@daun hijau


alamakkkk. oka mcm ni. akak tak sambung degree pun sbb awlnya mcm frust sgt sbb kena repat paper audit sampai 3 kali. hahahah. so, sampai sekarang mmg tak sambung lagi.

akak kerja tapi lari dari bidang. akak buat bisnes sendiri. bakery and pastry. hehehe.

susah cari keje @ tak depends la. kalau kt KL senang, kalau terengganu mcm akak susah sikit kalau takde pengalaman. tp kalau nak keje dlm bidang akaun, better sambung degree la kot. kot la. hee

Puteri Iqa Izyan said...

@EccaDeRaiyn

pointer utk GPA @ CGPA? GPA insyaAllah boleh dapat. kalau CGPA, kena tengok yang pointer 2++ tu. kalau hampir 3, mungkin lah kot boleh. tapi kalau kurang susah lah kot. melainkan kalau pointer yang sem ni,4 ke, almost 4 ke. heee

Anonymous said...

bagus accountancy is a good course. belajar rajin2. make sure belajar smpi professional kalu boleh. jgn benti setakat degree saja. all the best.

polis pencuri said...

Akak kan masuk matrik awal2 kan...mcm mna akak dpt uitm??akak ada buat rayuan ke mmng dpt tawaran???tolong tell me how you get uitm!!!

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan