04 January 2015

2 0 1 5


.Assalamualaikum.

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2015 rupenyeeee. Dah berapa lama teringin nak update entri baru tapi macam tulah kan. Bila sibuk baking, memang tak terlayan pun semua benda, Bila rehat dari baking, memang membuta aje kerjanya takpun tengok tv sampai muntah, LOL.

Azam tahun lepas yang kekonon nak kahwin tu kannnn kita tunda tahun ni. Tengok lah macam mana pulak tahun ni kan. Muahahaha, Azam baru sure lah ada kan, cuma tak boleh nak reveal sangat. Takut nanti cakap tunjuk baik ke kannn. Muehehehe. Tahun lepas agak mencabar even kerja sendiri dari rumah tapi banyak benda belajar. Belajar dengan duit, belajar dengan masa. Masa yang paling susah sebab kadang tu tak tau nak arrange. Tapi, Alhamdulillah everything went well :)

Dua minggu terakhir bulan lepas ( December 2014 ), memang job hunting. Hantar resume sana-sini tapi gitulah, takde rejeki lagi. Tapi tadi baru dapat call untuk pergi interview esok. Harap semuanya berjalan lancar. Ecehwah. Time hantar resume semua, ibu ada jugak tanya mintak kat mana. Katanya, kalau luar Terengganu tak payah la. Sebab one thing for sure, aku takkan bertahan lama. Homesick aku tahap kritikal sangat. Parah weh.

I have lots of thing to write here tapi rasa macam tak perlu lah pulak. Rasa macam dewasa sangat sekarang, Malas sangat nak kat share kat public (konon lah tapi kat wechat kadang meroyan jugak haha)

Sekarang baru faham apa perasaan orang yang bertubi-tubi kena tanya soalan "bila lagi nak kahwin?" Seolahnya calon suami tu boleh dapat bila ; terlanggar bahu ke lepas tu barang jatuh lepas tu sesama nak kutip barang lepas tu eh nak tersentuh tangan pulak. Cliche dan sangat dramatik HAHA. Pembukaan tahun ni pun dah dapat soalan macam tu. Baru pembukaan tahun 2015. Macam mana nak hadap sampai betul-betul kahwin? Hahaha.

Fuh, Aku pasti makin banyak soalan pasal kahwin tahun ni. Tapi sejujurnya aku lagi perlukan kerja sekarang ni, Takde ke orang nak ambik aku kerja kat Terengganu ni? Lol. Nanti lepas dah kerja, barulah makcik semua boleh tanya soalan kahwin okay? Hahaha. Okay done for now. Nanti aku up lagi entri baru. Harap lah tahun ni rajin sikit :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

2 Love Note (s):

Ain Zulaikha said...

insyaAllah.. kita doakan tuk iqa cepat2 dapat suami soleh dan beriman. aamin :)

selamat tahun baru ya

Tapak Kaki said...

tahun ni aku rasa paling kena struggle. nak cari keje pun susah, nak survive dalam bisnes pun susah. gst,nilai mata wang tu semua hint yang buat lagi cuak.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan