Working.

Selamat pagi! Mood rajin hari ni nak update la kononnya sebab tengok banyak sangat CPV Nufnang. Muahahahaha. Tapi sebenarnya lebih kepada BO-SAN. Fuh. Hari ni masuk sembilan belas hari dah kerja. Oh yessss, kalau ikutkan post minggu lepas tu sehari sebelum aku pergi interview. Dah masa nak habis interview, bos tanya bila boleh start kerja. Aku cakap jelah bila-bila pun boleh (puiii sebenarnya kalau boleh tak nak lah keesokan harinya sebab memang tak ready. blergh) and then the boss said "if that so, as soon as possible la kan? esok boleh?" Pertanyaan "esok boleh?"tu macam nak membunuh sangat aku rasa.

Ala, sebab aku kan dah setahun buat business kat rumah tup-tup on the spot masuk kerja. Tak ready dari segi mental lah katanya. Tapi hadap jugak lah sebab kekonon job hunting sangat hari tu kannnn.

Guess what? Working on Saturday! Blerghhh. Luluh sangat hati nak terima. Muahahaha. Tapi boleh laaaaa. Sabtu tak banyak sangat kerja sebab bank mana bukak. So, banyak kepada kerja filing aje. (Eh tapi ni tengah kerja jugak ehem. Haraplah bos taktau aku update blog di hari Sabtu yang sangat bosan ni :P)

sentapnyewww! 


Hari tu pepagi hari tetiba ibu cakap "bagus jugok bile keje doh ni. kurang-kurang baju kurung tu pakai jugok" SENTAP menusuk kolbu sangat ayat tu! Biasa yang selalu tegur pasal baju kurung ni sorang je (kenangan mengusik jiwa betul lah!)

But seriously life aku sistematik lah sekarang ni. Takde dah tengahari baru nak tercongok bangun dari katil, menggelupur nak jemur baju, nak kemas rumah. Kah! The old me ^_^

Tell you what, I had graduated early 2013 and hunted for a job in accounting field for almost one and a half year and once I got the job (now), I was like ERRRRRR WHAT IS THIS HUH? I NEVER KNOW THIS IN ACCOUNTING. LOL.



Lepas grad, memang risau sangat pasal kerja sebab memang rata-rata cakap accounting field memang susah nak dapat kerja and yes it was a TRUE STORY! Sebab most of the company nak yang ada pengalaman. Aku pulak memang tak lah nak ada pengalaman melainkan kau tanya sukatan tepung gula segala bagai tu. Masa dapat offer untuk job ni, aku tanya jugak boleh ke sebab aku memang takde pengalaman langsung tapi disuruh datang jugak. Alhamdulillah I am here, now. Cari pengalaman katanya.

First day masuk kerja aku dah pening kepala dari pagi sampai malamnya. Gila apa nak sumbat semua dalam otak pasal akaun dalam masa sehari selepas setahun lebih lari dari bidang akaun? First day sampai office, time tu jugak aku rasa nak angkat kaki. Tapi satu, aku fikir ibu abah. Aku kuatkan semangat nak datang kerja setiap hari pun sebab ibu abah. Acah-acah good girl la pulak ha.



Till we meet again! Assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes