06 September 2016

SG, We Go! (Day 1)


.Assalamualaikum.

Aku baru balik dari Singapore. Fresh lagi time aku ajet-ajet nak update entri baru ni. Penat, mengantuk, sakit kaki semua ada. Plan nak pergi Singapore ni last minute sebenarnya sebab confuse nak pergi Singapore atau Langkawi. Tapi, kata putus akhirnya Singapore The Fine City! Hehehe. Pergi kali ni hanyalah backpack yang mana plan asal perempuan je empat orang tapi akhirnya tambah lagi kumbang seorang nak ikut. Kehkeh.



Tak pasti ni percutian bajet ataupun tak sebab takdelah bajet sangat pun. Kami pergi 3 hari 2 malam. Memang dah plan untuk stay dekat Singapore sebab nak explore tempat orang katanya. Date yang kami pergi tu 31-08-2016 hingga 2-09-2016. Aku naik bas dari Terengganu ke TBS (RM44.00), pukul 9 malam then sampai dalam 4.30 pagi. Sampai kat TBS dengan 2 lagi kawan so lepak kejap sementara tunggu kawan kepada kawan kami pick up bawak pergi KLIA 2. Sampai dekat KLIA 2 tu pulak dalam 6 pagi, pergi solat dulu pastu cari makan sebab dah lapar. Lepas tu, tunggu lagi dua orang datang sebab flight kami tengahari. Sepatutnya flight pukul 11:55 am tapi kenapa tah 12:30 macam tu baru depart.

The worst thing time nak landing bila hujan lebat. Flight dah naik turun mengejut. Bukan tak biasa tapi sebab kali ni rare sikit. Menjerit jugak la aku sebab terkejut. Time tu ingat nak mati je. Hehe. Alhamdulillah akhirnya selamat la mendarat dekat Changi International Airport yang maha besar tuh. Fuhhh.

Sampai je dekat Changi Airport, kami tunggu lagi sorang member, Eh tapi sebab salah faham meet up point, maka huru hara la jugak. Hampir dua jam nak mencari member lagi sorang. Padahal flight beza dalam setengah jam macam tu je. Siap mintak buat announcement lagi cari member tu. Wifi dekat airport ada tapi setiap tempat tu berbeza. Contoh kalau sebelum sampai imigresen tu wifi lain, dah keluar dari imigresen wifi lain pulok. Huk aloh.

Lepas dah jumpa semua, kami decide nak pergi makan dulu. So, tempat makan first dekat area Paya Lebar. Dari Airport, kami naik train dari terminal 1 ke terminal 3 untuk ke MRT. Sepatutnya ke Terminal 2 dulu sebab nak beli tourist pass tapi cemane tah tersesat. Muahaha. Redho jelah. So, beli pakai tiket biasa je. Sampai dekat area MRT Paya Lebar, kami turun pergi kaunter MRT sebab tersilap beli tiket. Kehkeh.

Tapi nasib baik, ada uncle India kat situ (which is the staff) yang tiba-tiba bukak kan auto gate tu pakai kad dia. Aku cuma dengar dia cakap "I don't want to disappoint yours. Enjoy your trip!" Wahhhhh. Kami yang lapar kebulur terus rasa kenyang. Muahahaha. Thank you Uncle for being such a very kind hearted!

Turun dari MRT tu, cuma nampak macam mall so kami decide nak makan dekat canteen mall tu je. Kekonon nak cari hawker food tapi rupanya kena jalan kaki lagi. Tak larat so makan je. Makan pun berkira sebab dalam kepala ni automatik duk convert. Muahahaha. Kat sini kami beli makanan dekat fodd court Nasi Padang. Makan nasi lauk sosej dengan telur mata 3.3$ dan Milo Ais 2.2$.

ni tiket biasa. boleh guna 6 kali tapi aku beli 3 kali sebab asyik hilang je. 
hahahaha. sabor jelah.



Lepas dah isi perut, kami pergi check in dekat Backpackers' Inn Chinatown. Memang dekat sangat dengan MRT. Setentang hostel ada Masjid Jame'. Untuk hostel ni bayar 40$ seorang untuk dua malam, 5$ deposit untuk towel, 10$ deposit untuk kunci bilik (sorang je ambik kunci bilik) dan deposit ni semua dapat bila nak check out nanti.

Bilik kat sini okay lah. Not bad walaupun agak sempit. Lena je aku tidur walaupun malam tu orang kat pub bawah duk melalak apa tah. Letak kepala terus tidur. Sedar-sedar je pagi. Muahahaha. Lepas dah check in, kami bersihkan diri sikit sebab dah 24 jam tak mandi. Muahaha. Takdelah mandi sebab kalau mandi nanti lagi lama lepas tu solat jamak.

Oh lupa dah bila masa duk beli tourist pass. Hehehe. Beli tourist pass ni untuk dua hari. 16$ for two days & 10$ deposit. Bergantung lah berapa lama korang stay. Kami sepatutnya ambik untuk 3 days tapi silap ambik 2 days. Rugi beberapa dollar untuk last day. Muahaha. Kami pasghah!



*boleh refer tempat ni untuk beli tourist pass*


Pukul 7 macam tu kami keluar lagi nak pergi Merlion Park. Tak tau sangat exactly place nak pergi Merlion cuma tau turun dekat MRT mana je. Tu pun senang la jugak sebab kat semua MRT ada signboard nak pergi mana-mana. So, dari MRT Chinatown ke Outram Park lepas tu tukar train ke Raffles. Sampai Raffles kami turun jalan kaki je mencari Merlion tu.


Penat jugak weh jalan kaki lama macam ni. Muahaha. Dah la angin pun tak berapa nak sepoi-sepoi bahasa. LOL. Jalan punya jalan cuma berserah je kalau terjumpa Merlion tu. Dah la tak ambik map dari awal. Keh keh, Duk berjalan lenggang kangkung macam tu memang sambil bergambor la kan. Time ni aku dah 26 jam tak mandi. Muahaha. Rare jugak rasa tak mandi lebih 24 jam ni T__T.

Lama lepas tu barulah jumpa natang Merlion ni. Muahaha. Eksaited sangat sebab jumpa jugak akhirnya, jadi banyak bergambar jelah. Takde apa sangat buat kat sini. Layan view kat situ je sambil teruja first time nampak Marina Bay depan mata. Muahahahaha jakun sikit hakak ni :P





*Victoria Theater Hall*

Malam tu lepas penat berjalan dan tak rehat langsung, balik je lepas mandi terus tidur. Nanti ada masa sambung part two pulok. nak buat Day 1 ni pun mengalahkan bercinta. Lol.

*singgah McD beli Red Velvet McFlurry with Oreo. Kemain sedap weh! Tapi dah lupa berapa harga hehe*


Day 1:
Bas Terengganu ke TBS = RM44
Flight KL ke Changi = RM49
MRT Changi Airport ke Paya Lebar = 1.60$ ke Tanah merah + free time turun dekat Paya Lebar sebab silap beli tiket
Makan & minum dekat Paya Lebar sebelah MRT = 5.50$
Tourist pass = 26$ (include 10$ deposit)
Hostel = 55$ ( 40$ hotel, 5$ towel, 10$ kunci hostel - sorang je bayar untuk 5 org )

Tiket bas dan flight guna duit yang memang dah ada, Start jejak kaki kat Singapore memang guna duit yang dah bajet RM600. Mintak kawan tukar dekat KL area Kepong dapat rate RM 1 = 2.976 SGD.


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

0 Love Note (s):

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan