SG, We Go! (Day 2)

Pengembaraan hari kedua di Singapore diteruskan dengan satu-satunya misi adalah Universal Studio Singapore! Yeeee taulah korang dah pergi banyak kali. Duk dediam je okay haha. Dah ni first time hakak dapat jejak kaki masuk ke sana, maka memang teruja lah kan. Sebab asyik tengok korang je pergi. Panas jugak hakak tengok. Kehkeh.

Kalau ikut plan, nak gerak ke MRT pukul 7. Alah kau faham jelah bila dah ramai ni, tambah pulak dengan penat gila untuk hari pertama memang terlajak la tidurnya. Lepas subuh terus sambung tidur dengan harapan take a nap. Nap la sangat ye. Muahahaha.

Disebabkan percutian ni adalah agak tight bajet untuk bermewah bab makan minum so, kami bawa bekal. Sebenarnya, Nadia yang tolong masak. Kami duk bersiap je kejenye. Hahaha. Thank you ya! Walaupun masak mi sedap goreng je tapi berjaya habiskan sebab lapor. :P

Lepas dah bersiap dalam pukul 9 pagi macam tu, kami ke MRT Chinatown terus ke MRT Harbour Front. Dah sampai kat Harbour Front, kena masuk dalam mall apebenda tah namanya pastu ke Level 3 untuk ambik Sentosa Express yang mana terus ke USS! Aku ada jugak search tiket Sentosa Express ni tapi macam-macam harga yang ada. Korang ke mana sebenarnya hah? Hahaha. Untuk makluman, Sentosa Express punya tiket harga 4$ (return Sentosa - Harbour Front)

dah sampaiiiiii yeayyyyy

Beruntung sikit pergi time ni sebab bukan peak season so, memang tak ramai sangat lah orang. Tak payah beratur panjang kemahennnn. Cuma kurang syok sebab takde karakter-karakter yang keluar. Yang ada pun minions. Lagipun masa pergi ni macam mendung je. Orang ganu kabor, jo'ong. Hahaha

So, first ride adalahhhhh TRANSFORMERS! Weeeee. Bab tranformers ni aku takde layan sangat movie nya. Sebab aku bukak kaki tengok movie. Kalau masuk pun sure nak tertidur. Sekali jelah aku pergi tengok cerita Transformers ni. Dan, aku dah jatuh cinta dekat BumbleBee. Sebab Bumblebee ni macam sweet-sweet gitewwww. 


Syok pulak natang Tranformers ni. Sebelum balik, sempat naik lagi. Takde orang pon wehhh. Serius kalau datang lagi aku nak naik ni dua tiga kali. Tu pun kalau bukan peak season lah. Muahaha. 

Lepas tu, kiteorang naik Cylcone! Aku dah la gayat gila. Naik pulak benda alah ni memang mengundang gundah gulana laaaaa. Tengah beratur tunggu turn, semua perasaan ada. Nak kencing, nak berak, nak pengsan. Lengkap! Memang takut gila nak naik tapi nak jugak naik. Hewhew. Bila naik tu, aku banyak pejam mata. Sebab rasa pening dah duk pusing-pusing. Menjerit pun sampai dah habis daya rasanya. Bila dah habis, rasa lega gilaaaaa. Tapi tak nak dah naik. Hahaha

belanja sikit view. 

Lepas turun, ada member yang pening. Ingatkan nak terus try Human tapi sebab kesian member yang pening, kami pun rehat jelah dulu dekat Food Court. Jumpa wifi terus semua senyap. Muahahaha.

Next kami pergi Jurassic Park! Haaa kat sini main air sikit la. Kami dah siap-siap bawak raincoat sebab kalau beli kat sana 4$ untuk satu raincoat. Oh, dekat semua tempat memang akan ada locker untuk simpan barang. Tapi, locker dekat Jurassic Park kena bayorrrrr. Sila pergi sebelah sikit untuk free locker. Heh. Tapi Jurassic Park ni tak extreme pun so, boleh je bawak beg sorok dalam raincoat ye.

tak sangka pulak colourful kami ni. muahaha.

Dah habis Jurassic ni, kami pergi Waterworld. Waterworld ni tempat tengok yang macam dalam cerita omputih-omputih berlakon tu. Siap ada scene tembak-tembak la, scene kejar-kejar tapi live la. Cuma tu pun delay sebab hari dah mendung. Hampa jugak sebab tengah syok layan. Huhu.

Untuk mengurangkan rasa sedih tu, kami pergi area Shrek!


Dalam Shrek ni, ada 3D. Sambil layan short movie dengan 3D nanti adelah surpriseeeee. LOL.

Lepas tu pergi naik The Mummy! Yeeehaaaa. Gila cuak la jugak naik benda alah tu dalam gelap. Time ni ramai gila beratur! Dah la kaki dah penat berjalan, nak kena beratur tu agak azab jugak sampai sakit pinggang. Tapi sebab dah alang-alang datang, haruslah kuat semangat. Huhhh macam apa je nak kena kuat semangat bagai. 


Lepas tu kami pergi solat dekat surau. Surau ada sebelah Human & Cyclone ye. Kecik je surau tapi cantik dan bersih. Telekung tadakkkk. Sila prepare ataupun pakai pakaian yang sesuai. Kikiki. Time dekat surau, terjumpa adik dua orang dari Terengganu jugak! Lol. Tu yang dalam gambar, dua orang kat tengah. Hehe. Terima kasih la adik semua sebab cakap muka akak-akak ni macam baru 23! Terasa young and wild sangat! Kahkah. 

Lepas solat, dah hujan. Takde apa sangat nak buat cuma kami merayau sambil pakai raincoat colourful gitu haaa. Lepas tu feeling acah model raincoat! Kahkah. 



Sebelum balik, ada lagi dalam 10 minit nak dekat pukul 6 petang, sempat masuk Sesame Street! Naik ride yang budak-budak. Kehkeh, Ada lagi tempat lain pergi sekadar masuk nak tengok ape ke benda kat dalam tapi lupa dah apa ke nama tempat tu semua. Cerita yang best jelah ye. Dalam pukul 7 macam tu dah gerak balik, naik balik monorail Sentosa Express tadi. Malam tu konon nak pergi Gardens by The Bay tapi sebab penat sangat. kaki pun memang dah sakit gila so postpone untuk last day! Hari kedua ni memang habiskan masa dekat USS je.

Day 2:
Tiket USS = RM175 (beli online)
Makan = Mi Sedap Goreng (bekal untuk lunch, pagi dah makan bekal kat hostel)
Sentosa Express = 4$ (Harbour Front to Sentosa)

p/s: sebelum balik ke hostel, singgah McD beli makanan. Lupa harga berapa tapi affordable hihi.

Comments

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes