Resepi Moist Chocolate Cake Paling Sedap!


Assalamualaikum. Haiii. Amacam? Tak terliur ke tengok gambar kek tu haha. Aku susah sangat nak berkenan dengan moist chocolate cake sebab banyak yang tak betul betul kena dengan nama kek tu. Ada beberapa je yang aku boleh claim betul betul sedap. Sedap kat sini maksudnya tak manis dan rasa dia just nice. Banyak resepi aku try tapi resepi nilah yang paling berkenan di hati dan dah bertahun guna. The Best Ever Moist Chocolate Cake daripada blog Puan Azie Kitchen. 😍

Serius kalau korang try memang takkan menyesal. Haha. Kalau ikut resepi ni, Puan Azie guna mixer untuk mix semua bahan. Tapi aku kan pemalas. Jadi hand whisk jelah. Lol. Tapi sama je. Kot? 🤣 Okay sila hadam resepi yang senang kat bawah ni ye.

THE BEST EVER MOIST CHOCOLATE CAKE
Credit: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (aku guna 1 3/4 cawan)
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (optional)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)


Cara-cara:

*Panaskan dahulu oven pada suhu 170° ataupun ikut kebiasaan oven masing-masing.

1.Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk besar kecuali air panas tu. Yang mana bahan kering tu korang ayak la ye. Baru la kek tu nak gebu cantik je hehe.

2. Lepas tu korang mix kan je bagi sebati. Nak guna mixer boleh tapi medium speed saja ya. Kalau hand whisk macam aku, guna yang jenis balloon whip whisk. Senang hehe. Ok lepas dah sebati, masukkan air panas mendidih sikit demi sedikit sambil kacau sebati. Sampai air tu habis.  Ok we're done! Ready to bakeeeeee. (Guna loyang 9 inci tau)

3. Bakar dalam 40 minit - 60 minit. Bergantung oven korang. Sebab lain oven, lain tempoh membakar. Lepas 40 minit cek dulu dah betul betul masak @ belum. Kalau belum, tambah lagi masa ye.

Okay sekarang nak buat topping pulak. Takde topping tak best la kan hehe. Chocolate topping @ kita panggil Chocolate Ganache ni adalah pelengkap Moist Chocolate Cake.

CHOCOLATE GANACHE @ TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:
1 cawan dark chocolate (250gm)
1 cawan  dairy whip cream (1 kotak kecil brand anchor, emborg, etc)

Cara-cara:
Double boil kedua bahan kat atas sampai sebati. Bagi adunan chocolate suam-suam kuku sikit baru tuang atas kek.

Dannnnn, kek pun ready untuk di ngap hahaha. Selamat mencuba ❤️

P/s: memang resepi tu aku ikut sepenuhnya kecuali sukatan gula. Dan untuk baking soda jangan risau. Walaupun guna 2 tsp, tapi confirm tak rasa pun pahit baking soda tu hehe.

Comments

Azhafizah MN said…
Sedap! Lama rasanya tak baked.=__='

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes