Posts

Red Velvet Marble Butter Cake

Image
Beberapa hari lepas, on the way nak pergi kerja pagi-pagi hari tu duk teringat butter banyak lagi kat rumah. Dah la minggu sebelum tu asyik teringat marble cake je. Marble cake ke, butter cake ke, memang jadi favorite kalau kat rumah. Ala, macam kek Planta jugak. Tapi versi omputih guna butter. Pure butter yang macam SCS, Anchor, La Belle, Lurpak, Emborg, etc. Aku memang suka guna butter sebab rasa dia tu perghhhh merecik! Lemak-lemak giteww. Elok sangat untuk menambah lemak. Oh pasal kek tu. Yang terjadi nak buat versi red velvet pun sebab memang tekak nak makan Red Velvet. Allahu. Memang tekak aku ni asyik terliur dengan kek je manjang. Resepi ni aku gabung. Dari page Azie Kitchen  + resepi Red Velvet. Red velvet ni dia rasa coklat pahit, lemak-lemak sikit. So, disebabkan aku buat semalam tak refer resepi sangat, aku pun decide nak letak kat blog. Kot nanti aku lupa kan. Red Velvet Marble Butter Cake ( Resepi asal Marble Cake dari blog Azie Kitchen ) Bahan-Bahan: 250 gm s...

Random Post #10

Image
Walawehhhhhhhh. Berkurun tak update. Hahaha. Malas dah nak bukak blog, taip entri. Eh tapi ni kira rajin la sebab bosan taktau nak buat apa. Memang lama sangat tak log in blogger dashboard. Bila log in je tadi, tengok ada yang drop comment dekat entri lama. Entri 2012 okehhh =.=' Maaf la dik. Hakak tak terjawab dah soalan. Soalan berkenaan berapa anggaran kos sara hidup ke, belajar akaun guna English @ Malay ke. Berhuhu jelah tengok komen semua tadi. Puasa tinggal lagi seminggu. Dan aku still gigih nak siapkan order biskut raya. Macam kebiasaan tahun-tahun sebelum ni. Cumanya tahun depan aku nak rest. Tak ambik order dah. KOT LA KANNNN. Sebab ayat ni aku guna jugak tahun lepas dan tahun sebelum. Sudahnya lek lek je aku ambik order hahaha. Harapnya tahun depan menjadi la impian aku ni. Tapi tulah, kalau tak baking rasa macam tak sempurna hidup. Tahun ni slow sikit production sebab malas dan sebab duk melayan cerita Hero Seorang Cinderella. Well, totally not a fan nor big fan...

RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES YANG PALING SEDAP!

Image
Assalamualaikummm. Tetiba je kan masuk 2017 nak bagi resepi. Muahahaha. Sepi betul blog sekarang ni. Sebab taktau nak update apa so, nak share resepi yang aku guna untuk jual dan untuk makan sendiri. Hehe. Resepi ni guna mixer bukan handwhisk. Resepi ni yang paling sedap bagi aku sebab aku bukan suka sangat brownies sebelum ni. Tapi bila try yang ni lepas Kakak Sepupu aku bagi, terus suka brownies. Hehehe. RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES (BROWNIES KEDUT/CHEWY/FUDGY) Original: Martha Stewart Bahan-bahan:- 90 gram butter (aku guna salted butter @ kalau guna unsalted boleh tambah secubit garam) 170 gram chocolate (aku guna chocolate coin beryls) 1/4 cawan serbuk koko (aku guna brand Selborne @ Van Houten) Secubit Nescafe @ Coffee @ Cinnamon powder (taknak letak pun boleh) 2 biji telur gred A 3/4 cawan gula halus @ castor (resepi asal 1 cawan) 1 sudu kecil esen vanilla 3/4 cawan tepung gandum 1/4 sudu kecil baking powder *Loyang size 8", letak b...

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 2 & 3)

Image
Second Day (10/11/2016) Hari kedua ni ingatkan bangun pagi nak tunggu pakcik yang jual nasi lemak dengan motor. Tapi tak jumpa pulak. Malas nak tunggu lama so kiteorang try breakfast dekat Halal Amin sebab orang cakap kat sini murah sikit kan. Sedap nasi lemak dia pastu air milo kawwww. Perghhh. Kena betul dengan selera aku. Hehehe. Nasi lemak kat sini 50 ribu dong. Air milo lupa dah hehehe. Sebelah malam kiteorang makan kat sini jugak. Try Pho Mee dengan Vietnam Rolls ke benda tah nama betul dia. Pho Mee sedapppp. Yang roll tu boleh la or maybe kat kedai tu tak sedap sangat kot sebab rice paper dia tebal sikit. Kalau rice paper tu nipissss je konpem lagi sedap. Tengah makan tu, jumpa akak dengan abang dari Malaysia jugak. Borak-borak pastu dieorang ajak ikut pergi Russian Market. Risau jugak kiteorang ni sebab dah la tak kenal pastu tetiba ajak ikut. Plan kiteorang hari ni nak pusing bandar sebab kiteorang memang tak ambik pakej pergi Mekong Tour @ Chu Chi Tunnel tu. Aku naik h...

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)

Image
A ssalamualaikum. Last trip untuk tahun ni, Ho Chi Minh City. Cehhh macam banyak je trip kan. Kahkah. Plan nak ke HCM ni dah lama sebenarnya. Awal tahun lagi dah beli tiket. Duk cek tiket macam mana tah dekat AirAsia tu pastu jumpa tiket murah ke HCM. Terus mesej member ajak pergi. On the spot pulak tu mintak keputusan. Sebab seat tak banyak dah time tu. Beli awal tahun, nak pergi November. Jadi tak jadi, belakang kira. Janji, beli dulu. Muahahaha. AirAsia (KUL-SGN-KUL) RM 307.84 untuk dua orang AirAsia (TGG-KUL-TGG) RM 124 untuk seorang (lagi sorang naik bas dari Kemaman) Saigon Pink 2 Hotel RM237.65 (termasuk 5% service tax & 10% hotel tax) Tukar duit (untuk tambang teksi,bas,makan) RM150 = 750,000 dong (aku) RM154 = 800,000 dong (anis) Shopping, ikut suka korang la nak bajet berapa. Faham-faham jelah harga dekat HCM tu macam mana. Murah, rambang mata. Kahkah.  First Day (09/11/2016) Aku cerita terus pasal dekat HCM okay. Hari Rabu tu kiteorang sampai petang...

SG, We Go! (Day 3 - Last Day)

Image
Assalamualaikum. Hehehe. Lama betul peram sebab malas nak update. Nilah akibatnya buat banyak part so, next time kena buat satu kali jalan je entri. Sama jugak kes entri Krabi. Mereput dalam draft. Keh keh. Jadi sebelum ada lagi last trip untuk tahun ni, ayuhlah gigihkan diri bagi penamat kat entri Singapore ni. Last day ni konon nak food hunting je sebab malam tu kami balik naik bas tapi lewat malam. So, fikir nak try makanan yang famous lah kat sini kononnya. Kononnya sahaja lah. Sudahnya tak sempat. Cuma sempat beberapa tempat je. Checkout dari hostel, tinggal beg dekat situ, naik MRT pergi ke Bugis. By the way, Bugis Street dengan Arab Street memang dekat je. So, sebab dah keluar agak tengahari dan perut kosong, kebulur gila hehe maka, pergi cari makan dulu. Haruslah Murtabak Zam-Zam credit picture to this site( link ) Al-maklum lah semua gambar dalam hard disk. Hard disk pulak cable entah ke mana. Sabar jelah hakak.  Nafsu makan bila tengah kebulur memang lain...

SG, We Go! (Day 2)

Image
Pengembaraan hari kedua di Singapore diteruskan dengan satu-satunya misi adalah Universal Studio Singapore! Yeeee taulah korang dah pergi banyak kali. Duk dediam je okay haha. Dah ni first time hakak dapat jejak kaki masuk ke sana, maka memang teruja lah kan. Sebab asyik tengok korang je pergi. Panas jugak hakak tengok. Kehkeh. Kalau ikut plan, nak gerak ke MRT pukul 7. Alah kau faham jelah bila dah ramai ni, tambah pulak dengan penat gila untuk hari pertama memang terlajak la tidurnya. Lepas subuh terus sambung tidur dengan harapan take a nap. Nap la sangat ye. Muahahaha. Disebabkan percutian ni adalah agak tight bajet untuk bermewah bab makan minum so, kami bawa bekal. Sebenarnya, Nadia yang tolong masak. Kami duk bersiap je kejenye. Hahaha. Thank you ya! Walaupun masak mi sedap goreng je tapi berjaya habiskan sebab lapor. :P Lepas dah bersiap dalam pukul 9 pagi macam tu, kami ke MRT Chinatown terus ke MRT Harbour Front. Dah sampai kat Harbour Front, kena masuk dalam mall apebe...