Calon Bakal Menantu

Kali ni lain macam geli nak taip entri ni. Tapi, taip jugak kan? Heh. Sekarang, dah ramai kawan yang nikah, anak jiran-jiran. Pastu sejak-sejak tahun nilah kan, Ibu banyak kali jugak lah tanya pasal boipren ni. Sebab dulu anak perempuan die ni boleh tahan miang duk boipren sane sini. Haha. Tak lawak pun kan? Nampak gedik je adelah haaa. Tapi steady je aku jawab tak.



Pastu pulak malu bertambah-tambah bila Ibu bukak cerita aku bawak balik boipren kat rumah dulu. First and last aku buat keje tu lepas kena marah. Huwaaaaa. Aku memang malas nak ajak kawan laki datang rumah. Kalau raya pun, aku pilih orang jugaklah sape yang boleh datang. Yang kawan dari kecik aku on. Kalau kawan yang sekarang ni aku seram lain macam nak ajak. Setakat tegur-tegur dalam facebook or sms tu boleh la.

Sekarang pun Ibu macam open sikit ah bila cite pasal wedding ni. Pastu siap bagitau lagi ciri-ciri calon bakal menantu. Ceitttt. Tapi problem jugak lah sebab orang yang aku suka jauh sangat lari dari Ibu pesan. Muahahaha. Aku pasrah je sekarang. Suka dari jauh dah lah gayanya.

Tapi aku syak macam Ibu ada suka sorang ni. Kakaka. Oh tak. Ade lagi sorang yang Ibu suka. Boipren masa form 5 dulu. Ibu selalu cakap " dia ni bla bla bla bla bla...." Aku pon buat dek je ah. Lagipun die tu boipren orang dah tu. Aku pun ingat die pesan, yang die tak pernah benci perempuan macam benci aku. Macam lah kejam sangat aku ni. Aku dumb die je pon. Chill lah bro ^_^

Cuma yang sekarang ni macam suka sorang lagi pulak dah. Tapi orang ni aku penah ah suka dia. Gila. Time tu bebudak kot. Sekolah menengah lagi. Kalau kebetulan time sama balik sekolah, aku bagi die jalan depan dulu. Pastu aku duk belakang dok feeling jadi gelpren die. Kakakaka. Keje gila. Tapi sekarang orang tu dah pindah lama dah. Cuma still contact.

Pastu kan kan kan kan...

memang ah nak orang terima kita seadaanya. baik buruk. kurang lebih. tapi aku pun harap kalau orang tu suka makan. Makan kek yang aku buat, makan segala benda yang ada dalam dunia bakery & pastry. Kalau tak nanti, aku buat pastu syok sensorang makan. Sedihnyeeeeee.

Ok lah. Kalau rasa nak muntah dengan luahan hati ni, dipersilakannnnnn ;))


Comments

Si GadisSemasa said…
hahah . macam comel je suka orang sana sini . tapi betul lah , org yg kita suka time sekolah sekolah dulu susah wooo nak lupa . heheh :)

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes