Rasuah Ke Macam Tu?



Sepanjang minggu lepas, abang-abang dan pakcik-pakcik TNB datang depan rumah nak betulkan balik aliran letrik ke mende tah. Termasuklah dalam rumah aku. So sebelum turn rumah aku, rumah jiran sebelah dulu. Sebab dieorang buat kerja lama sangat pastu pulak cuaca sekarang memang bahang tak terkata aku nampak dieorang sediakan air.

Dalam hati aku cakap " Ohhh, nanti kalau turn rumah aku, aku kena buat air jugak."

Beberapa hari lepas tu, baru turn rumah aku. Malam sebelumnya aku tanya semua orang dalam rumah.

" Doh kekgi kalu orang TNB mari, nok wak air ke gane? " *pahang dok? hahaha

Pakcik aku jawab " Dakyoh la. Kire macam rasuoh kekgi "

Abah jawab " Beli air kotok je... "

Aku pun diam. Rasuah? Hm. Sikit pun takde niat nak merasuah. Serius. Memang dah pesen, Tengok orang datang buat keje kat rumah kite sampai tahap baju boleh perah air peluh takkan aku nak kelip-kelip tengok? Setakat hulurkan air gitu aje.

Tadi aku tengok iklan kartun yang pasal rasuah tu. Adalah yang nak ajak makan lah, nak bagi duit upah lah. Terus aku terfikit nak update entri baru. Al maklumlah, dah bulan April katanya. Motif? Motifnya kalau malas pun, at least sebulan sekali mesti update. Feeling retis sangat! Dah lah melepas dua BE bulan lepas. Ceit. Time aku malas nak update tu ada pulak.

Okay back to topic =.=' Serius tak sampai hati tengok orang buat keje teruk macam tu time cuaca bahang. Aku beli air kotak jelah. Semangat aku keluar. Sekali ambik 6 kotak je. Punyalah ramai yang buat keje. Malu letew. Jangan risau. Saya tak berniat pun nak kenyit-kenyit mata kat abang. Kakakaka.

Comments

Unknown said…
apa salahnya buat air..niat kita tu yang penting...
Nina Mads said…
tak la macam upah je..hehe

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes