26 April 2013

Nama Panggilan


.Assalamualaikum.


Tadi aku tetiba terfikir pasal nama sendiri. Aku perasan yang aku memang dipanggil dengan semua nama yang aku ada. Cewah. Macam banyak aje hah. Tapi kira setiap orang berlainan. Orang ni panggil Iqa, orang tu panggil Puteri, orang tu panggil Izyan. Nasib tak panggil Binti dengan Mohamad je.

Iqa ni kira nama common lah. Mostly aku prefer orang panggil Iqa. Selesa sangat dah nama tu. Kalau panggil nama lain aku akan macam malu sikit. Entah pape.

Kalau Puteri ni dulu lecturer matrik ada yang guna. Tapi paling kerap guna time aku belajar kereta. Cikgu kat situ semua panggil aku Puteri. Segan woo. Rasa nak sembam muka kat tanah time tu. Awkward.

Izyan ni start masa Form 1. Time tu aku paksa rela duduk hostel pastu orang tak boleh panggil aku Iqa sebab dah ada nama Eka. Takut tertukar. Tapi kejap je lekat Izyan. Sudahnya Iqa jugak. Pastu ada jugak aku suruh bekas pakwe panggil Izyan. Tapi dia try panggil Izyan, aku buat dek. Tak perasan nama sendiri.


Kadang aku terfikir juga, orang yang nama panjang-panjang tu memang orang lain ada tak panggil dengan nama lain? Yelakan, apa guna nama panjang kalau tak guna. Haaa ayat lintang pukang kes dah lama tinggal kelas Bahasa Melayu. 

:)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

6 Love Note (s):

combi said...

sy combi...heeee~

Fai CeritaCinta said...

masa zaman sekolah, kawan2 panggil fairuz.. yg tak kenal semua ingat fairuz ni lelaki. hehe... kat u, diorg panggil Fai.. ni pn kwn baik fai yg gelarkan. terus lekat sampai sekarang... bile org panggil fairuz rasa janggal pulak..

Ain Zulaikha said...

Alaaa Iqa la senang .. dengan cam manja gitu.. Kalo ain , kawan2 bahasakan "ain" , family panggil "zulaikha" .. so senang.. tapi kalau iqa nak panggil ain "lisa surihani" pun okey jugak ;p

Amanina Sofea said...

wahhh byk nick names :)

pink.plate.liyana said...

best name panjang kan..banyak nama boleh panggil..kan puteri..hehe

AllAboutLife said...

Bismillah....

blog yang menarik. ada lagu ct lg..sy suka!!

jom exchange link blog.bole bertukar cerita dan idea..

sy follow blog awk, and do follow me back yer..

http://zairulakmaldaylife.blogspot.com/

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan