Posts

What If?

Image
 Assalamualaikum dan Hai! Ingatkan tahun depan baru nak update tapi penghujung tahun ni rasa nak up sikit la. Alang-alang dah buka laptop kan jadi jenguk la sekejap kat sini. Tengok komen untuk diluluskan. Ehhh. Entri yang tahun 2009 atau 2010 macam tu masih lagi ada komen. Hahaha. Maafkanku selaku pemilik blog sendu ini. Aku hanya sesekali muncul di sini. What if? --- Terkadang bila buka blog terfikir pula apa reaksi dan pandangan kawan-kawan satu pejabat kalau-kalau mereka tahu kewujudan blog ni. Hahaha. KALAU LAH ada yang terbaca, abaikan saja lah ye cara penulisan dan penceritaan gaya blog. Jangan ditanya depan-depan. Malu. Yelah kan. Suami, ipar duai, adik-beradik mana tahu semua ni. Ini kalau suami aku baca semua ni mesti dia kata " Eh bini aku ni. Entah apa-apa" Hahaha. Tapi itulah dia bukan tahu pun kalau bini dia ni blogger tegar zaman bujang dulu. Alhamdulillah semua entri putus cinta dah selamat dipadamkan. Fuhhhh. Dah masuk pertengahan Disember 2023. Cuti sekolah

Random Post #12

Image
 Assalamualaikum dunia blog yang lama dah tak bersua. Zaman-zaman tiktok ni apalah sangat kewujudan blog ni kan. Entahlah. Rasa lama tak menulis panjang. Petang semalam lepas balik kerja teringat pula dekat blog yang berkurun tahun wujud ni. Dah tak relevan untuk budak-budak sekarang tapi masih menjadi tempat untuk sesekali kita mengimbau kenangan lama. Setahun sekali je update rasanya. Terkadang kalau rindu, baca balik post lama. Sinilah dulu tempat selalu bercerita, tempat meluah perasaan.  Aku masih lagi seperti biasa. Masih lagi ber-TTC. Cuma buat masa sekarang tak bersambung proses. Give up mungkin. Atau dah redha. Masih lagi setia dengan PJJ. Masih lagi menangis tatkala berpisah dengan suami. Hehe. Cuma dah makin dewasa. Makin berdikari. Dah mula hidup sendiri. Supaya lebih mengenal erti kehidupan. Terkadang sunyi. Sangat. Duduk berseorangan di rumah. Menanti dan menghitung hari bila suami dapat pulang ke rumah. Tetapi lebih banyak aku yang pulang ke sana. Tak apa. Dah kerja dia

TTC Part 3: Sambung follow up selepas dua tahun

Image
 Assalamualaikum. Last cerita pasal TTC tahun 2019 ye. Tiba tiba tahun 2022 masuk part 3. Hahaha. Lama terhenti sebab tak ada mood nak sambung consultation. Tapi memandangkan tahun ni masuk tahun kelima jadi isteri, tengok pulak kawan-kawan dah beranak pinak, terasa nak sambung balik follow up dekat klinik sebelum ni.  Minggu akhir puasa 2022, set up appointment dengan Poliklinik Ihsan dekat Gong Badak. So, dapat tarikh 7/5/2022 (Sabtu). Mula-mula masuk doktor dah ada sikit history record yang sebelum ni so just update balik la yang terbaru. So first appointment ni doktor buat Transvaginal Scan (TVS) - jangan risau sebab tak sakit pun. Masa tu doktor nampak ada blood clots dekat dinding rahim dan juga cyst dekat bawah rahim. Oh ya. Aku punya rahim jenis retroverted ye. Terbalik sikit ke belakang. So far, retroverted uterus tak mengganggu proses untuk hamil. blood clots detected on left side  cyst Jadi, doktor bagi dua jenis ubat - Provera dan antibiotik sebab nak bagi semua darah dek

I'm Back!

Image
  Assalamualaikum. Lama dah teringin nak update blog yang berkurun ni tapi masa mencemburui. Haha. Last update pun 2019 yeeee. 2020 memang sepi terus sebab tengah cuti tanpa gaji selama setahun. Nanti kita cerita macam mana nak minta cuti tanpa gaji untuk kakitangan awam okay 😊 Lepas dah cuti setahun ni bermula kembali la jadi pasangan jarak jauh. Cuma beruntung sebab start 27 Januari 2021, PJJ boleh rentas negeri. Cuma sekarang je dah masuk fasa "lockdown" , kerajaan dah hentikan kebenaran rentas negeri bagi pasangan PJJ. Takpe. Kita tunggu musim covid ni reda dulu. Sis okay je sebab tahun 2020 dah setahun cuti panjang. 24 jam hadap muka suami HAHAHAHA. Walaupun perit juga masuk fasa PJJ balik tapi atas dasar tuntutan kerja kena la juga balik ke negeri asal. Alhamdulillah tahun 2021 ni semangat untuk kerja tu rasa segar walaupun kadang-kadang stress tapi, tak seteruk tahun 2019. 2019 tu sebenarnya fasa "depression". Bermula lepas raya, lepas tu masuk wad seminggu

TTC Part 2: STOP?

Assalamualaikum. Wehh baru perasan lama tak update pasal TTC. Tetiba update dah nak stop kan. Haha. Hari tu nak start TTC sebab husband ada dekat base and aku selalu balik so pergilah check up macam post yang lepas . So kisahnya, selepas dah consume clomid 100mg aku still tak berjaya untuk pregnant. Takpe. Itu kan usaha. So takde rasa kesal ke apa. Tapi aku ada pergi check hormone dekat klinik atas saranan doktor. Result darah untuk check hormone tu menunjukkan progesterone aku rendah. Sangat rendah which is memang susah untuk pregnant. Doktor ada bagitau untuk pregnant, hormon progesterone tu kena 20++ ataupun belas-belas. Aku lupa weh macam mana bacaan dia. Gambar pun dah delete (-_-) Doktor suruh aku kurangkan makanan manis tapi tulah susahnya alahai, HAHAHA. Mula-mula aku stop kejap makanan manis. Cuma sesekali je ambik tapi lama-lama eh lupa diri pulak. Then doktor ada tambah dos clomid kepada 150mg. Tapi lepas consume clomid kali yang kedua, aku rasa nak stop dulu. Husband

Resepi Moist Chocolate Cake Paling Sedap!

Image
Assalamualaikum. Haiii. Amacam? Tak terliur ke tengok gambar kek tu haha. Aku susah sangat nak berkenan dengan moist chocolate cake sebab banyak yang tak betul betul kena dengan nama kek tu. Ada beberapa je yang aku boleh claim betul betul sedap. Sedap kat sini maksudnya tak manis dan rasa dia just nice. Banyak resepi aku try tapi resepi nilah yang paling berkenan di hati dan dah bertahun guna. The Best Ever Moist Chocolate Cake daripada blog Puan Azie Kitchen . 😍 Serius kalau korang try memang takkan menyesal. Haha. Kalau ikut resepi ni, Puan Azie guna mixer untuk mix semua bahan. Tapi aku kan pemalas. Jadi hand whisk jelah. Lol. Tapi sama je. Kot? 🤣 Okay sila hadam resepi yang senang kat bawah ni ye. THE BEST EVER MOIST CHOCOLATE CAKE Credit: Azie Kitchen   Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir (aku guna 1 3/4 cawan) 3/4 cawan serbuk koko Hershey's 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder (optional) 2 biji telur saiz A 1 sudu keci

TTC Part 1: Appointment

Image
Tahun ni tahun kedua dah jadi bini orang tapi belum ada rezeki nak timang zuriat sendiri. Ehehe. Aku tau ada masalah ni masa sekolah lagi dan sebelum kahwin pun memang aku dah explain dekat bakal suami (suami dah la sekarang) pasal masalah aku. Tapi aku taktau la dia ingat ke tak. Kot nye kalau dia baca blog ni pastu dia mai tanya aku "bila sayang cite kat abang?" -____- Tahun pertama kahwin aku tak terlalu beria nak TTC ke apa. Aku kira baru nak kenal sesama sendiri. Lagi satu sebab PJJ dan aku tau susah nak predict waktu subur disebabkan masalah period yang tak teratur. Jadi aku hanya menikmati waktu-waktu berdua saja. Orang tanya, aku sengih je cakap belum ada. Tak ambik pusing sangat dengan soalan dah ada isi ke belum yang aku rasa nak je tepek kat dahi "belum mengandung lagi" hahaha. Yelah, dah ramai sangat tanya. Masuk tahun kedua, aku dah start fikir. Tapi aku tak betul-betul TTC jugak. Cuma join group BBT dekat facebook. Wehhh sumpah aku tak faham hahaha