26 August 2011

Siapa pernah kena rotan, angkat tangan!


.Assalamualaikum.

tadi tiba-tiba teringat time kecik-kecik dulu. teringat pasal rotan. dari kecik sampai sekolah menengah dah tak terbilang berapa kali kena rotan. haha. doiii. aku time kecik memang jahat gila kot. menjawab, menipu, me... dan segala me.. memang boleh bagi aku. =P tapi, sekarang tak weh. aku dah baik. hak tuih! 



dulu kecik-kecik kena rotan dengan parents aku sebab nakal gila. then, aku suka menjawab., ringan je kot mulut aku nak menjawab. aku pernah kena rotan dengan rotan buluh, hanger dan jugak paip getah. muahaha. lawak gila kalau ingat balik. tapi nasib lah kan. dah aku memang tak dengar kata. tapi paling kerap kena rotan dengan buluh yang panjang tuh. tu sebab menjawab, tak dengar cakap, tipu solat.. banyak lagi lah. see. nakal gila aku time kecik. bukan takat tu. penampar penah jugak kot. hahaha. =P then, mulut pernah kena saletip sebab menangis kuat sangat. pheww~ parents aku memang garang kalau anak-anak buat hal ^_^



masa sekolah rendah pun kena rotan sebab tak siap homework. 33 kali kot kena rotan. hebakkk! masa sekolah menengah pun sama. time Form 1. kena rotan ramai-ramai kat luar kelas. tapi kelas tu ada koridor lah. tapi boleh lagi gelak-gelak dengan cikgu sebelum kena rotan sebab tak siap homework sejarah! =P



masa sekolah menengah Form 5 kena rotan sebab ponteng kelas tambahan yang GPMS tu. aku ponteng time ada fizik. sebab aku memang bengong gila kepala bila belajar fizik. sekali hari tu, ada cikgu masuk dalam kelas panggil nama yang tak pergi kelas tambahan tu. hambek kauuu.. adalah 2,3 das kena. mau biru + bengkak tapak tangan aku. 





now, aku rasa jarang dah ada parents yang rotan-rotan ni. kan? tapi aku tak pernah menyesal dengan rotan tu. sebab aku selalu fikir. rotan tu buat aku jadi manusia sekarang. kalau tak, mesti aku nakal gila lagi. =)
lain mak ayah, lain cara didikan. tapi, aku tak kisah parents aku rotan aku. tapi time kecik-kecik dulu memang aku sakit hati lah. haha. cuma bila dah makin besar, aku faham =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 Love Note (s):

Hishyamuddin said...

fuh, nakal gile mu kecik2 dulu..haha
bagus ah, mu ingt msa kna rotan tu..bsar2 ni xkna rotan doh ke.hahaha

adrinaqamarina said...

betul iqa. bila besar, memang tak kena dah. heheh.


manja sangat pon tak boleh jugak.,


mama rina ada rotan buluh yang halus dan panjang tu, panjang memang panjang, kalau ktorang lari, memang kena juga sebab panjang. hohoho. berkembar pulak tu.


tapi betul la, kalau dulu tak kena, mst skg tak jadi manusia, dah la nakal. -.-'

Fara E's said...

perghh , gila la kak iqa mase kecik ! haha

pernah la jugak kena rotan tp jarang
muke cute , org cpat kesian , muahaha

Fatin Aliyya said...

pernah kena rotan sebab x pergi solat subuh jemaah msa di mrsm.haha takper utk kebaikn jugak sbenarnya.

rindu zmn sekolah yg amat

Azhafizah[フィザ] said...

mestilah penah..kalau dah nakal..kompem kene!hehe..tapi itu semua perlu..kalau tak,kite tak kan tahu kesalahn kite..semua tu untuk mengajar kite

delarocha said...

sekarang dah lain, bila mak pukul anak, dah jadi kes dera plak.

dulu selamba je mak gua kejar gua keliling umah dengan batang penyapu.. jiran sebelah sengih jee

huhu

Nafisah Ruslan said...

rotan ni ade hikmah dan baiknya.. budak zaman sekarang je xleh kena rotan skit.. saba jela.

sea_lavender said...

tak pernh kena rotan ngn my dad~ coz lewatkan solat..skg dah tk yah rotan2 dah pndai gerak sendiri...dah thu tnggjwab..mekaseh ayah hehe =D

Lily Farhanah said...

rotan???peraturan cegu tuk rotan murid..rotan tdk diangkat tgi...spt ada buku yg dikepit di ketiak...buku xjatuh tyme merotan...n bkn boleh rotan je kat mane2 bhgian...lau murid taw prtran merotan n taw cegu dah lggar prturan ni...leh saman cegu...hahahhaa

SIELA MIKAIE said...

akak xpnh kne rotan sebab akak tak boleh kene marah...hahaha..nnti cepat je air mata nie kuar....cengeng!

twinkle twinkle said...

da masuk skola menengah jrg da kene rotan ;D

Cik SHiNJU said...

angkat tgn sambil tutup muka... :P

Hans said...

1st time kena rotan masa sekolah menengah
hohoho

najihah sahami said...

haha..mish penah kena rotan sampai lebam hijau kat betis. haha

aming said...

hahaha..jarang r plop kn rotan.biasa main gusti je ngan cikgu kalu xsiap homework.lol

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan