.Lelaki Pilihan.



hari tu, kawan aku ada tanya ciri-ciri lelaki yang aku suka. mak aih. soalan kemain. aku tahu dan faham yang semua orang nak pasangan yang sempurna dalam segala hal. yeke? tapi aku memang nak macam tu. aku sedar aku tak lah cantik tapi kadang aku lil bit choosy. haha. *ketuk kepala sendiri* entah lah. mungkin sebab aku nak masa depan yang baik. masa depan maksud aku masa depan di dunia dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi. =)





Rupa

kalau bab rupa mesti semua orang yang nak sempurna, takde cacat cela. samalah macam aku. tak dinafikanlah. tapi, aku fikir sedap mata memandang dah lebih dari cukup. aku banyak tengok muka-muka lelaki yang pesen aku tak berkenan. maksudnya aku kalau boleh tak nak tengok muka dia lagi. #ohpleasejangannakterasasangat tapi kan, orang yang tak hensem pun boleh jadi hensem tau? macam mana? banyakkan basuh muka dengan wuduk means jangan tinggal solat, hati kena selalu baik dan banyaaaakkk lagi lagi. 


Agama

wajiblah orang yang beragama. well, aku baca novel dan tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih. serius aku kagum gila dengan watak Khairul Azzam. aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa orang yang macam Khairul Azzam. kalau korang tahu pasal cerita ni, korang tahu kenapa aku bagitahu macam tu. =)) aku pun suka tengok lelaki muda-muda yang pergi masjid berbaju melayu berkain pelikat. sejuk mata memandang. hehe. anak sapa la eh? ^_^ tapi, susah nak tengok muda-mudi sekarang macam ni dan termasuk lah aku. errr >.<





Rajin

tak tahulah kenapa aku suka sangat tengok orang yang rajin. rajin solat, rajin buat kerja, rajin tolong orang. dulu aku pergi kenduri arwah sepupu aku. then adik kepada arwah tu bagi aku biasa je orangnya. tapi bila dia rajin tolong sana-sini time kenduri, aku jadi syok tengok dia buat kerja. rasa macam something. hoii. takde ah jatuh cinta. tapi suka tengok orang macam tu. auchhhh. *senyum sorang-sorang*


Hormat Perempuan

yang ni lagi satu. kebanyakan lelaki yang aku kenal suka anggap perempuan sebagai simbol seks. serius. tapi tak semua la macam tu. korang lelaki jangan nak terasa sangat la. kalau korang tak macam nilah. tapi kalau korang macam ni, sila la terasa dengan ayat-ayat tu. ahaks. aku ada beberapa kawan lelaki yang aku boleh bilang dengan lima jari je yang hormat perempuan. maksud aku, tak lah cakap bukan-bukan dengan perempuan. ni tak, nak mesej bukan-bukan je. sebab tu aku cepat hilang kawan lelaki. hoho.


Kerja

ada kerja haruslah kalau kau dah rasa nak tanggung anak dara orang. bagi aku. benda ni pun penting. yelakan, takkan kau nak bagi anak orang makan pasir. yedak? kerja yang halal itu lagilah wajib. sekarang semua benda nak pakai duit. jadi, adalah lebih baik kukuhkan kewangan sebelum nak jaga anak dara orang. eh. ni macam masuk bab kawen je. kui kui kui. tapi yang tak pakai duit adalah saat bertemu dengan Allah =))





kalau ikut hawa nafsu ( ayat encik fadil ), banyak lagi sebenarnya. tapi ini yang basic bagi aku jelah. eh. sepatutnya title tukar Lelaki Pilihan Aku. hahaha. kan? ni pun dah panjang sangat. entah korang baca habis ke tak. keh keh keh. err. #okbai

Comments

Nina Mads said…
saya setuju iqa :) hehe
siapa pun nk lelaki yg baik2 tp still lg xdpt kan.
amira faqihah said…
semoge kite mndpt jodoh yg baik2
Anonymous said…
kalau perempuan pilihan tu gane plop?.huhu
J.Syazwana said…
dulu suke cakap nak cari yang hensem. tapi bila dah dapat yang hensem perangai pulak membencikan. hihi

so sekarang bersyukur je. asalkan memahami. :)
syazwani ab said…
setujuuuu!
jangan lupa lelaki suka budak kecik sekali, haha
syafiqa said…
1.agama.
2.keturunan.
3.harta.
4.rupa.

hihihi.ok.dah mula gatal.hg kalau kawen jgn lupa jemput okeh?
noa said…
tetiba noa dah terbau2 nasi minyak je ni

jeng jeng jeng :p
Syat0za Zai said…
ohooo.. byk lagi zai belom dapat macam ciri2 akak nk tu :P
Unknown said…
errr kadang2 apa yg nak tu la xdpt...huahuahua lari............
dyah16 ! said…
grr. jangan lah dapat lelaki yg panas baran. duhh! stress.


mintak dijauhkan.
:D
Woofer Storm said…
semua sy takde tapi sy nak awk juga..haha

#jgn marah^^
kim heeruul said…
semoga kamu di jodoh kan dgn lelaki pilihan kamu ..amin.
SIELA MIKAIE said…
adik akak dh jmpe belum lelaki pilihan di hati? :)...
Ain Zulaikha said…
hurmmmm susah nak kata, kalo nak kena pilih tu mesti nak yg perfect, tapiiiiiiiii
NisaAdnan said…
SERONOK JE BACA ENTRY KALI NI. HARAPNYA KITA SEMUA DAPAT BERTEMU DGN ORG YG BAIK2 LA KAN. AMIN :')
najihah sahami said…
hehe..mish suka lelaki pakai baju melayu dan berkain pelikat.
Solihin Zubir said…
kalau taraf pendidikan suami lebih rendah drp isteri, kisah tak?
Unknown said…
awak,saya nak pinjam doodle atas tuh untuk entri saya k.nanti saya kredit kat awak.hehe.best quote tuh
SZ : kalau aku, serius tak kisah. sbb bagi aku kalau belajar tinggi tapi takde pegangan agama pun tak bermakna jugak. :)
Mra Mastura said…
heeeeeeeeeeeee asal same? hahax
well, kalau miya, iqa mesti da tau la sape lelaki pilihan.kalau ade jodoh :D
saya_arief said…
kene jadik lelaki yang lagi baik ni.
:D
ewanthology said…
semua org mahu pasangan yang terbaik.

good luck
Azhafizah MN said…
strongly agreed!semoga dipertemukan jodoh yang baik.aminn
KizZ said…
Huhu...susah tu nak cari lelaki yang hafal Quran 30 Juzuk..

P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh
Unknown said…
huhu..harap dapat jumpa lelaki macam gitu
inshaallah, akan dapat yang baik. banyakkan doa.
Unknown said…
haaa..jgn chosy sgt..bahaye...:) klo lelaki tu da mmg idaman, cpt2 amik.. nnti lambt plk..hehehe..:P

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes