.Lelaki Pilihan.
hari tu, kawan aku ada tanya ciri-ciri lelaki yang aku suka. mak aih. soalan kemain. aku tahu dan faham yang semua orang nak pasangan yang sempurna dalam segala hal. yeke? tapi aku memang nak macam tu. aku sedar aku tak lah cantik tapi kadang aku lil bit choosy. haha. *ketuk kepala sendiri* entah lah. mungkin sebab aku nak masa depan yang baik. masa depan maksud aku masa depan di dunia dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi. =)
Rupa
kalau bab rupa mesti semua orang yang nak sempurna, takde cacat cela. samalah macam aku. tak dinafikanlah. tapi, aku fikir sedap mata memandang dah lebih dari cukup. aku banyak tengok muka-muka lelaki yang pesen aku tak berkenan. maksudnya aku kalau boleh tak nak tengok muka dia lagi. #ohpleasejangannakterasasangat tapi kan, orang yang tak hensem pun boleh jadi hensem tau? macam mana? banyakkan basuh muka dengan wuduk means jangan tinggal solat, hati kena selalu baik dan banyaaaakkk lagi lagi.
Agama
wajiblah orang yang beragama. well, aku baca novel dan tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih. serius aku kagum gila dengan watak Khairul Azzam. aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa orang yang macam Khairul Azzam. kalau korang tahu pasal cerita ni, korang tahu kenapa aku bagitahu macam tu. =)) aku pun suka tengok lelaki muda-muda yang pergi masjid berbaju melayu berkain pelikat. sejuk mata memandang. hehe. anak sapa la eh? ^_^ tapi, susah nak tengok muda-mudi sekarang macam ni dan termasuk lah aku. errr >.<
Rajin
tak tahulah kenapa aku suka sangat tengok orang yang rajin. rajin solat, rajin buat kerja, rajin tolong orang. dulu aku pergi kenduri arwah sepupu aku. then adik kepada arwah tu bagi aku biasa je orangnya. tapi bila dia rajin tolong sana-sini time kenduri, aku jadi syok tengok dia buat kerja. rasa macam something. hoii. takde ah jatuh cinta. tapi suka tengok orang macam tu. auchhhh. *senyum sorang-sorang*
Hormat Perempuan
yang ni lagi satu. kebanyakan lelaki yang aku kenal suka anggap perempuan sebagai simbol seks. serius. tapi tak semua la macam tu. korang lelaki jangan nak terasa sangat la. kalau korang tak macam nilah. tapi kalau korang macam ni, sila la terasa dengan ayat-ayat tu. ahaks. aku ada beberapa kawan lelaki yang aku boleh bilang dengan lima jari je yang hormat perempuan. maksud aku, tak lah cakap bukan-bukan dengan perempuan. ni tak, nak mesej bukan-bukan je. sebab tu aku cepat hilang kawan lelaki. hoho.
Kerja
ada kerja haruslah kalau kau dah rasa nak tanggung anak dara orang. bagi aku. benda ni pun penting. yelakan, takkan kau nak bagi anak orang makan pasir. yedak? kerja yang halal itu lagilah wajib. sekarang semua benda nak pakai duit. jadi, adalah lebih baik kukuhkan kewangan sebelum nak jaga anak dara orang. eh. ni macam masuk bab kawen je. kui kui kui. tapi yang tak pakai duit adalah saat bertemu dengan Allah =))
kalau ikut hawa nafsu ( ayat encik fadil ), banyak lagi sebenarnya. tapi ini yang basic bagi aku jelah. eh. sepatutnya title tukar Lelaki Pilihan Aku. hahaha. kan? ni pun dah panjang sangat. entah korang baca habis ke tak. keh keh keh. err. #okbai
Comments
siapa pun nk lelaki yg baik2 tp still lg xdpt kan.
so sekarang bersyukur je. asalkan memahami. :)
jangan lupa lelaki suka budak kecik sekali, haha
2.keturunan.
3.harta.
4.rupa.
hihihi.ok.dah mula gatal.hg kalau kawen jgn lupa jemput okeh?
jeng jeng jeng :p
mintak dijauhkan.
:D
#jgn marah^^
well, kalau miya, iqa mesti da tau la sape lelaki pilihan.kalau ade jodoh :D
:D
good luck
P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh