04 April 2012

kenapa coklat yang comel-comel, yang ada bunga-bunga, yang ada huruf-huruf, yang warna-warni tu mahal??


.Assalamualaikum.

fuhlamak! tajuk panjang kemain. saje nak bagi orang macam bengang sikit baca. ye ah. sebab aku tak tau nama saintifik coklat yang comel-comel tu ape. coklat comel tu memang sejak aku tau kewujudan die, aku rase ahhh.. nakkkkk!! bila aku usha-usha harga, mak aihh. kemain mahal. padahal kecik je. err. ke korang rasa tak mahal? bagi aku mahal. muahahaha.

lepas tu aku teringin nak belajar sendiri. aku tanya kawan aku sebab dia ada buat time kakak dia tunang. dia cakap senang je. beli coklat compound lepas tu double boilkan. then, masukkan dalam mould or acuan yang macam-macam bentuk tu. 


taraaaaaaaaa! :D

first time aku buat, fully milk chocolate. so memang koko jelah semua. then kali kedua ni aku buat guna chocolate pink yang perisa..err. perisa apa weh? aku ambik je. sebab kaler pink. ahaha. :P jenuh jugak buat benda alah ni. dua jam lebih aku kat dapur. nak cairkan coklat pink lagi, nak cairkan milk choc lagi. lepas tu nak kena sejukkan sikit dalam peti ais. dua, tiga step jugak lah. berpeluh jugak aku kat dapur. nasib tak termasuk dalam coklat je. :P

and sekarang baru aku tahu kenapa coklat ni agak mahal walaupun size dia kecik dan bahan dia sikit je. nampak macam senang. tapi kepakaran amat diperlukan. kira macam kena hati-hati jugak lah kalau betul-betul nak kemas. tak nak bagi terlebih kat tepi-tepi. aku buat bantai je. usaha dengan tenaga yang guna kena caj jugak tau. eh. takkan free kot? :P nak-nak kalau buat pesen aku. pesen berdiri dua jam lebih kat dapur. lagi lah kan. ishhh. tapi, tak rugi pun belajar buat sendiri. jimat sikit. hiks. 

kat mana nak dapatkan chocolate compound ni? kalau kat terengganu aku syorkan dekat kedai mee soya. kedai ni memang jual bahan buat kek, coklat, dan bla bla bla. lagipun murah :) kedai ni dekat jalan ape entah. tapi kalau korang tahu kedai kain honyi okay la. sebab kedai ni depan-depan honyi tu je. sebelah butik magma. chocolate compound ni harga lebih kurang RM14-RM16 la. kalau mould/acuan RM2.50-RM6. based on size. 

kalau kat dungun, aku penah pergi beli dekat area taman permint. depan traffic light nak masuk uitm tuh. kat sini mahal sikit lah bagi aku. tapi memang mahal. =.=' dungun semua benda mahal. >.< chocolate compound ni around RM18++. ikut brand jugak kot. lepas tu mould/acuan semua RM6++. perghhh. mahal wehh. mahal la dari mee soya tu. lalalalala~


chocolate compound beryl's sedap! :))

update : lagi satu kedai jual barang-barang buat kek, buat biskut ke dekat Taman Permint, Chendering, Kuala Terengganu. lagi dekat dgn aku. sonang nak pi lepas ni. heee

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 Love Note (s):

Syat0za Zai said...

nape tak de kek nama 'ZAI'?! marah ni marah ni.. ekeke

fullu milk chocoalte.. nakk..sedapnye =/

faryzh said...

wahh~
nampak cam sedap je.nanti kita nak tempah kat awakla.hewwww.=)

mie said...

tengok pun dah rasa sedapnya...
tu belum rasa lagi..
ehehehee

J.Syazwana said...

peh nak belajar buat jugak. tapi tapi tapi nak beli barang2 die tuh fuhhh modal2. mould lagi. hehehe

SIELA MIKAIE said...

dah boleh bukak kedai dh adik akak nie..dhboleh post freeeee hantar kt rumah akak..kehkehkeh..kan kan?

Mra Mastura said...

sedap x? buat banyak2 ni utk ape ? hehehe. NAKKKKKKKK!!!!

syafiqakarim said...

tp kan weh.murah gak la.
aku pernah order kt sini tau.
nauzubillah mahal.masa tu noob la xreti buat perbandingan.haha

nak weh

Puteri Iqa Izyan said...

zai : hahaha. nak ke? ala... buat sendiri la. hak3.

faryzh : huishhh. order la. hahaha

mie : tapi tak buleh lawan cadbury lagi :P

J.Syazwana : haha. tau takpe. ni pun mintak duit ayah. harap duit sndri mmg tak :P

SIELA MIKAIE : hahaha. bukak kedai lepas tu sendiri makan :P nnt akak kawen, iqa bg free. huhu

Mra Mastura : tak tau lah buat apa. main main je senanye. hahaha

syafiqakarim : keh keh keh. moralnye, buat sendiri jimat sikit lah :D

Azhafizah[フィザ] said...

sebab dia handmade kot..susah nak buat.sebab tu mahal

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

usaha tangga kejayaan hehe...

bila dh siap mesti terasa kepuasannya sebab dah bersungguh-sunggguh buat kan =)

Puteri Iqa Izyan said...

Azhafizah[フィザ] : ha'ah. ye jgk tu sis. lupe pulak nk mention. hee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : hee. sangat puas rase bile dh berjaya buat :')

m!3yr4h_LolLy said...

ouh. dekat mee soya to banyak bahan2 wat kek pun ade iqa op ? ajor mirah tek. hehehe

Dhaniya ShahNiza said...

Ohohoho...murahnye mould kat sane...nlh tulung belikan untuk kite???kite cari yang munge2 ade kelopak tu..kat sini xde =(

Anonymous said...

@Puteri Iqa Izyan
nama kedai tu ape erkk???nk try g cri choc beryls compund...hehe

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan