Family Conversation


Sekarang aku rajin sikit bercakap dengan parents. Sebelum ni rajin jugak tapi tak lah nak borak macam-macam. Tapi maybe sebab aku bosan tak tau nak cakap dengan sape kat rumah so, aku cakap jelah. Tapi ada hari aku tak cakap jugak. Heh.

Ibu
Bila dengan Ibu biasanya, Ibu akan cerita pasal budak-budak tadika. Tak pun kalau duk kat dapur aku tanya la pasal masak-masak. Lepas tu aku lupa. Kikiki. Kadang tu kemas-kemas dapur dengan Ibu sambil cerita macam-macam. Seronok jugak. Eceh. Cakap pasal belajar, pasal kerja, pasal kawan aku, pasal kawan Ibu, pasal jiran-jiran. Eh apa banyak pasal lah! Ini semua poyooooo =____= Ibu selalu ajak pergi jalan sana-sini and aku pun memang suka sangat. Tapi yang pasti Ibu akan suruh aku drive. Sebab Ibu suka tidur dalam kete. Hee. Lepas tu paling best Ibu orang yang paling rajin makan kalau aku buat kek ke, biskut ke, creampuff ke, etc bla bla bla.

Abah
Dengan Abah pun kadang-kadang banyak cakap jugak. Bila duduk dekat, biasa Abah akan pegang rambut depan sambil cakap " kerinting rambut time kecik dulu sampailah sekarang " Well, we talked in Terengganu language for sure ;) Tadi, nampak Abah kelam kabut je. Pastu aku tegur " Bakpe gaduh ngak ni aboh? " Abah pun gelak je " Hehehe. Tadok nape. Saje je.. " Sambil keluar pergi masjid. Lepas tu tiap-tiap hari nak air Nescafe. Ayat mesti nak " Long, air se.. " One more thing, taktik Abah nak air kalau time malas nak bagitau, dia akan pergi rebus air senyap-senyap. Bila aku dengar air dah masak, aku tanya " Nok air ke? " Then for sure lah Abah jawab YA! Hiks.

Aiman
Dengan adik bongsu ni aku banyak bertekak. Hihihi. Sebab dia selalu nak smack down aku! Dia cakap best bagi aku marah. Biasa dia akan cakap " Aku suke buat mu maroh long. Rase sedap gile!! " Kadang-kadang dia lalu depan aku lepas tu tonggek bontot ke aku. Hampeh. Lagi satu dia mesti cakap " Aku geram tengok lengan mu long. Isi banyok. Rase nok tumbuk-tumbuk je! Eeeee " Serius dia selalu tumbuk lengan aku. Paling lama 4 hari aku tahan sakit. Walaupun dia macam tu tapi still nak suruh aku korek telinga, potong kuku, tido atas riba aku dalam kete. Kakakakaka. Buruk gila perangai! Dah la lima belas tahun. Phuiii.

Amir
Adik nombor dua ni aku tak banyak cakap. Dalam sehari belum tentu cakap. Aku syak prinsip dia, bercakap bila perlu. Kalau dia cakap pun, dia akan mintak kunci kereta. Itu je. Huahuahuahua


Eh kemain rajin menaip. Kekekekeke. Ini semua poyoooo ^^_

Comments

nur onie said…
Aku nk komeng psl amir je.. Kahkahkah
Dgn hrpan amir xkn lupa aku
*tetiba
Hahaha
Sapa lenim ke amir gitu?ish ish
*nasib hensem*
mie said…
fuh!!
3 bradik je ke?
hehehehehe
kay_are said…
aku cakap dengan famili ni jarang.. tapi cari pasal ngan adik beradik tu memang selalu sangat dah.. leh kate hobi bile balik kampung gak r.. =P
Nina Mads said…
Ala xada siblings la tp nina suka talk2 kt rumah
nadia farahida said…
eh eh iqaaaaaaaaa :)
lamanya tak kontek2 kann.
dulu sokmooo kita komen2 time zaman kegemilangan blog tahun 2010 kann. hewheww. iqa sihat?
Rara Farah said…
Adik mung mari nie (ecece sambil mengirai rambut yang DOK KERINTING).Sila la bangge sebab kerinting tu mengingatkan kite pada Alleycats...TIME KASIHHHHH!!!!!!!...Ahaks..kadang bile pk op,adik mg hop ngelast tu bijok gok..cakap bile perlu je..haha..time nok beli kalu mg tanye2 ye dop jawap,doksoh ler beli..dok ke jimat pitis..bijok2..eh,panjang giler aku merapu.LENGAN BANYOK ISI TUH DOH MEH R ITE DIET
Unknown said…
sy ska usik adik bongsu..tp bla dia dh msuk tingkatan 1 dh tak usik...bia dia tumpu kn prhtia dngn pljrn..
J.Syazwana said…
eh sama lah nama adik kite. aiman jugak. mohd amirul aiman. now kat matrik uia pj. kikiki
syafiqa said…
ada single tak untuk aku
amira faqihah said…
haha comelnya gaduh2 dgn adik haha
Anonymous said…
dengan mak and ayah tak boleh tak bercakap. rasa janggal. mesti hari-hari bercakap jugak. :)
emieysandra said…
Rindu nk baloh ng adik2, even dh besar pn..klu xbaloh xgege mmg xleh, ade je nk kacau adik2.hehe
Myra Jay said…
Boleh jadi terapi bila dapat berborak dengan family :D
Aujinz said…
haaaa..itulah family kannnn XD

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes