07 January 2013

Tips : Muffins & Cupcakes


.Assalamualaikum.


Hey ya. Sekarang asyik buat tips konon bajet macam good-good je kannn? Hiks. Aku rasa muffins dengan cupcakes ni sama je. Sama bentuk, sama rasa, sama tekstur. Tapi, sebenarnya tak pun. Kalau korang rajin perati lah kannnn? :P Nak buat adunan pun dah lain. Serius kalau korang betul-betul cari perbezaan muffins dengan cupcakes mesti ada. Jangan cakap sama lah. Pang kang. -_________-

Muffins

First time aku buat muffins, aku guna mixer. Lepas dah siap bakar, makan. Sedap. Cepat gila habis. Tapi tapi tapi, aku tengok tekstur muffins tu lain. Tak sama dengan muffins yang betul-betul muffins. Err. I mean the texture inside. It's different. Totally. Even rasa sedap. Aku tak puas hati. Malam tu jugak sebelum tidur, aku google tips untuk buat muffins and yesssss jumpa pun :) Esok tu aku buat balik dan menjadi lah tekstur muffins yang aku nak sangat tu. Ecehhhh. Lupa dah link mana tapi muffins ni tak payah pakai mixer pun okay. Korang hand whisk je. Guna yang nak pukul telur tu. Tapi hand whisk pun tak boleh lama. Bagi sebati je dan takpe kalau adunan tu berketul-ketul pun. Bila dah masukkan tepung tu kan, hand whisk pun dalam 15 saat je. Muffins ni kalau terlebih whisk tekstur dia jadi lain. Tau tak resepi muffins yang sodap? Hiks. Korang tengok fan page Izyan Masterchef. Yang album Resepi kalau tak salah. Ada Kenny Rogers Muffins. Sedapppppp :) Ingat! Hand whisk je semua. InsyaAllah menjadi dan sedap. Cuma, kurang kan sikit gula.


Cupcakes

Cupcakes ni tak macam kek biasa. Kalau korang rajin cari pasal cupcakes, benda yang selalu chef tu ajar mesti DO NOT OVER MIX. Yes, jangan over mix / over beat. Sebab cupcake bukan macam cake. Bukan. Please note that. Kalau korang buat pastu cakap korang buat sama je jadi tu silap la kot. Bagi aku lain. Nampak kelainan tekstur. Ahhh. Macam ambik Kulinari je aku nih. Padahal belajar Akaun :P tapi cupcakes ni memang guna mixer. Once dah masukkan tepung, kena mix bagi sebati je. Yang penting jangan terlebih pukul. One more thing, if dalam resepi tu guna all purpose flour @ tepung gandum pun takde masalah. Tapi lagi cantik kalau separate kan jugak untuk self raising flour @ tepung naik sendiri. No worries. Takkan naik mencanak pun cupcakes tu. Hihihi

Notes: Jangan lupa rajinkan diri korang untuk ayak tepung ye. Untuk dapatkan tekstur yang menggoda jiwa. Lagi satu jangan lupa campurkan sedikit garam bila buat kek @ cupcake.

Order Egg tart / Cheese tart / etc etc.. 
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

mie said...

suka tengok org buat cupcake..
mesti semuanya comel2...
eheheheheh

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan