29 May 2013

Risau Pasal Jodoh.


.Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Ramai sangat kot kawan sekolah, matrik, uni dah kahwin. Best tak? Hiksss. Tak kurang ramai jugak kawan sekeliling aku yang bertunang dan nak kahwin dalam tahun ni jugaklah katanya. Wahhh. Mohon tumpang sekaki. Kakakaka.

Tapi, yang pasti aku dengan beberapa orang lagi kawan aku memang cuak dengan diri sendiri. Masing-masing duk risau kenapa tak jumpa jodoh lagi. Haha. And to be truth aku ade lah duk waksap dengan kawan aku. Cakap pasal nilah kan. Dedua debor sebab bila turn kiteorg ni. Yela, tahun ni pon dah ramai sangat kawan yang nikah. Tu coming soon dalam hujung tahun ni ada lagi. Siap plan nak cari doa cepat dapat jodoh kot. Hehe.


Ramai yang cakap kat aku "sabar. nanti adelah tu.." "memilih sangat kot..." Wahaaaa. Taklah macam tu. Tapi, maybe aku rasa risau sebab sekarang dah macam trend kahwin muda. Tapi baguslah. Sebab tu pun yang aku nak. Kalau la boleh. But seems like my parents won't allow me. Haha. Umur baru doploh tiga tapi bila mostly ramai kawan sebaya kahwin terasa diri macam tua pulak. Wuwuuu.

Tapi bila pikir balik perangai aku, malas aku, tak pandai masak aku, suka tidur aku, rasa macam tak layak lagi nak ada keluarga sendiri. Macam mana nak uruskan keluarga sendiri kalau sekarang ni pun aku macam huru-hara. Eceh. Pastu kadang-kadang aku terbayang kalau aku ada suami pastu nak kena share semua benda. Katil? Aku pesen suka guling sorang-sorang atas katil. Selimut? Aku kurang sikit share dengan orang. Bantal? Aku nak semua bantal letak tepi aku time tidur. Almari? Semua baju aku penuh kot. Lepas tu aku berdebar gila bila fikir pasal ni. Muahahahaha. Gila jauh tak imaginasi aku? :P


Semalam adik aku cakap, ada orang nak match aku dengan anak sedara dia. Muehehehe. Itu pun sebab adik aku baca mesej dari mak aku dalam phone abah aku. Haaa kau. Aku tergelak aje dengar. Dah lah makcik tu siap call dah family laki tu. And I was like DOUBLE HAH??? Tapi for sure mak aku tak bagilah. Sebab aku tak keje lagi. Tapi entahlah. Kadang rasa macam tak adil. Bagilah kenal-kenal dulu kan. Wahhhh.  Boleh tahan miang aku. Kikikiki.

Tapi takpe. Tunggu mem besar balik dari maktab nanti. Dengar dulu macam mana cite pastu baru kita respond. Kakakakaka. Tolong la jangan geli sangat dengan ke-miang-an aku. :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

4 Love Note (s):

Anak pak cik Azhar :) said...

haha..lawak part bagi kenal2 dulu tue ;D

Rara Farah said...

part yang takmboh share tu sebenarnye kedekut..hahaha...bukan yu sorang je pikir hal kawen2 tau..lagi2 sabtu ni member skolah rendah aku kawen,lagilaa...soklan cepu cemas mesti ditanya sat lagi...tapi percaya ape yang macik ai cakap ' bila tibe masanya,jodoh tu pasti ada'.don wori be hepi..chill

Miss Aja said...

comelnya post ni! hehehe... ye, jodoh ni sgt rahsia buat semua org tertanya tanya..tp kalau akak jadi awak..akak pun nak kenal jugak laki tu.ntah2 ensem n baik hati.hihi

Mila Ahmad said...

Jodoh itu rahsia Allah, lambat atau cepat jerk.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan