Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)
Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :)
Resepi crust
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la )
1/2 cawan gula
1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye )
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay )
Cara-cara:
1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu.
2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.
4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.
5) Lepas tu boleh ambik sikit adunan dan tekan-tekan dalam acuan. Kalau untuk tat telur ni buat tebal sikit takpe crust tu. Kalau nipis sangat cepat lembut tat telur nanti.
6) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.
7) Sejukkan dulu crust yang dah masak baru simpan dalam bekas kedap udara. Tupperware bagus. Hee.
So, sekarang cara-cara nak buat filling pulak. Nak bakar tat telur ni ada dua cara. Satu, bakar asing-asing. Bakar crust dulu, kemudian baru letak filling dan bakar balik. Dua, lepas dah tekan-tekan adunan dalam acuan tat pon boleh tuangkan filling dan terus bakar sekali.
Tapi setakat aku jual tat telur ni, orang lagi suka yang pertama sebab rangup :)
Filing Telur
4 biji telur ( size A @ B )
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air kosong
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning ( tak nak pun takpe )
Cara-cara:
1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu. Wajib tapis okay.
2) Masukkan dalam crust yang tadi. Hati-hati. Jangan terlebih dari crust. Nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dari loyang. Kalau melekat, guna spatula untuk tolak-tolak tat supaya tak pecah. Jangan paksa tarik sendiri dengan tangan. Nanti sure hancur tat.
3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven. Rujuk sini cara bakar lebih details.
Terima Kasih =)
UPDATE: 10 JUN 2021
Disebabkan banyak soalan tak terjawab. Saya jawab terus dekat post ni ya.
Soalan: Guna tepung gandum jenama apa?
Jawapan: Apa-apa jenama tepung gandum tak jadi masalah.
Soalan: Biskut untuk tart tu boleh bakar sekali filling atau bakar biskut dulu baru bakar filling?
Jawapan: Boleh guna dua-dua cara. Ikut mana kesenangan. Saya dah guna dua-dua cara tapi saya lagi suka bakar biskut dulu baru bakar filling sebab nak rasa rangup biskut.
Soalan: Untuk filling guna telur apa?
Jawapan: Apa-apa jenis gred pun boleh cuma pastikan telur tu masih segar ye. Bukan telur lama.
Soalan: Dalam filling kena letak tepung ke?
Jawapan: Tak perlu.
Soalan: Jual berapa?
Jawapan: Maaf saya dah bertahun-tahun tak jual tat telur. Hahaha. Jadi, saya tiada jawapan untuk itu. Boleh kira sendiri kos bahan yang anda gunakan.
Terima kasih ;')
Comments
ade ade.
tapi lepas2 PRU ni ah aku update.
busy sket. kikiki
kalau gune acuan kecik dpt dlm 70++ kot.
kalau gune acuan yang medium dpt dlm 50++
kalau tak silap la. heee
aaa tak sure pulak. try la. tp kalau susu cair mcm berlemak sikit. kot la. hee
Assalamulaikum. Saya nak tanya. Bakar sekali dengan acuan ke ce mana?
Kak Izyan. Nak bakar tu, sekali dengan Acuan ke ce mana?
Waalaikumussalam dik :)
Boleh bakar dengan acuan sekali ataupun asing2.
Tp bakar dengan acuan lagi better sebab boleh nipiskan adunan dan tak bocor :)
boleh sangat. lagi lah sedapppp. heee :)
Nampak mengiurkan! Mohon cedok resepi awk nak buat tat telur jgk hehe.
kenapa nak guna mixer? Hehe.
Kacau guna garfu je slow2. =)
wassalam. maaf ye. tak sure pulak sebab saya buat tak jadi macam tu :')
Wassalam. Mmg tepung gandum je guna tu.
hiasan atas fillinf sy tak pernah buat tp boleh la kalau nak try. :))
of course better than margarine! try la :)