07 December 2013

Budak Baru Nak "UP"


.Assalamualaikum.

aku rasa budak baru nak up sekarang berbeza dengan budak baru nak up zaman dulu. takde ah zaman dulu sangat. zaman aku lah lebih kurang. heh. zaman sekarang banyak sangat gadget yang advance. aku sendiri pun tak tekejor. tapi, bila tengok budak baru nak up sekarang, teringat zaman sendiri dulu. kehkehkeh.

dulu aku sekolah kawasan bandar. kiranya, dulu sekolah tu kerlasss lah gitu sebab dulu sekolah english. nenek aku sempat sekolah kat situ sampai form three, siap tulis poem lagi uols. tapi tak lama sebab kawen dengan anak raja katanyaaaaa. ala, zaman dulu kalau form three apa adehal kahwin time tu kan? kalau sekarang, mau muka depan semua paper.


walaupun mula-mula masuk sekolah tu awkward gila, loser gila perasaan dia tapi akhirnya macam best gilaaaaa sekolah tu. tambah pulak part mengorat budak bola kat sekolah. muahahaha. aku pulak berkawan dengan girls pesen nak UP je manjang, pesen nak up to date. dan sah-sah lah aku terikut kannn.

zaman tu, famous dengan magazine Utopia yang mana dalam tu memang banyak barang up to date especially dari Tropicana Life, Wild Chanel. sampaikan, bila shopping je mesti bagitau abah nak barang TL. TL sangat uols.

sekarang pandang sebelah mata, sambil gelak kat diri sendiri je sebab terhegeh sangat dengan brand TL dan WC tu. lepas tu pulak, pesen pakai simkad je. telefon pinjam-kawan-yang-anak-orang-kaya-yang-baik-gila bagi pinjam tepon kat sekolah. beli simkad jeeee katanya. kawan aku ajar jugak nih. kawan aku nih pulak dah selamat kahwin pun hari tu. kehkeh

dan aku ikut kawna-kawan aku jugak la yang gila banyak skandal time sekolah. banyak woooo. bukan nak bangga tapi benda ni memang tak patut dibuat pun sebenarnya. malu gila teringat perangai time sekolah. entah mana pegi dah semua skandal. hahaha

dan sekarang, aku terlalu rindukan zaman sekolah. rindu sangat :')

*dedicated to all my high school friends*


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

Arol Mubin said...

Rindu jugak zaman sekolah! :'( Memang kelakar bila ingat balik perangai zaman sekolah. Kenangan yang sentiasa segar dalam ingatan. Cewah! :p

BBNU sekarang memang berbeza dengan zaman dulu. Dorang agak annoying kot. Hahaha! :D

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan