kalau pinjam barang orang

setiap dari kita semua memang akan ada aktiviti pinjam meminjam. ataupun boleh cakap memang wajib lah kan. ni dalam konteks meminjam barang sesama kita la kan. tak lagi dikira pinjam dengan Allah SWT. yedak?

tapi ada pesen beberapa manusia yang sukaaaaa pinjam sangat. maksudnya, awal-awal nak pinjam sebab memang dia tak ada benda tu. maka disebabkan kawan baik dia ada, dia pinjam lah dengan kawan dia. *biasa*

tapi jadi luar biasa kalau dah tahu benda tu kau nak guna-hari-hari, why not kau beli sendiri je kan? simpan la duit. ala, setakat barang tak sampai sepuloh hengget, apalah sangat nak menyimpan.


jadi, aku macam nak bagi nasihat sikit kat sesapa yang suka duk meminjam tu. termasuk lah aku :P

pertama,
kalau dah pinjam barang orang, pandai-pandailah pulang balik. jangan la duk buat macam harta sendiri. paham? bila dah buat macam harta sendiri pegi cakap pulak kat tuan punya barang "weh! kalau ko nak barang ko ni, mintak eh" gitu pulakkkkk >_<

kedua,
kalau dah pinjam barang orang, boleh tak jaga bebaik? jaga macam mana sebelum kau ambik. ni kalau pinjam novel dengan kawan, time pulangkan balik dah tak macam rupa buku aku tengok. tuan punya novel kemain lagi jaga leklok. contoh biasa jelah sebab aku selalu kena. contoh lain banyak lagi.

ketiga,
kalau dah pinjam barang orang, jangan sampai orang tu pegi mintak kat kau. tahu tak malu nak pegi mintak?

ketiga jelah sebab aku dah habis point. keh keh. tapi yang penting, pandai-pandailah pulangkan balik eh.


Comments

Tapak Kaki said…
member aku pinjam payung cakap nak hantar payung. hari ni dah masuk seminggu tak nampak batang hidung dia.. payung je kot. so aku biar kan je lah.

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes