Resepi Eggless Moist Chocolate Cupcakes @ Cake Yang Sedappppp Sangat!

kualiti gambar tepon terukkkk ahaha

Dah lamaaaa tak share resepi. Resepi ni time kerja dulu ye. Ekekeke. Ni eggless moist chocolate cupcakes. Simple sangat dan super duper sedap bila dah sejukkan dalam peti. So kali ni nak bagi resepi dan step by step sekali dengan tips la. Cewahhh tips katanya haaa. Let's start!

Bahan-bahan
*1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan serbuk koko
*2 sudu besar tepung susu
*1 sudu kecil serbuk penaik
*1/3 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ( jangan lebih nanti pahit )
3/4 cawan gula halus
secubit garam
1 cawan air sejuk dari peti ais
1/2 cawan minyak ( bukan betul-betul setengah. kiranya macam 3/4 daripada setengah cawan )
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar cuka ( kalau takde cuka time tu boleh ganti dengan perahan lemon )

Cara-cara
1) Ayak bahan bertanda * dan campur gula, garam. Lepas tu gaul sebati dalam satu bekas. Gaul guna garfu boleh, guna tangan pon boleh. Tapi tolong pastikan basuh dulu tangan ye. Gaul betul-betul sebati sampai semua bahan kering tu tak berketul. Sebab biasanya gula dan tepung susu yang berketul.

2) Bila semua bahan kering dah sebati, masukkan air sejuk, minyak dan esen vanila. Gaul perlahan-lahan menggunakan spatula ataupun pemukul telur. Alaaa pemukul telur ni. Kalau guna tu lebih senang dan cepat sebati. Tipsnya tolong laaaaa slow je gaul tu. Sampai semua sebati betul-betul. Lepas tu kalau adunan tu nampak likat sikit, tambah air sejuk sikit lagi. Sikit-sikit je. Lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Lepas tu kacau lagi sampai air tu sebati dengan adunan.

3) Yang lassssstttt, masukkan cuka. Kacau sebati. Yeayyy dah boleh bakar!

4) Bakar suhu 180 darjah selama 20 minit atau hingga masak. Please jangan terlebih bakar sebab nanti kek jadi keras. Jangan sampai permukaan kek nampak kering. Cukup sekadar cantik je masaknya. Sejukkan dulu baru letak dalam peti ais kalau nak makan sejuk-sejuk. Kek ni boleh buat cupcakes @ kek. Dan , kalau cantik je masak, bila letak dalam peti ais kek tak keras. Still lagi lembut :)

Chocolate ganache

Ni yang paling tempting bagi aku. I got this recipe from one of great baker on instagram ;)

3/4 cawan diary cream
1 cawan baking chocolate @ chocolate chip.

Panaskan diary cream sampai naik buih-buih sikit lepas tu masukkan dalam chocolate. Kacau sampai semua sebati. Kalau nak curah atas kek @ cupcakes, biar dulu likat sikit dalam 3-4 jam. Kalau nak pipe atas cupcakes macam kat atas tu, biar dalam peti ais semalaman. Yang aku punya kat atas tu sebab terlebih cream. Muehehehe. 

Okay? Got it? Good luck! 

Comments

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes