13 January 2014

Random #7


.Assalamualaikum.

Baru ni aku belek semua entri lama. Biasa kalau ada masa banyak jelah belek-belek entri lama. Tapi sebenarnya lebih kepada sebab ada adik blogger yang tegur kat facebook chat. Rasanya dia google nama aku kot. Ehe. Aku pun sama naik duk google nama sendiri. Lepas tu macam-macam lah yang keluar. Pernah kena review sana-sini. Tu aku rasa pengalaman paling osem sepanjang blogging. Dulu la. Long time ago. Tapi sekarang aku banyak update bajet-orang-baca gitu aje. Aku pun dah jarang nak baca-baca entri orang lain kecuali aku tengok dekat sidebar sendiri.


Jujurnya, ramai yang tolong aku naik dalam dunia blogging. Sebab dulu memang aku fikir untuk side income jugak. Tapi lama-lama blogging ni makin bosan. Perasan tak? Yang best still lagi best. Tapi aku dah rasa banyak yang suam kuku. Atau aku sebenarnya dah takde mood sangat blogging. Heh.

Kadang dah macam kehabisan idea nak tulis pape. So rasanya lebih kepada cerita pasal diri sendiri. Lagipun kalau free banyak sibuk kat dapur. Ececece. Sibuk tidur pun iye jugak. Tu belum lagi bab makan je manjang. Kekeke. Teruk betul perangai jadi penganggur. 

Aku usaha cari kerja jugak. Interview sana-sini. Tapi belum rezeki lagi. Sabar :) Kalau tanya " kenapa tak terus kerja kat KL je? " Jawapan aku sama " entah ". Hati aku bukan kat sana. Bukan nak memilih. Tapi aku memang tak nak. 


*berjam jugak aku peram entri ni. taip dulu. save. merewang sana-sini. buat karipap. muahahaha


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

0 Love Note (s):

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan