life being as an accountancy student .
Akauntan. cita-cita kedua yang aku tulis dalam biodata time sekolah rendah dulu. cita-cita utama nak jadi doktor. makin lama, makin tinggi belajar dah lupa cita-cita doktor. banyak main-main time sekolah. bukan gengster sekolah okay. nakal sikit je. tudung pendek, that's me. pakai stokin kaler maler, that's me. ponteng kelas pegi lepak kelas senior, that's me. tu time sekolah sultan sulaiman. bila tukar sekolah baru sekolah bukit sawa, life's totally changed. new environment, new friends. time tu jadi baik sebab takde geng nak buat nakal-nakal.
form five ambik pure science. tak suka menghafal okay. kelas yang selalu ponteng, time fizik. kalau hari tu ada fizik, aku tak pegi sekolah. adik-adik jangan tiru okay. result spm takat-takat makan je ah. Alhamdulillah semua credit. boleh la masuk matrik program dua tahun aliran fizik. hai KMPHians! :) tapi masuk tahun kedua aku keluar. dapat diploma perakaunan kat UiTM Dungun. sebab nak lari dari fizik, nak lari dari homesick, aku keluar. sebab dungun dekat. tiap-tiap minggu boleh balik.
kawan aku cakap akaun macam math. aku suka math. aku pun masuk ah uitm. tapi sebab aku memang kosong gila pasal akaun, aku rasa menyesal pulak. first semester, aku dah fail akaun. sedih okay. *lap-lap air mata* aku pesen malas gila nak buat latihan. aku rasa macam nak pecah otak belajar basic akaun. dan sem-sem seterusnya aku banyak buat latihan. serik weh! tapi, ada jugak aku repeat lagi. company account. study last minute. *panggg kat diri sendiri*
tapi, dari setiap sem ke setiap sem, aku baru boleh fikir sekarang yang akaun ni perlu banyak latihan. practice makes perfect :) aku pesen lambat pikap so, aku kena buat latihan lebih banyak dari orang lain. aku start buat banyak latihan lebih dari orang lain start sem 5! kesedaran aku lambat bebenor. tapi, usaha aku tak sia-sia. markah test dengan kuiz selalu tinggi daripada sebelum ni la. kadang rasa macam tak percaya je tu aku buat.
jadi budak akaun ni memang la sakit kepala. aku pun macam tu. berdenyut-denyut kepala nak fikir satu-satu benda. tapi best sebab main kira-kira. tapi, kalau nak buat latihan, aku lagi senang kalau ada skema jawapan. sebab senang nak tahu macam mana nak dapat value sesuatu tu. itu cara aku study. ada orang tak suka macam tu. tapi, aku rasa ramai macam ni kan?
tapi tak semua subjek setiap sem tu best. contoh macam auditing. serius susah. sepatah pun tak faham. *sigh* kalau bagi pilihan antara law dengan auditing, aku akan pilih law! aku rasa auditing ni kena buat cara praktikal kot. senang nak nampak. kalau hadap buku teks dengan manual je mana nak nampak. nak-nak pesen lampi macam aku ni. ish. tapi, akaun memang best. ye ye je aku ni. padahal dah nekad tanak sambung degree accounting. tanak. tanak. tanak.
nak kata jadi student akaun ni busy 24 hours itu sangat tipu okay. melainkan kalau join kelab-kelab. aku siap berjalan sana-sini, mandi air terjun cemerung, lepak mesra mall, lepak buang-buang masa. study je sikit masa. hee. tapi, untuk kebaikan baiklah korang study daripada melepak. boleh je nak lepaking sana sini tapi bahagikan masa la. mana nak layan korea lagi, mana nak online lagi, nak tengok wayang lagi. pandai jaga diri okay :)
eh. panjang eh aku membebel? nak buat acane. dah memang perempuan suka membebel. hiks.
Comments
MJ dulu Dip akaun, bila degree ambik financial-fuhhh!! pengsan... :)
ambil ijazah akauntan byk kelebihannya. Kalau aply kpli, start keja dah menyamai gaji guru2 yg 8 tahun kerja.
Tak pasti pulak setakat mana susahnya belajar akauntan sbb saya dulu lulusan ekonomi.
rase mcm due2 susah. hahaha :P
uhh. iqa pun tak minat engineering. hewhewhew. sabor jelah kak ye :)
haaa. boleh pulak mcm tu. takpe2. akak dh jadi akauntan pun skang :)
waaa. jauh beza. accounting to nursing. huhu. semoga dia berjaya dgn pilihan dia :)
thank you kakak! :D
heee. insyaAllah :)
waalaikumussalam.
dulu ade jugak teringin nk jadi cikgu dgn ijazah akaun. tp, bile dh tgk sakit kepala mcm ni jadi tak nak pulak. hee
eh. senang eh cari keje? mcm susah je. huhu
yes. that's it. thanks!
betul2
jadi student tak busy mana melainkan 2 bulan terakhir la
tapi tgok course juga la kut
----------------------------
izyan kite tag kamu
join Giveaway Cik Ana Aleesya
Sudikah Cik izyan join
# Kenyit mata ^_*
hopefully. heee :')
akaun mmg hebat. tuan yg belajar ni je tak hebat. muehehehe
biasenye final sem la kot yg busy. sblm2 tu busy jugak cume biase2 je busy. hee
thanks!
thanks :')
yg penting study betul2 :)
emm semester pertama tu memang betul2 susah ke bg yg takde basic?
sy pon mcm akak jugak..mase spm bukan dr aliran akaun..tp pas spm tu ad terbace artikel2 pasal perakaunan ni..mcm menarik..ttiber berminat..then apply lah dip akaun dekat kolej bersekutu uitm IPB tu..kemungkinan intake november ni sy start semester 1..tp bile akak ckp cmni ttibe ase mcm takut..rase mcm nk tuka course pon ad..tp tu lah..nk tnye bdasarkan akak pnye pengalaman..untuk permulaan tu? mencabar tak? n mcm saye ni yg start dr zero about accounting..ad harapan tak klau nk dpt A utk subjek account..*ehe berangan jap :)
HAHAHA. chill :) bg akak susah sebab akak sangat malas nak study :P don't worry okay. takde basic pun sure boleh score! insyaAllah :) dengan syarat rajin buat latihan. nak buat dua latihan je pun boleh. tapi, biar faham. faham konsep, faham flow nak buat dari awal sampai akhir :) kalau tak faham terus tanya kawan or lecturer. once you understand, it will be easy for you ;)
account ni memang la semua orang cakap susah. banyak pening2. haha. tapi, bila dah faham, dapat jawapan, kite mesti happy punye! ^_^ tapi kalau jawapan tak balance tu benda wajib. haha. sebab kalau balance pun belum tentu betul jawapan tu :P
permulaan memang sakit kepala nak paham. bahasa-bahasa accounting ni memang tak ngam dengan jiwa. tak pernah tau, tak pernah dengar. hehe.
Satu je penting.. willing to learn. tanam tu dalam diri. Everything will be fine ;)
kalau rasa betul2 minat dan nak teruskan ambik akaun, takde masalah pun :) ramai je yang lari bidang. same goes to me right now. belajar akaun, tapi cita-cita nak ada bakery sendiri. hihihi.
SURE you can! yang penting usaha. jangan bila dah dapat apa yang nak sangat, buat main2. ;) InsyaAllah kalau nak, usaha, berdoa..semuanya jadi baik :)
X susah if u know the concept...
Lg pn its will diffrent us from other profession..
We r in professional prefession as accountant sane as docter..
Ok so good luck.. in your bach.
Saya nak tanya , dip perakaunan , first sem dah start pakai laptop ke ? Saya tak tau perky bwk ke tak . Harap sangat sangat akak dpt rply . Tq :)
Waalaikumussalam dik :)
Err akak pon lupa sebab dari first sem lagi bawak. Hehe.
tp takdelah guna sangat pon. kecuali kalau ade subjek Accounting system. Tp kalau awal sem tu tanak bawak pon takpe. boleh share dengan kawan aje :)
sbb takde lah byk guna sangat pon laptop ni. assignment pon boleh pinjam kawan punye.
kecuali time part 4 & part 6.
part 4 nanti akan belajar satu software. biasenya lecturer suruh setiap org ada laptop and install software tu. sebab akan ade gune setiap kali subjek tu.
part 6 pulak nanti korang akan ada final year project bawah subjek ETR. Time ni memang banyak guna laptop. sebab kena buat presentation dan jugak account untuk company
:)
thanks for the info kak :)
saya nak tanya lagi , hehe , sorry bnyk soalan .
pakaian kat sana time pegi kelas mcm mane ek ? ade org ckp pakai baju kurung setiap hari . ade jugak yg ckp pakai bju kurung certain day je .hmm , ke ade hari yg wajib pakai baju kurng and hari lain bebas ?
tq sis :)
not a big deal dik ;)
takpe takpe. yg mane akak tau, akak share aje. hee.
yang wajib hari isnin. mmg isnin semua wajib pakai formal. hari lain boleh pakai baju biasa aje. tp kadang2, ade certain lecturers yang wajibkan students pakai baju kurung dalam kelas.
kalau yg freehair, lecturer tak marah pon. tapi biasanya kalau ada kelas agama pakai tudung. lepas hbs kelas agama ade yg bukak tudung, ada yg pakai sampai habis semua kelas.. hehe.
Jeans, Skirt boleh aje.
Slipper tandas pon ade yg berani pakai pegi kelas. tp yg tu nanti kena pandai handle lah. kang kalau terserempak dgn sesape yg perasan, naya jugak. hehe. Sandal, wedges, heels boleh pakai :)
takde pon. ade business math. nnt ade jugak costing. mcm campur math dgn akaun gitu. :)
btw, akak takde basic account pon. time spm dulu kelas pure science. heeee
maybe lah kalau tengok pon daripada math @ add math.
Waalaikumussalam. Sorry sangat sbb tak tau pulak psl gred tu sume. Tp mungkin jugak la kot. heee. sorry ye
waalaikumussalam. sorry. tak tau pasal tu.
alamakkkk. oka mcm ni. akak tak sambung degree pun sbb awlnya mcm frust sgt sbb kena repat paper audit sampai 3 kali. hahahah. so, sampai sekarang mmg tak sambung lagi.
akak kerja tapi lari dari bidang. akak buat bisnes sendiri. bakery and pastry. hehehe.
susah cari keje @ tak depends la. kalau kt KL senang, kalau terengganu mcm akak susah sikit kalau takde pengalaman. tp kalau nak keje dlm bidang akaun, better sambung degree la kot. kot la. hee
pointer utk GPA @ CGPA? GPA insyaAllah boleh dapat. kalau CGPA, kena tengok yang pointer 2++ tu. kalau hampir 3, mungkin lah kot boleh. tapi kalau kurang susah lah kot. melainkan kalau pointer yang sem ni,4 ke, almost 4 ke. heee