Posts

Doorgift

Image
Hello June! Dah June dah eh. Bulan lepas takde update pape pon sebab busy sangattttt. Macam retis pulak. Tapi memang busy la jugak. Schedule pack. Wah. Macam retis lagi. Kakakaka. Sebenarnya order banyak so, sempat jeling-jeling jelah dashboard. Lagipun sekarang musim kenduri kahwin melimpah ruah. Lagi lahhhh takde mase. Okay, bila cakap bab kenduri je mesti aku terus terfikir pasal "doorgift". Aku dengan ibu banyak jugak aaa komplen pasal doorgift. Sebab aku rasa kebanyakan doorgift sekarang ni ramai yang bagi barang-barang yang konon boleh buat kenangan. Tapi ce pikir la kan. Bagi pendapat aku la ni yang jenis tak suka membazir dengan barang cenggitu.  Kalau semua nak bagi barang macam kaca kecik-kecik, for sure dalam rumah bersepah. Aku pun dah banyak buang. Benda tu pun bukan boleh dapat harga murah sangat walaupun kita beli banyak. Tapi, ada jugak baiknya. Ada yang jenis suka menyimpan benda-benda cenggitu. Tapi kalau aku, memang tak. Hehehe. Semalam aku pegi kenduri...

Putus Asa

Image
Beberapa hari lepas aku ada post gambar dekat wechat, lepas tu kawan aku komen ; -- dah putus asa ke? aku jawab -- dah. kotttt. aku sebenarnya tak pasti kenapa ada "kot" Hahahaha. Tapi biasalah kan, perempuan. Entah. Dah tahap pasrah sangat dah. Tapi rasa nya "putus asa" aku entah ke mana dah.  hati aku ni tak taf langsung aku bagitau aaa. kadang rasa nak tumbuk diri sendiri. tapi tak mampu aaa sebab tak kuasa iols nak sakitkan diri sendiri. Kehkehkeh.  kalau orang tanya kenapa aku boleh simpan perasaan bertahun-tahun, aku memang takde jawapan. aku sendiri pun kadang tak faham dengan diri sendiri. sepanjang bertahun-tahun ni ada jugak aku kenal dengan orang lain, cuba untuk selami orang lain gitulah lebih kurangnya kan. tapi akhirnya, balik pada yang sama. hahaha. k tak kelakor pon.  aku cuma ada perasaan sebelum aku tau nanti dah habis grad -- dia kerja apa, macam mana life dia, macam mana penerimaan keluarga aku, keluarga dia, oran...

Tudung

Image
Phewwwww, dah lama rasanya tak membebel. Walaupun blog dah tak semeriah dulu kan tapi tulah kalau dah suka menulis, nak tak nak ada jugak rasa nak menulis. Gitew. Rasa macam banyak benda nak cerita, banyak benda nak luah tapi malas. Main point memang malas. Lagipun dengan tragedi yang dah sebulan berlalu ni kadang buat hati rasa sayuuuuu sangat walaupun takde kaitan langsung. Mulanya aku tak ambik pusing semua pasal teori-teori yang dikeluarkan sampailah aku terjumpa blog brado kapak. Rajin pulak aku membaca kali ni. Muahahaha. Okay let's back to track. Life is getting better. Well, I guess so. Sebulan ni aku rasa aku banyak fikir pasal diri sendiri. Fikir pasal kenapa aku macam ni, kenapa macam tu, kenapa aku tak buat ni. kenapa aku tak buat tu. Sampaikan aku rasa aku sepatutnya buat benda ni dah lama tapi Alhamdulillah Allah tu masih sayang. Allah masih tunjukkan jalan. Syukur. Aku cuma berdoa moga aku sentiasa istiqamah. Beberapa minggu lepas aku cakap dengan abah aku. ...

Bukan Macam Orang Lain

Image
Life aku sekarang bukan macam orang lain. Walaupun aku bukan ada kerja tetap, ada pendapatan tetap tapi aku ada part time bisnes kat rumah. Kecik-kecik jelah. Persoalan kat sini bukan nak cerita pasal bisnes cuma cerita pasal kehidupan seharian. Gituuuu. Yelah, sebab kekadang aku takde masa pun nak enjoy. Nak keluar jejalan. Bukan sibuk sangat pun cuma aku banyak berehat. Bila sibuk sangat, aku takde masa nak rehat. Waktu tidur toksah cakap la. Memang kelaut wehhh. Kekadang sampaikan aku nak menangis sebab terlampau penat. Hehe. Dan bila ada waktu free, aku banyak tidur, search resepi. Search jelah. Nak buat, makan masa berbulan. Muahahahaha. Lagi satu, soal duit. Mostly, sejak resign aku banyak bergantung pada duit bisnes sahaja. Nak keluar makan, nak pegi memana memang guna duit hasil bisnes sendiri je. Kalau bulan tu ada rezeki lebih, time tulah kekadang bagi award kat diri sendiri makan dekat mana-mana western restaurant kat area Terengganu. Biasa, time tulah aku ajak kawan a...

Best friend forever dengan perkataan "TAK NAK"

Image
Kadang-kadang untuk satu keadaan aku terlalu bestfriend forever dengan perkataan "TAK NAK". Sebab bila aku cakap tak nak dengan bersungguh-sungguh, maka memang aku tak nak lah walau dengan apa cara sekalipun. Dan bila mana aku terpaksa terima benda yang aku TAK NAK tu, aku akan memberontak dalam diam. Takpun aku banyak buat muka. Heh. Ni yang aku duk risau sangat ni. Minggu lepas, aku mati-mati bangkang tak nak budak tu datang tidur rumah aku, tidur dengan aku. Walau sehari pun aku tak nak. Muahahaha. Gila kejam tak aku? Walaupun budak tu memang budak sangat tapi memang aku tak boleh go on langsung dengan budak tu. Benda ni jarang sangat berlaku kat diri aku. Sebab kalau aku cakap tak nak sekalipun, bila dah dipujuk aku akan terima dengan rela hati jugak. Tapi bab budak tu datang nak tidur rumah memang aku tak boleh nak terima langsung. Memang la benda tu tak tau lagi jadi ke tak. Tapi, hati aku tetap tolak. Nampak kejam gila tapi sorry aku memang tak nak. HAHAHAHA

Random Post #8

Image
Dear February, please be nice to me. Cliche sangat weh post macam ni kat facebook setiap kali masuk bulan baru. Dulu aku selalu la jugak buat. Tapi bila fikir balik takkan nak buat setiap bulan. Annoying pulak kat diri sendiri. Heh. So macam biasa kalau tak tau nak update apa, taip > save, taip > save. That's all what I did. Lepas balik dari KL sebelum CNY, memang agak sibuk jugak la. Sampaikan beberapa hari lepas, tapak kaki rasa sakit sangat, tak berdaya nak berjalan. Macam orang tua sangat dah rasa time tuh. Hehe. Baru nak masuk doplohpat. Takde maknenye nak tua lagiiiii. *sedapkanhati* Previous post cakap nak siapkan assignment. Haram tak siap sampai ke saat ni. Takde idea betul lahhhh.  Alhamdulillah syukur sangat setiap rezeki yang dapat. Walaupun takde kerja tetap lagi, tapi boleh lagi hidup dengan bisnes kecik-kecik. Giteww. I am looking forward for another step but still in progress. Maybe next year insyaAllah. Who knows? :) Till then xoxo

Tak tau nak letak tajuk apaaaaaa. Hehe

Image
Holaaaaa everibadeh. Aku tengah bertungkus lumus siapkan assignment kawan-kawan mak aku. Dah lama dapat tapi gitulah.. kerja last minit. Macam biasa. Pening jugak aaa kepala nak fikir semua. Mana aku ingat segala bagai tenses tu. Grammar pun asyik kelaut aje aku ni. Gigih pulak sekarang belek kamus, google pasal tenses. Dan agak-agak berapa upah aku nak kutip dari semua kawan mak aku ni? cantik kannnnn. aku tengah berangan nak buat ni jadi wedding crown. old skewl sangat lah crown yang biasa tu. kehkehkeh.  Berbalik pada topik asal, aku nak kena siapkan at least malam esok. Ada lagi dua assignments yang tak siap ni. Sebab Ahad busy pegi sana-sini, Isnin sampai Rabu aku kat KL. Lepas balik KL nak kena siapkan order lagi. Haaa tudia. Time busy. Time tak busy, melantak je kerja aku sampai semua baju tak muat dah. I need new clothessssssss please.  Lepas tu pulak sejak aku sampaikan niat nak kahwin, dan parents aku dah syak siapa orang tu memang aku asyik kena perli. ...