kejadian yang sering kali dielak, akhirnya terjadi jugak.
Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah terchenta setelah hampir dua minggu tak balik
errr. dua minggu je. fine. eksaited terlebih kot bila tiba hari khamis sebabnya satu je, NAK BALIK.
walaupun tadi dan semalam ada jugak yang risau (ade ke?), boleh ke aku drive nak balik hari ni?
eceh. terasa macam dihargai. terharu rase. rumet pun tanya benda sama.
tapi aku rasa boleh je drive even kaki hencot-hencot je nih.
lutut aku sakit even tak sesakit semalam. huih. hari-hari aku mengelak daripada jatuh tersungkur depan orang ramai, tapi sayang, akhirnya benda tu terjadi jugak. siyes kalau boleh putar waktu semalam, aku nak lalu ikut jalan lain dan aku tanak main hujan. kaitannya?
ceritanya macam ni.....
petang semalam aku habis kelas pukul dua petang and time tuh memang hujan dan payung aku tertinggal dalam kereta kawan aku. sementara nak tunggu habis kelas, aku dah duk pikir yang memang sah-sah kena mandi hujan.
tapi nasib baik lah jugak sebab ada sorang lagi geng aku yang join mandi hujan. siyes lama gila tak mandi hujan.
dan, aku ngan kawan aku jugak harap lepas mandi hujan, kiteorang demam. tapi TAK. haha. kesiannn...
bila dah kena hujan memang sejuk gila, badan pun dah ketar-ketar, kebetulan pulak aku memang lapar gila-gila. bila aku lapar gila, badan aku jadi lemah and ketar-ketar. entah macam mana, bila sampai kat food court, aku boleh tersungkur dengan ganasnya kat dalam food court tuh. dah la pakai baju kurung. dush. tambah lagi dengan sound effect kawan aku. memang lah kannn.. semua pandang aku. aku gelak je sebab nak cover malu. ciss. tapi dalam hati Tuhan je tahu betapa sakitnya aku time tuh. aku nak nangis, tapi tak boleh sebab kelakar pulak rasanya. kan?
bila nak jalan balik, aku dah susah gila kot nak jalan. nak naik tangga kat kolej pun terpaksa naik satu-satu. sampai kat bilik, aku memang tak naik atas katil sampai la lepas dah sembahyang maghrib. sebabnya kaki aku tak boleh nak bengkokkan sangat. sembahyang pun sambil duduk atas kerusi. lutut memang tak boleh nak tekan langsung. ades. nak tidur lagi lah. kena statik je. kalau gerak guling-guling, memang menangis la aku. so, korang, lain kali jalan hati-hati ye.
lepas ni aku nak blowalking puas-puas. nak balas balik korang datang sini :P
gedik pulak statement aku.
:D
update : sorry sangat tak dapat blogwalking. busy sangat sebab kena prepare untuk test II macroeconomics.
biyanae... haha
update : sorry sangat tak dapat blogwalking. busy sangat sebab kena prepare untuk test II macroeconomics.
biyanae... haha
Comments
padah bermain hujan nih
balik tu sptotnyer g mandi dlu weh
bahaya kang demam susah lak
hak2
heheee..lame adik akak nie tak buat entry baru..busy betul..
p/s:jgn lupe urut kaki tu..takut terseliuh ke ape...k..
lain kali hati2 :)
apa yang boleh gue bantu....
hwhhehehehe
pena jgak jd mcm nie, skit smpai sminggu..smoga cpat smbuh
jangan lupa makan ubat..
ehheheee
(dalam hati gelak kuat2 sambil bayangkan cmne upe ko time tesungkur tu :p)
ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??
lelaki boleh..apsal pompuan tak boleh?
take care ur self okie..final dah dekat...studi rjin2...:)