tolong belajar hormat orang yang tengah solat
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" (Riwayat Al-Bukhari) - source
aku rasa semua orang pernah rasa apa yang aku rasa. sesetengah orang ada pesen yang sangat tak faham bahasa bila bab hormat orang yang tengah solat. kadang aku otak aku ni terfikir jugak. takkan tak nampak orang tengah solat? orang tu manusia. manusia tu bukan kecik. besar mak orang, besar bapak orang. tapi, still buat tak faham bahasa.
ada orang yang dah nampak kawan dia tengah solat tapi, duk cakap-cakap dengan kawan tu. "senah, aku pinjam buku kau ni ye!" serius kalau aku jadi senah tu, terus terganggu solat aku. err. macam pengalaman aku je >< dah pesen apa pulak tak menyabor ni. tunggulah orang tu lepas solat baru bagitau. takde lah dia nak wrestling kau. tapi kalau takut dia marah, tunggu jelah dia habis solat. tak lama pun solat tu.
ada yang pesen nampak orang solat, tapi duk bercakap pong pang pong pang tak ingat dunia. macam nak bercerita satu negeri. dah nampak orang solat, perlahankan suara tak boleh? apa ke peti suara kau dah jadi loudspeaker ke? tak pun pegi cerita jauh-jauh sikit.
ada tu jenis yang tak boleh dengar orang sebut nama dia time dia tengah solat. ah. macam aku pulak ni :P lepas tu pulak kau tahu je kawan kau tak boleh keadaan macam tu. tapi, dan dan pulak time dia tengah solat tu kau nak bersembang pasal dia. kuat pulak tu. ish. banyak kali jadi kat aku. nak mengamuk tak boleh sebab nak belajor sabor. hiks.
aku nak pesan kat sape-sape yang baca. tolong la jangan kacau orang tengah solat. nak-nak yang macam situasi si senah tu. korang ni tahu ke tak beradab? jaga adab. orang tengah solat. solat tu kan ke kita berhadapan dengan Allah. so, please la belajar hormat orang yang tengah berhadapan dengan Allah. apa-apa hal, lepas solat boleh buat. ingat. tetiba aku nak emo pulak #_#
btw, entri sebelum ni aku tak berniat nak buat sape-sape terasa atau takut atau mungkin orang kata aku berlagak alim gila. padahal aku kat luar bukan baik sangat. yes. aku mengaku aku bukan baik terlampau. itu cuma untuk peringatan diri aku sendiri.aku mintak maaf. tapi, kalau korang rasa bagus jugak untuk korang Alhamdulillah :)
Comments
nampak aku solat.aku tutup pintu.
tp bila si polan ni masuk,keluar,
tak reti tup pintu.pastu berdekah2
gurau kt luar.. -.-
slmt mlm..
mcm takde tmpt lain je nk gelak2. huhu
amboi... ganas tu. :P
err. rasenye tak penah pun ganggu org solat.
kecik2 takpe. dh besor ni haa. huhuhu
kalau iqa, dh gelak2 same. huhuhu
maybe awak pun pernah secara tak sengaja terbuat perkara ni.
so, belajar dari kesilapan sendiri.
thanks anon. mungkin secara tak sedar saya ada buat silap. :) dan sbb tu saya kena balik macam ni.
saya tak penah bercakap dgn kawan2 yg tengah solat. sedangkan dieorang, elok2 je bercakap mintak macam2 dgn sy time sy tengah solat
entahlah kak. mungkin dieorang lupa.
tapi, benda tu sepatutnya kita tahu :)
yeppp..betul tu :)
terlalu banyak fikirkan hal dunia mungkin :)
tautakpe. kdg2 byk kali tegur tp uat jgk...
:)
terima kasih untuk nasihat awak. insyaAllah saya akan sentiasa maafkan mereka:)
tulah pasal. tp ramai yg buat.
insyaAllah. terima kasih sekali lagi :) jangan risau. saya tak terasa awak tak perlu mintak maaf :)