tolong belajar hormat orang yang tengah solat


لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" (Riwayat Al-Bukhari) - source

aku rasa semua orang pernah rasa apa yang aku rasa. sesetengah orang ada pesen yang sangat tak faham bahasa bila bab hormat orang yang tengah solat. kadang aku otak aku ni terfikir jugak. takkan tak nampak orang tengah solat? orang tu manusia. manusia tu bukan kecik. besar mak orang, besar bapak orang. tapi, still buat tak faham bahasa.



ada orang yang dah nampak kawan dia tengah solat tapi, duk cakap-cakap dengan kawan tu. "senah, aku pinjam buku kau ni ye!" serius kalau aku jadi senah tu, terus terganggu solat aku. err. macam pengalaman aku je >< dah pesen apa pulak tak menyabor ni. tunggulah orang tu lepas solat baru bagitau. takde lah dia nak wrestling kau. tapi kalau takut dia marah, tunggu jelah dia habis solat. tak lama pun solat tu. 

ada yang pesen nampak orang solat, tapi duk bercakap pong pang pong pang tak ingat dunia. macam nak bercerita satu negeri. dah nampak orang solat, perlahankan suara tak boleh? apa ke peti suara kau dah jadi loudspeaker ke? tak pun pegi cerita jauh-jauh sikit.

ada tu jenis yang tak boleh dengar orang sebut nama dia time dia tengah solat. ah. macam aku pulak ni :P lepas tu pulak kau tahu je kawan kau tak boleh keadaan macam tu. tapi, dan dan pulak time dia tengah solat tu kau nak bersembang pasal dia. kuat pulak tu. ish. banyak kali jadi kat aku. nak mengamuk tak boleh sebab nak belajor sabor. hiks.


aku nak pesan kat sape-sape yang baca. tolong la jangan kacau orang tengah solat. nak-nak yang macam situasi si senah tu. korang ni tahu ke tak beradab? jaga adab. orang tengah solat. solat tu kan ke kita berhadapan dengan Allah. so, please la belajar hormat orang yang tengah berhadapan dengan Allah. apa-apa hal, lepas solat boleh buat. ingat. tetiba aku nak emo pulak #_#

btw, entri sebelum ni aku tak berniat nak buat sape-sape terasa atau takut atau mungkin orang kata aku berlagak alim gila. padahal aku kat luar bukan baik sangat. yes. aku mengaku aku bukan baik terlampau. itu cuma untuk peringatan diri aku sendiri.aku mintak maaf. tapi, kalau korang rasa bagus jugak untuk korang Alhamdulillah :)

Comments

syafiqa said…
selalu kt hostel aku jadi gini.
nampak aku solat.aku tutup pintu.
tp bila si polan ni masuk,keluar,
tak reti tup pintu.pastu berdekah2
gurau kt luar.. -.-
Nisa Fuzi said…
betul2.. kadang2 rasa nak berhenti solat nak gi sepak dulu org tgah buat bising tu. haha.
Woofer Storm said…
hormat mereka sebelum mereka kurang hormat dengan perlakuan mu..

slmt mlm..
Unknown said…
teringat time kecik2 dulu..suka kacau org solat..gelak2...ish
J.Syazwana said…
betul2. x concentrate. kadang2 nak gelak pon ade. ciss betul.
@syafiqakarim

mcm takde tmpt lain je nk gelak2. huhu
@Woofer Storm

err. rasenye tak penah pun ganggu org solat.
@Edy Zaidi

kecik2 takpe. dh besor ni haa. huhuhu
@J.Syazwana

kalau iqa, dh gelak2 same. huhuhu
Azhafizah MN said…
selalu nampak situasi macam ni.tak hormat org tengah solat.apa salahnya kalau diam seketika.bukan lama pun.sama macam menghormati azan juga kan..moga moga mereka beringat.peringatan bersama juga.
Anonymous said…
what comes around goes around.
maybe awak pun pernah secara tak sengaja terbuat perkara ni.
so, belajar dari kesilapan sendiri.
emieysandra said…
kt asrama la bese jadi cmni, yela..dikelilingi kawan2, tahu nk berseronok je. but, perangai ni sgt xelok! ibadah bukan main2 kan =)
@Anonymous

thanks anon. mungkin secara tak sedar saya ada buat silap. :) dan sbb tu saya kena balik macam ni.

saya tak penah bercakap dgn kawan2 yg tengah solat. sedangkan dieorang, elok2 je bercakap mintak macam2 dgn sy time sy tengah solat
@Azhafizah[フィザ]

entahlah kak. mungkin dieorang lupa.
tapi, benda tu sepatutnya kita tahu :)
Kongsi Apa2 Aje said…
tulah..pernah juga kena camni masa bljr dulu. lgsg taktau adab. ada otak..tapi tak fikir (^_^)
m!3yr4h_LolLy said…
selain to, ade jugop hok dop reti base bile org sembahyang dia duk pasang lagu kuat2
Anonymous said…
kalau saya jadi awak saya pun akan marah. tapi awak jangan lupa yang manusia tak lepas dari melakukan kekhilafan. maafkan mereka dengan ikhlas dan doakan perubahan mereka.
YattAkasah said…
mmg tak hormat kot..org ngah solat nk ckp2 lak kat die.
@Kongsi Apa2 Aje

terlalu banyak fikirkan hal dunia mungkin :)
@m!3yr4h_LolLy

tautakpe. kdg2 byk kali tegur tp uat jgk...
@Anonymous

:)
terima kasih untuk nasihat awak. insyaAllah saya akan sentiasa maafkan mereka:)
@Cik Yatt

tulah pasal. tp ramai yg buat.
Anonymous said…
sama-sama. yang penting kita kena selalu muhasabah diri. jadikan apa yang berlaku sebagai teguran untuk kekhilafan kita yang lalu. dan jangan putus asa untuk berdoa akan perubahan ke arah yang lebih baik untuk diri dan orang lain. maafkan saya andai kata-kata saya buat awak terasa. saya hanya menegur untuk kebaikkan awak, saya dan juga orang lain.
@Anonymous

insyaAllah. terima kasih sekali lagi :) jangan risau. saya tak terasa awak tak perlu mintak maaf :)
muas said…
memg geram juga... sedangkan Islam ajar jika orang tengah solat pun x boleh baca Al-Quran n zikir suara kuat2...inikan bsembang @ sedang mnonton movie...fuhhh sabar je lah
nadia farahida said…
pernah melalui jugak tapi time duk kat asrama la biasanya kan. semoga mereka sedar. :)
nadia farahida said…
pernah melalui jugak tapi time duk kat asrama la biasanya kan. semoga mereka sedar. :)

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes