31 July 2012

Resepi Browned Butter Cupcakes


.Assalamualaikum.

last day in July, 500th posts. teheee. so so so, nak share resepi lagi. tapi blog ni bukan blog resepi. harap maklong ah. saje nak menggatal nak share. keh keh keh :P banyak kali jugak aku try buat cupcakes. tapi, macam tak jadi. *sighhhh* so, hasil bila godek-godek resepi sana sini tetibe debukkkkk jatuh kat whisk kid. perghhh. resepi kat situ memang ohsem weh. ^_^ rugi kalau tak try. heee. resepi asal ni dari whisk kid okengggg. tapi, ubah sikit sebab manis sangat-sangat :)



Bahan-bahan ( untuk 20++ medium size cup ):

240 gram butter
400 gram tepung gandum
2 1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
200 gram gula ( nak kurangkan sikit lagi pun boleh )
4 biji telur
200ml susu cair *update ( panaskan susu dlm microwave dlm 20 saat. atas dapur pon boleh )
1 sudu teh esen vanila
* susu dengan gula nak kurangkan boleh kot. aku buat aritu mcm manis je -,-

Cara-cara:

1) cairkan dua sudu besar butter sampai warna jadi kaler perang okeh. betul-betul perang tau. macam hangus gitu. lepas tu biarkan sejuk sampai suhu bilik.

2) lepas butter yang cair tadi sejuk pada suhu bilik, panaskan oven pulak ye. suhu 200C, api atas bawah. susun cup dalam dulang oven.

3) dalam satu bekas, campurkan tepung, baking powder, dan garam. then, letak tepi dulu.

4) dalam bekas yang lain, pukul telur, lebihan butter tadi dan gula sampai jadi pekat. dalam seminit gitu la pukul.

5) lepas tu masukkan butter yang dah dicairkan tadi, susu, esen vanila. lepas tu handwhisk je okay hingga sebati. tak payah guna mixer dah.

6) lepas tu boleh la masukkan adunan dalam cup. masukkan 3/4 daripada cup yep :) then, masukkan dalam oven. masak selama 30 minit or hingga nampak perang dah kat permukaan cupcake tu. oh, bila dah masukkan dalam oven tu turunkan suhu kepada 180C. ini adalah tips untuk dapatkan permukaan cupcakes yang cantik :))

7) siap! bila dah masak, sejukkan dulu. :)

ni aku buat takde frosting. malas nak hias-hias sebab nak try je pun. hohoho. kalau nak hias dengan frosting, boleh refer kat whisk kid ni. tak pun seacrh je kat google resepi frosting tu haaa :')

resepi cupcakes ni sedap. bukan sebab aku buat. tapi, memang sebab resepi yang sodap. teheee. good luck!
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

6 Love Note (s):

Izzatie said...

Looks and sounds yummmyyyy !

Nak try lah nanti :D

zacky786 said...

nice, kla nk mkn je boleh x? hehe

SIELA MIKAIE said...

rajin adik akak nie buat kek2 cmne..klu akak, rajin jgk..rajin makan je..hehehe.

eh, klu jual pun oke ika..mne tw ade customer nk beli..:)

J.Syazwana said...

boleh tak hadiahkan akak cupcake? hahaha :P

nak mintak alamat ni.
nak bagi kad raya. hehehe

email tau : syazwanajamal@hotmail.com

:)

FairuZainal said...

pos ke rumah aku sikit! :p

Miss Yaty said...

yummy!!

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan