Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)



Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :)

Resepi crust

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la )
1/2 cawan gula
1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye )
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay )

Cara-cara:

1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu.
2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.
4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.
5) Lepas tu boleh ambik sikit adunan dan tekan-tekan dalam acuan. Kalau untuk tat telur ni buat tebal sikit takpe crust tu. Kalau nipis sangat cepat lembut tat telur nanti.
6) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.
7) Sejukkan dulu crust yang dah masak baru simpan dalam bekas kedap udara. Tupperware bagus. Hee.


So, sekarang cara-cara nak buat filling pulak. Nak bakar tat telur ni ada dua cara. Satu, bakar asing-asing. Bakar crust dulu, kemudian baru letak filling dan bakar balik. Dua, lepas dah tekan-tekan adunan dalam acuan tat pon boleh tuangkan filling dan terus bakar sekali.

Tapi setakat aku jual tat telur ni, orang lagi suka yang pertama sebab rangup :)



Filing Telur

4 biji telur ( size A @ B )
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air kosong
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning ( tak nak pun takpe )

Cara-cara:

1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu. Wajib tapis okay.
2) Masukkan dalam crust yang tadi. Hati-hati. Jangan terlebih dari crust. Nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dari loyang. Kalau melekat, guna spatula untuk tolak-tolak tat supaya tak pecah. Jangan paksa tarik sendiri dengan tangan. Nanti sure hancur tat.
3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven. Rujuk sini cara bakar lebih details.

Terima Kasih =)


UPDATE: 10 JUN 2021

Disebabkan banyak soalan tak terjawab. Saya jawab terus dekat post ni ya.

Soalan: Guna tepung gandum jenama apa?
Jawapan: Apa-apa jenama tepung gandum tak jadi masalah.

Soalan: Biskut untuk tart tu boleh bakar sekali filling atau bakar biskut dulu baru bakar filling?
Jawapan: Boleh guna dua-dua cara. Ikut mana kesenangan. Saya dah guna dua-dua cara tapi saya lagi suka bakar biskut dulu baru bakar filling sebab nak rasa rangup biskut.

Soalan: Untuk filling guna telur apa?
Jawapan: Apa-apa jenis gred pun boleh cuma pastikan telur tu masih segar ye. Bukan telur lama.

Soalan: Dalam filling kena letak tepung ke?
Jawapan: Tak perlu.

Soalan: Jual berapa?
Jawapan: Maaf saya dah bertahun-tahun tak jual tat telur. Hahaha. Jadi, saya tiada jawapan untuk itu. Boleh kira sendiri kos bahan yang anda gunakan.

Terima kasih ;')

Comments

Rara Farah said…
dah lame menanti..maseh ar beri..kehkehkeh..ey,projek kuey raye tade ke?
hahaha.


ade ade.
tapi lepas2 PRU ni ah aku update.
busy sket. kikiki
Nina Mads said…
weee sedapnya iqa masak.. nak try la
Sue Bee said…
dtg mencedok ilmu meng 'tart' telur..tumpang lalu jugak..
Anonymous said…
Mak teh ca kita suka makan Ni .nak tiru jugalah
Anonymous said…
sis...resipi atas tu dpt brape pcs ye.

@Anonymous

kalau gune acuan kecik dpt dlm 70++ kot.

kalau gune acuan yang medium dpt dlm 50++

kalau tak silap la. heee
Anonymous said…
bleh tryla..
Unknown said…
salam.. minta izin ye copy resepi.. nak try wat hehe
Unknown said…
sala.. nak minta izin copy resepi.. nak try wat jg.. thnks empunya blog
Anonymous said…
Nmpk sdp!nak try buat la sbb ank2 suka mkn tart telur ni lebih baik buat sendiri berbaloi
Anonymous said…
boleh guna susu segar tak ?
@Anonymous

aaa tak sure pulak. try la. tp kalau susu cair mcm berlemak sikit. kot la. hee
Unknown said…
Bismillah.

Assalamulaikum. Saya nak tanya. Bakar sekali dengan acuan ke ce mana?
Unknown said…
Bismillah.

Kak Izyan. Nak bakar tu, sekali dengan Acuan ke ce mana?
@Aku Faizin

Waalaikumussalam dik :)

Boleh bakar dengan acuan sekali ataupun asing2.

Tp bakar dengan acuan lagi better sebab boleh nipiskan adunan dan tak bocor :)
Anonymous said…
Bismillah menarik resepi ni...tpi sy nk tnye klu majrin tu tkar dgn butter leh x??
@Anonymous

boleh sangat. lagi lah sedapppp. heee :)
Unknown said…
Salam.
Nampak mengiurkan! Mohon cedok resepi awk nak buat tat telur jgk hehe.
Anonymous said…
salam , kalau saya tukr tepung gandum tu dengan tepung superfine boleh tak ?
Unknown said…
Nnpk mcm best dan sedap, nk cuba la nnti
Anonymous said…
Salam. Yg utk filling tu, boleh kacau pakai mixer ke?
@Anonymous


kenapa nak guna mixer? Hehe.
Kacau guna garfu je slow2. =)
Unknown said…
Salam . Nk tnye kenapa bila bakar shell dulu baru letak filling, filling to meresap kt shell ya ?
@Unknown

wassalam. maaf ye. tak sure pulak sebab saya buat tak jadi macam tu :')
Unknown said…
Salam..nm tanya lh.tepung tu boleh ganti ngan tepung gandum tak? N bolehkah kalau nk letak hiasan cam coklat chip kat atas filling tu? CER KOMEN SIKIT..hehe
Anonymous said…
Salam..tmpang tny..klo guna marjerin..crust die bnyak beza x ngn guna butter?
@loises Lo

Wassalam. Mmg tepung gandum je guna tu.

hiasan atas fillinf sy tak pernah buat tp boleh la kalau nak try. :))
@Anonymous

of course better than margarine! try la :)
Unknown said…
Maaf sis..nak tye..kulit kn dah msak..nk letak filling tu kne letak dalam acuan ke xpayah?
Unknown said…
Salam klu nak jual berpa harga satu biji
Unknown said…
Utk filling telur gune telur biasa takpe ke ?
Unknown said…
Filling tu xperlu ltk tepung ke?
Anonymous said…
Filling xpyh ltk tepung ke?

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes