Posts

giving up

Image
orang cakap kalau nak sesuatu, jangan berhenti berusaha. tapi kalau dah usaha dan usaha jugak tapi akhirnya tak dapat so bukan rezeki kita lah kan. kalau terus kejar pun dapat apa? dapat penat lelah adelah. mungkin Tuhan dah tentukan jalan yang lain untuk kau. sama jugak macam kau suka seseorang. kau dengan dia sama-sama tahu. kau bagi hint, dia tahu. yang pasti, dia tahu. tapi dia? sama ada dia buat tak tahu atau dia tahu tapi malas nak ambik tahu. "kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu tapi kau memilih untuk yang satu itu yang paling dungu yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu" dan akhirnya apa yang kau, aku, kita semua perlu buat ;

Pssst Pssst. Ade bende nok kabor!

Image
rasa lapor nengok ni haaaaa pics from tumblr Lupe pulok sekarang ni nak update blog ni haaa. Malas kemain. Hari-hari duk skodeng stegrem pastu non stop duk like gambor makanan. Perghhh. Time lapor, kalau nengok memang rasa nak makan je henpon. Rasa ajelah. Makan sungguh kang macam tak logik. Muehehehe. Pastu nak kabor ajelah yang aku dah ada blog lagi satu. Hiks. Blog untuk tempat bisnes kocik-kocik ni jelah. Tapi, area Terengganu jelah aku cover haaa. Kalau jauh tak mampu ler. Nak pos pon memang tak boleh. Cehh bajet macam hebat aje apa aku buat.  Baking ni dah jadi macam addict kadang tu tau. Lepas buat order banyak, ingatkan nak rehat tapi tak boleh. Sebab rasa jugak nak baking tu. Penat tu toksah cakap lah. Tapi hmm itulahkan. So, lusa nak pegi KL. Aku nak mengulor kat Bake With Yen!!!! Tak sabor weh. Bulan lepas lagi aku dah buat list nak beli apa benda. Muehehehe. Eksaited :P Iqa's Baked Tu haaaa link blog lagi satu. Takde banyak gambar sangat pon. Ba...

Risau Pasal Jodoh.

Image
Alhamdulillah. Ramai sangat kot kawan sekolah, matrik, uni dah kahwin. Best tak? Hiksss. Tak kurang ramai jugak kawan sekeliling aku yang bertunang dan nak kahwin dalam tahun ni jugaklah katanya. Wahhh. Mohon tumpang sekaki. Kakakaka. Tapi, yang pasti aku dengan beberapa orang lagi kawan aku memang cuak dengan diri sendiri. Masing-masing duk risau kenapa tak jumpa jodoh lagi. Haha. And to be truth aku ade lah duk waksap dengan kawan aku. Cakap pasal nilah kan. Dedua debor sebab bila turn kiteorg ni. Yela, tahun ni pon dah ramai sangat kawan yang nikah. Tu coming soon dalam hujung tahun ni ada lagi. Siap plan nak cari doa cepat dapat jodoh kot. Hehe. Ramai yang cakap kat aku "sabar. nanti adelah tu.." "memilih sangat kot..." Wahaaaa. Taklah macam tu. Tapi, maybe aku rasa risau sebab sekarang dah macam trend kahwin muda. Tapi baguslah. Sebab tu pun yang aku nak. Kalau la boleh. But seems like my parents won't allow me. Haha. Umur baru doploh tiga tapi bi...

Konvokesyen UiTM ke 78

Image
muka puas hati - kata kawan aku muka penat melampau - kata aku ;) Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya pakai jubah konvo, naik pentas ambik scroll. Perasaan waktu tu macam "SERIUS?? AKU KONVO WEH!!" Muahahahaha. Gebang sangat kannnnnn. Sebab yang sebenarnya aku tak ready sangat nak pegi konvo ni. Busy sikit sebelum tu. So, aku lupa pasal konvo. Baju last minute tempah. Kasut pun aku pakai yang raya tahun lepas. :P Walaupun segulung Diploma tapi rasa sangat bertuah. Sebab aku yang pertama dalam family. Kikikiki. Tahun depan giliran Ibu pulak! :) Abah, Ibu. Segalanya bagi aku. Saat aku jatuh Ibu dengan Abah yang bagi semangat dalam diam :') Walaupun kadang aku ada perangai yang tak boleh nak kontrol, but still I know they love me soooooo much! Hehe. NOW WE ARE DIPLOMA IN ACCOUNTANCY HOLDER!! Kawan-kawan seperjuangan, Semoga kita terus maju selepas ni. Semoga kita terus kekalkan ukhuwah kita :') Terima kasih kawan-kawan yang sanggup t...

Random Post #6

Image
I wish I am still a kid. And you too right? :) Kebelakangan ni sibuk memang agak sibuk. Minggu ni baru reda. Itupun ada jugak keje nak kena buat. Cat rumah! Haaaa dah lama bertangguh sebab sibuk siapkan order, sibuk dengan PRU. So, minggu ni memang dah tanam niat tak nak dah ambik order. Sebab nak siapkan mengecat rumah. Gitew. Time mengecat tu rasa macam turun doploh kilo. Sebabnya duk mandi dengan peluh. Semalam je empat kali duk mandi. Pheww. Even sekarang buat bisnes kecik-kecik sendiri, tapi still rasa penat tu ada. Tak cukup tidur tu wajib. Bawah mata makin lebam. Mata pun sembap je. Kadang rasa nak give up. Kadang, sampai tahap nak menangis sebab penat sangat. Tapi, bila dah siap sume dapat rasa satu kepuasan yang sangat hebat. Wahhhh kemain kau ayat. Kikiki. Oh yeah. End of this month, InsyaAllah I will have my new oven. I had requested from Abah I want a bigger one. Nanti senang sikit nak buat keje. Cewahhh. Lagipun Ibu dengan Abah dah bagi support aku buat bakery ...

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Image
Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :) Resepi crust Bahan-bahan: 1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la ) 1/2 cawan gula 1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye ) 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay ) Cara-cara: 1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu. 2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang. 3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje. 4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi ...

Nama Panggilan

Image
Tadi aku tetiba terfikir pasal nama sendiri. Aku perasan yang aku memang dipanggil dengan semua nama yang aku ada. Cewah. Macam banyak aje hah. Tapi kira setiap orang berlainan. Orang ni panggil Iqa, orang tu panggil Puteri, orang tu panggil Izyan. Nasib tak panggil Binti dengan Mohamad je. Iqa ni kira nama common lah. Mostly aku prefer orang panggil Iqa. Selesa sangat dah nama tu. Kalau panggil nama lain aku akan macam malu sikit. Entah pape. Kalau Puteri ni dulu lecturer matrik ada yang guna. Tapi paling kerap guna time aku belajar kereta. Cikgu kat situ semua panggil aku Puteri. Segan woo. Rasa nak sembam muka kat tanah time tu. Awkward. Izyan ni start masa Form 1. Time tu aku paksa rela duduk hostel pastu orang tak boleh panggil aku Iqa sebab dah ada nama Eka. Takut tertukar. Tapi kejap je lekat Izyan. Sudahnya Iqa jugak. Pastu ada jugak aku suruh bekas pakwe panggil Izyan. Tapi dia try panggil Izyan, aku buat dek. Tak perasan nama sendiri. Kadang aku terfikir juga,...