1Malaysia Menjana Transformasi

good morning bloggies! makan sahur apa tadi ye? harap-harap hari ni sume dapat puasa lagi la ye.setakat ni Alhamdulillah aku tak ponteng-ponteng lagi.hehehe..baiklah readers sekalian,pagi ni aku nak cakap pasal MERDEKA yang akan disambut beberapa hari lagi dari sekarang ye.idea ni pun datang time aku nak tidur semalam.tengah kepala sakit bagai nak rak pun sempat lagi pikir nak buat entri apa hari ni.hehe.ingat lagi tak dulu-dulu macam mana? eh..lupa pulak.aku pun tak lahir lagi time tu.maksud aku ketika 31 OGOS 1957..alangkah indahnya kalau kita dapat sama-sama merasa bagaimana gembiranya hati rakyat Malaysia tatkala Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA untuk seluruh rakyat Malaysia.



berdasarkan gambar kat atas ni, dapat lihat betapa ramainya rakyat Malaysia berkumpul bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan bagi seluruh Tanah Melayu setelah bertahun-tahun dijajah oleh bangsa asing.sekarang pun kita dapat lihat dalam iklan-iklan tv.walaupun kita generasi muda sekarang tak dapat merasai keadaan sebenar tapi,kerajaan juga mengambil inisiatif untuk menyiarkan bagaimana berlangsungnya hari tersebut.


sejak itu,Tanah Melayu telah bertukar menjadi Malaysia dan mulalah berkibarnya bendera Malaysia di serata tempat setelah bendera Malaysia telah diciptakan oleh seseorang(maaf,tak tahu siapa).sesungguhnya jasa beliau amatlah bererti kerana sampai sekarang bendera Malaysia ini digunakan. bendera Malaysia ini yang mengandungi bulan,bintang dan jugak 14 jalur merah dan putih yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. sungguh bertuah rasanya menjadi anak Malaysia kan? tapi sayang..semalam aku tengok tv. ada rusuhan yang membantah tindakan rakyat Indonesia yang telah memijak bendera kebanggaan kita..tapi kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sama-sama menjaga bendera Malaysia kita ni.





sekarang, Perdana Menteri Malaysia melancarkan kempen 1Malaysia dan seperti yang kita semua tahu,negara kita memang mempunyai pelbagai bangsa yang berbilang kaum. kehidupan kita di sini sangat harmoni dan aman, bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana lahir di bumi yang aman ini. bersama-samalah kita jayakan kempen 1Malaysia ini. dan terakhir dari aku, SALAM KEMERDEKAAN serta sama-samalah kita menjayakan tema merdeka tahun ini : 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI






Comments

adrinaqamarina said…
iqa. sejarah ne.

eyt, sign baru ne nampak ag lawa la iqa
rina:ngeh3..tak tau caner leh kuar sej tu wpun sej agk fail time skul.hehe

a'ah..wat bru..sign lame buruk sgt.hehe :))
Tapak Kaki said…
tak sabar nak tengok macam mana negara kita sambut merdeka time puasa macam mana.. merdeka! merdeka! merdeka!

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes