duggan+cabaran minggu lepas

sedih gila sebab hari tu kan aku cakap nak balik hari khamis bersamaan 19 Ogos 2010, aku dah plan nak balik then update belog tercenta lagi disayangi nih.tapi last2, aku tak dapat balik jugak.memang spoil mood aku lah minggu tu. kena perli toksah cakap la.sabar jelah aku. nak buat macam mana,mentang-mentang la muka aku ni tiap-tiap minggu balik. hehe. jeles ye? rumah aku dekat je, sebab tu kaki aku ni tergedik- gedik sangat nak balik. kalau jauh jangan harap la tiap-tiap minggu balik. memang aku cincang empat belas la kaki aku ni kalau gedik nak balik-balik.selama seminggu aku tak balik ni,banyak jugak la yang terjadi kat aku ni.antaranya DEMAM!!



adoi..kesian pulak kat budak kat atas tu.demam macam tulah.sama jugak dengan aku.tak tau kenapa tiba-tiba je aku demam.malam sebelum demam tu aku dah start batuk-batuk. sampai termuntah-muntah aku sebab batuk lama sangat. sebelum tidur pun aku rase macam sejuk nak-nak demam je.tapi, aku kuatkan lagi semangat. sempat jugak la aku bangun sahur. tapi time sahur tu sejuk tak tau la nak cakap macam mana. dalam otak aku ni pikir yang aku memang nak demam dah ni. lepas makan, aku terus masuk bilik dan merempat dalam selimut. sejuk gila-gila. time tulah aku dah start demam.badan dah mula panas. sendi-sendi aku ni sakit toksah nak cakap la.aku ni pun duk merengek-rengek sorang diri.roomate-roomate aku tengah syok tidur. last-last aku tertidur jugak walaupun tidur ayam je. memang aku rasa berat sangat kepala dan badan aku. dah la pagi tu,ada kelas pukul 10 pagi. di sebabkan aku dah tak larat sangat, terpaksa la aku tak pergi kelas hari tu. aku pergi pun kelas petang yang pukul 4 sebab time tu aku rasa macam dah boleh bangun sikit walapun sendi-sendi aku sakit lagi. sekarang demam dah baik,batuk pun dah baik cuma selsema je aku serabut. dah la time-time pose macam ni. lagi lah aku rase macam nak cabut je hidung aku ni.

********

ni pulak pasal test yang berlambak-lambak last week. aik,banyak ke? due je sebenarnya. tapi subjek yang core la.. akaun dan jugak costing. macam biasa la kan,last-last minit baru la terhegeh-hegeh nak study. memang la yang masuk due bab je untuk satu subjek tapi tulah,banyak jugak yang nak kena hafal.nilah punca kenapa aku tak balik last week. tapi,sampai sekarang kalau cakap pasal test hari tu,memang aku rase pressure sangat sebab aku tak dapat nak jawab. nak kata tak study,dah study. tapi tak tau la macam mana aku boleh tertukar method la, lupa segala macam benda la.



hah. macam yang kat ats tulah aku study. konon-kononnya la kan. tapi, nak buat macam mana,last-last lupa jugak method. memang aku sedih sangat-sangat. aku harap lepas ni sape-sape yang nak amek test atau exam tu,jangan cuai ye..ni pun pesanan untuk aku jugak..

********


dan sepanjang minggu lepas, ada jugak aku jenguk-jenguk belog korang time ada kelas bel jelah sebab time tu duduk kat computer lab. yang mana sempa je aku singgah dan ada jugak yang tinggalkan komen. yang aku tak singgah tu mintak maaf juta-juta stroberi la ye. tapi sangat best dan tersangat la jeles bila aku jenguk-jenguk blog korang sebab aku tengok banyak je contest-contest yang best untuk aku tergedik-gedik nak join. tapi tulah pasal..aku tak dapat nak balik. tak boleh la nak update-update entri pasal contest-contest semua tu.lepas ni bila aku dah cuti raya,memang aku nak blogging samapi lebam,pastu kalau ada contest yang best-best nak jugak join.hohoho..boleh tak?

********


gambar kat atas tu adalah cara untuk sembuhkan hati yang patah. haha. eyh.betol ni. aku dapat dari google nih. lawa kan gambar ni? tapi, untuk tempoh minggu lepas memang mencabar la jugak bagi aku.tiba-tiba je aku broken heart!! memang aku rase macam tadek mood langsung nak stduy. kalau duduk sorang-sorang aku memang nak nanges je rasenye. tapi, aku kuatkan semangat. aku kena lawan perasaan aku tuh. so, aku berlagak ego la sikit ngan dia. haha. walaupun hati aku ni nak je buang rase ego tu. tapi, aku tetap nak buat ego jugak. ah. apalah yang aku duk merepek ni. hm. sebenarnya kiteorg ni macam ada masalah sikit. aku sendiri pun tak tau nak cari puncanya kat mana. puas aku duk pikir ngan otak aku yang geliga ni. tapi,still tak dapat jumpa jawapannya.memang hari-hari aku duk layan perasaan sorang-sorang. sampai aku rase dah tawar hati gile ngn die. sampai aku pikir aku kena lepaskan die. tapi, siyes aku tak sanggup.hahaha.ngokngek.macam la kumbang tu sekor je kan? bukan camtulah..aku ni dah penat belajar mencintai orang lain. aku harap nilah yang last. insyaAllah.. sampai la satu malam die tibe-tibe call. aku memang teragak-teragak nak angkat mula-mula tapi aku angkat jugak. borak-borak macam biasa walaupun hati aku tak tenang langsung time tu. nak je aku letak aku memang dah rase jauh hati ngan die. tengah duk borak-borak tu, tiba-tiba die cakap bukak buku baru,tutup buku lama pastu ade jugak die cakap buang yang keruh,amek yang jernih. mula-mula memang aku tak paham tapi lepas pikir due tige saat baru aku perasan yang sebenarnya die cakap pasal kiteorg ni.mase tu aku rase tenang sikit la sebab die cakap macam tu. tapi, aku macam tak yakin je. hehe. lepas die cakap macam tu aku memang setiap masa pujuk diri aku untuk buat ,macam dulu balik. sekarang dah oke la jugak. aku harap nilah kali terakhir jadi macam ni.

********

dan hari ini aku telah selamat pulang ke rumahku dengan classmate aku. so,aku gunakan lah kesempatan yang ada ni untuk up lagi entri-entri aku. walaupun aku memang tak pandai dalam menulis entri dengan baik tapi,aku tetap nak tulis. korang nak baca atau tak itu hak mata korang oke! aku tak paksa sape-sape baca setiap entri aku. cuma bagi sesiapa yang sudi baca, TERIMA KASIH banyak-banyak aku ucapkan. dan salam maaf dari aku sebab entri aku tak menarik. hehe..sape-sape yang nak balim kampung tu hati-hati ye. pandu cermat jiwa selamat. salam...




Comments

Tapak Kaki said…
nasib baik la aku tak pernah demam teruk masa dok kolej dulu..tapi kalau demam sekali pun tak da hal sangat sebab member ramai leh tolong jaga.. boleh diharap semua.. (^_~)
tapak kaki: hhuhuhu...betul3..time nilah gunenye sorg kawan kan?
Tapak Kaki said…
betol betol..hehe

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes