kenyataan yang harus diterima

oh tidak!! sudah sampai waktunya. aku fikir lambat lagi. tapi,tup tup dah tiba pun waktu ini. hari tu bersamaan 11 Ogos 2009, dikala umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa dengan tawaduk, aku bergegas-gegas ingin pulang ke rumah. kebetulan pulak hari tu ada kuiz MGT215. setakat yang aku belajar habuk pun aku tak faham. laju sangat ke lecturer aku mengajar? entah la. aku sendiri pun tak pasti. mungkin jugak aku tak bagi tumpuan yang sepenuhnya. oh ye.bercakap soal pulang ke rumah tadi. sewaktu aku sedang menjawab kuiz tu,sememangnya aku banyak menggoreng. haha. aku dan kawan aku yang paling awal siap. lecturer aku ada jugak tanya, dah siap ke? aku pun jawab, tak tau dah nak goreng apa lagi. dengan yakinnya lecturer aku balas, tambahkan lagi mee. ceh. bergurau pulak. haha. kawan aku ada di tanya oleh lecturer, tinggal kat mana? kawan aku pun jawab, kat Kuala Terengganu. lecturer kiteorang semacam agak memerli berkata, alah..dekat je.nanti saya belikan awak jet. kawan aku pun cepat-cepat balas, memang la..sir kan anak Dato'. tersengih kambing lecturer aku. hahaha..

tengok-tengok jam hah! dah pukul 3:30 petang.nak balik.nak balik. nak balik.itu je yang ada dalam otak aku yang semakin kurang kegeniusannya.aku fikir cuti hujung minggu ni lama sebab hari khamis memang aku tadek class.hehe.sile jealous ye. tapi ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari dan sememangnya dan sah lagi valid bahawa peribahasa ini tidak ada kaitan. ehehe. sebenarnya kan..hari ni kan..kan dah hari Ahad. so pagi esok dalm pukul 8 pagi abah aku akan hantar aku pergi kolej la. aku sangat dan tersangatlah terserlah kesedihannya sebab esok buat pertama kalinya berbuka puasa di kolej untuk tahun ini.uwwaaaaaaaa..... sapa nak teman aku makan esok? sapa nak masakkan untuk aku ni? aku dah la tak tau langsung masak. setakat masak air, masak meggi, goreng telor aku terer dan handal la. kan? kan? lepas ni nak makan apa-apa kena beli sendiri. dah la tengah on the way nak kering kontang macam musim kemarau ni.iqa..iqa..sabar ye.jangan risau.hujung minggu ni silalah balik lagi ye! yippee!! memang dah hajat aku pun nak balik tiap-tiap minggu dalam bulan puasa ni. hehe. so lepas ni tadek dah la entri aku melainkan aku balik hari Khamis ni ye. tak sabar dah aku nak menggedikkan jari jemari aku yang gemok dan montot ni. haha.
sekarang aku kena dan perlu tidur sebab lepas sahur esok aku kena study LAW240! petang esok ada test! aiyyaakk.. aku dah la tak minat hafal-hafal ni. WISH ME LUCK YE KAWAN-KAWAN! GRACIAS! :) sampai bertemu lagi di lain masa. selamat bersahur dan selamt menghitung hari untuk RAYA! Assalamualaikum..


Comments

adrinaqamarina said…
haha. goreng3 sampai garing ke?

ala, beli je roti dengan tuna ke. tu pon dah boley saho.

:)
intanurulfateha said…
lecturr anak datuk
kem salammmmmmmmm~~
rina:ahahaha....good idea gak tu..tenkiu2.huk3.
sis intan:huhuhu..beres!
Tapak Kaki said…
aku dulu goreng time test law paling best.. sampai tak cukup kertas... tengok result failed jugak..haha
Amni said…
lecturer tu kelakar giler! amik ko! kan dah kena dr. anak dato'! pandai kawan kamu tu kenakan balik.. hee.... rindu nak belajar lagi... hummm
amni: hahaha..tau xpe..yela.time stdy ni byk pglmn best.. :)
kim salam kat lecture. pelisssssssssss :D
miss lolly: hehehe..insyaAllah :)

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes