kejadian yang sering kali dielak, akhirnya terjadi jugak.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah terchenta setelah hampir dua minggu tak balik
errr. dua minggu je. fine. eksaited terlebih kot bila tiba hari khamis sebabnya satu je, NAK BALIK.
walaupun tadi dan semalam ada jugak yang risau  (ade ke?), boleh ke aku drive nak balik hari ni?
eceh. terasa macam dihargai. terharu rase. rumet pun tanya benda sama.
tapi aku rasa boleh je drive even kaki hencot-hencot je nih.


lutut aku sakit even tak sesakit semalam. huih. hari-hari aku mengelak daripada jatuh tersungkur depan orang ramai, tapi sayang, akhirnya benda tu terjadi jugak. siyes kalau boleh putar waktu semalam, aku nak lalu ikut jalan lain dan aku tanak main hujan. kaitannya?
ceritanya macam ni.....


petang semalam aku habis kelas pukul dua petang and time tuh memang hujan dan payung aku tertinggal dalam kereta kawan aku. sementara nak tunggu habis kelas, aku dah duk pikir yang memang sah-sah kena mandi hujan.
tapi nasib baik lah jugak sebab ada sorang lagi geng aku yang join mandi hujan. siyes lama gila tak mandi hujan.
dan, aku ngan kawan aku jugak harap lepas mandi hujan, kiteorang demam. tapi TAK. haha. kesiannn...


bila dah kena hujan memang sejuk gila, badan pun dah ketar-ketar, kebetulan pulak aku memang lapar gila-gila. bila aku lapar gila, badan aku jadi lemah and ketar-ketar. entah macam mana, bila sampai kat food court, aku boleh tersungkur dengan ganasnya kat dalam food court tuh. dah la pakai baju kurung. dush. tambah lagi dengan sound effect kawan aku. memang lah kannn.. semua pandang aku. aku gelak je sebab nak cover malu. ciss. tapi dalam hati Tuhan je tahu betapa sakitnya aku time tuh. aku nak nangis, tapi tak boleh sebab kelakar pulak rasanya. kan?


bila nak jalan balik, aku dah susah gila kot nak jalan. nak naik tangga kat kolej pun terpaksa naik satu-satu. sampai kat bilik, aku memang tak naik atas katil sampai la lepas dah sembahyang maghrib. sebabnya kaki aku tak boleh nak bengkokkan sangat. sembahyang pun sambil duduk atas kerusi. lutut memang tak boleh nak tekan langsung. ades. nak tidur lagi lah. kena statik je. kalau gerak guling-guling, memang menangis la aku. so, korang, lain kali jalan hati-hati ye. 


lepas ni aku nak blowalking puas-puas. nak balas balik korang datang sini :P
gedik pulak statement aku. 
:D


update : sorry sangat tak dapat blogwalking. busy sangat sebab kena prepare untuk test II macroeconomics.
biyanae... haha

Comments

Unknown said…
ehhe..nak BW camno lutut tu sakit ek..
KAMIHIDUP said…
pgla urut. heee. :)
Ziro said…
budak pun selalu maen hujan. Tapi sebabkan masalah radiasi di atas awangan, dah kurang dah main hujan
olol2...moge ko cepat sembuh yer tuan puteri =D
Anonymous said…
jangan lupa datang blog saya. hehe. promote plak. :)
Raji and Yeen said…
woahhh gle la =.="
padah bermain hujan nih
balik tu sptotnyer g mandi dlu weh
bahaya kang demam susah lak
hak2
Santan Berlada said…
len kali jgn men ujan...^^
SIELA MIKAIE said…
hehehee..bgus..jom kte men ujan jom!
heheee..lame adik akak nie tak buat entry baru..busy betul..

p/s:jgn lupe urut kaki tu..takut terseliuh ke ape...k..
Nobita Sensei said…
syok ohhh main hujan.
JuanYuan said…
ouch,kesian T__T

lain kali hati2 :)
lorhh..kenapa tak panggil alief..kalau tak,alief boleh sambut awk..tak ada lah awk trsungkur..huhu..wahh..sweetnye...
Ibu Ammar said…
ada ke patut nak demam. ai kalau kena hujan takut kalau demam. bila demam tak larat nak wat apepun. huhu
mie said…
alamak!!
apa yang boleh gue bantu....
hwhhehehehe
Nina Mads said…
sme la kite, cuti sminggu je...
pena jgak jd mcm nie, skit smpai sminggu..smoga cpat smbuh
Miss AZ said…
kesian kamu.. hujan mmg la licin.. lain kali hati2 ye.. harap2 cepat sembuh :)
ewanthology said…
lapar punya pasal sampai tersungkur
amira faqihah said…
all the best utk test
TrahAssan said…
Kuikuikui :P Taknak gelak tapi tergelak jugak HAHAAA *oops
fRaMe+LenSeS said…
Assalamualaikum.. nadh checking.. da sehat ka? kaki da okeh ka? ;)
ololololo semoga cepat sembuh sglanya2 =)
Pencacai Alim said…
cara apa tersungkur..mnmpkkan kesungguhan
mie said…
uihh!!
jangan lupa makan ubat..
ehheheee
noa said…
kesian nye ko
(dalam hati gelak kuat2 sambil bayangkan cmne upe ko time tesungkur tu :p)

ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??
Miss Yaty said…
ciannye iqa..lepas ni kena ati2 ye..skrg musim ujan jln kt blok akademik tu kmpm2 licin..

take care ur self okie..final dah dekat...studi rjin2...:)

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes