siapakah kita?
Salam,
Sempat jugak aku nak update entri baru ni ye. Yelakan,time ada kelas BEL ni jelah aku boleh guna internet. Nak harapkan wireless UiTM, macam haram je..aku pun tadek idea sebenarnya nak merepek-merepek sangat. Cuma, time aku kat bilik sorang-sorang, aku terpandang nota kat softboard depan meja study aku. Kat situ adalah beberapa helai kertas yang berunsur nasihat-menasihati antara satu sama lain yang roomate aku letak. Alang-alang tu jugak aku berniat nak share ngan korang sume nih. Sama-samalah kita renungkan dan berfikir ye. Sesuai tak aku jadi ustazah? Keh keh keh... ni soal SIAPAKAH KITA?
SIAPAKAH ORANG YANG SOMBONG?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjdaikan kehidupan ini iaitu ALLAH Rabbul Alaamin. Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di langit dan di bumi pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
SIAPAKAH ORANG YANG TELAH MATI HATINYA?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang telah diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qurann, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tiada apa-apa kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.
SIAPAKAH ORANG DUNGU?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaian dan sering merasa tenang dengan maksiatnya.
SIAPAKAH ORANG YANG KUAT?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia berada dalam kemarahan.
SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Innalillahi wainna lillahi rajiuun” lalu sambila berkata “ Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Comments