Hatta Dolmat Is My Future Wedding Dress Designer & Dia Doakan Untuk Saya Jugak :))
haaaa...hari ni tiba-tiba rasa nak buat entri pasal kawen-kawen. eceh. ini kawen betul tauu. bukan macam main kawen-kawen time kecik tuh. dengan letak daun-daun yang diubah suai jadi macam crown then letak atas kepala. itu dulu lah kan. sekarang dah besar gedabak kena pikir matang sket. hehehe
ekceli aku tadek calon pun lagi nak kawen. yelakan, sape lah nak aku. sobs.
tapi aku tak kisah sebab aku yakin, one fine day insyaAllah, jodoh tu akan sampai jugak. semoga aku dapat jodoh yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya. amin...
tapi bila cakap pasal kawen je, mesti terus otak pikir tang baju kawen! fuhhh.. kawen sekali je tauuu.. kalau yang lebih tuh, untung lah. haha. tapi kalau yang kawen sekali je, mestilah nak sesuatu yang istimewa kan. kalau aku, for sure tema PINK + PUTIH. aku nak seluruh dewan tuh dipenuhi dengan bunga ros pink dan putih. mesti sangat comel kan? dan penting aku akan pastikan aku selim time tuh. muahaha
*google*
semuanya akan jadi tema pink dan putih. dari A sampai lah Z. tapi nak semua ni bukan sekali petik jari je. aku bukan keluarga yang kaya dengan duit, mewah dengan segala-galanya. aku hanya orang biasa tapi sangat bahagia dengan keadaan sekarang. so, dengan itu aku kena lah berusaha dengan tekun dan jaya supaya segala impian aku ni tercapai. kannn?
from blog Hatta Dolmat
yang paling aku nak sangat, adalah tempah baju dengan HattaDolmat walaupun itu cuma mungkin angan-angan. tapi tanpa angan-angan takkan jadi realiti kan? siyesly aku memang adore gila dengan design HattaDolmat. designnya sangat boleh buat mata aku terpukau. auww. heh. angan-angan aku takkan jadi realiti? mungkin. sebab Hatta Dolmat kan designer terkenal. kalau nak tempah baju dengan dia pun for sure lah harga tinggi gila kan? tapi bukan ke itu boleh dirunding? eceh. bajet Hatta Dolmat nak ke berunding dengan kau? oh please abang hatta. takmau lah sampai puluh ribu baju tuh. muehehehe...
cantikkan wedding dress nih? aku nak yang macam nilah. tapi disebabkan aku nih pakai tudung, so agak-agak boleh tak tukarkan jadi dalam bentuk muslimah? muehehehe.. fine. selamat berangan :))
sejak dah gila dengan twitter, aku pernah lah sekali berangan pasal nak tempah baju dengan Hatta Dolmat bila dah nak kawen satu hari nanti. aku tak expect pun dia reply tweet aku tuh kan. sebab status tuh pun cuma main-main berangan je. haha. kawen dengan Hatta Dolmat jelah. boleh tak? huaaaaa huaaaa :D
kalau nak jeles, boleh lah. :P
fuh.. bila lah agaknya segala impian ni tercapai dan aku sendiri pun tak tau bila aku akan jumpa dengan orang yang betul-betul sesuai dengan aku. hati aku dah kering dah sekarang. siyes aku tak berminat nak cintan cintun ni. tipulah kalau aku cakap aku tak minat orang lain kan. fine, aku suka abang kiosk. haha. kiosk mana? kat kampus aku. tettttt... habes sudah cerita.
dan aku pun tak tau kenapa gatal sangat nak cakap pasal kawen ni. maybe sebab umur dah nak doploh satu maka hormon miang tuh semakin menjadi. haha. dah lama jugak rasanya aku tak taip entri panjang macam nih. *sigh
mungkin aku takut orang takkan baca entri panjang aku sebab aku bukan irine nadia marcello yang semua orang sanggup baca entri dia panjang berjela-jela sekali pun. termasuk lah aku. :D
lepas ni aku kena belajar rajin-rajin kumpul duit banyak-banyak, cari jodoh, lepas tuh tempah baju dengan Hatta Dolmat. berehhhh.. hehe. sapelah agaknya nak kutuk aku supaya stop day dreaming eyk? :P
okehhh!! dah dah dah. berhenti berangan.
last-last aku sewa baju pengatin kat butik pengatin je. hehe.
p/s: ingatkan tanak buat post entri dah. tapi buat jugak. tapi satu jelah. hee.
banyak tapi.. :P
p/s : 5 March nak pergi wedding Yaya & Farid. pemenang tempat kedua kontest Gerbang Cinta Utusan Malaysia. for sure she'll be gojes..thanks a lot kepada yang sudi vote untuk dieorg hari tuh ;))
Comments
dan benda ptama yg aku tpkr belog kau memang konsep yg sama dgn irene kan.
nway that's suit to u
cantiklah gaun tuh iqa...
muge iqa dpt mencapai impian eyh:)
sweetnya tema pink + white,i like
tak sabo pulok rasa nak kawen, ahahaha~ The dress sangat nice,huaa~
open2
eheheee
hahahah
ak nk pakai baju cm samurai time kawen :)
shanteknyerrrr baju tu....simple but nice..
Cara-Cara Blogwalking yg Betul
adik aku knal ngan adik dia, nak no tak?? jeng jeng jeng
eh hatta dolmat ni yang berlakon dalam cite gadis semasa tu ke??