Hatta Dolmat Is My Future Wedding Dress Designer & Dia Doakan Untuk Saya Jugak :))

haaaa...hari ni tiba-tiba rasa nak buat entri pasal kawen-kawen. eceh. ini kawen betul tauu. bukan macam main kawen-kawen time kecik tuh. dengan letak daun-daun yang diubah suai jadi macam crown then letak atas kepala. itu dulu lah kan. sekarang dah besar gedabak kena pikir matang sket. hehehe
ekceli aku tadek calon pun lagi nak kawen. yelakan, sape lah nak aku. sobs.
tapi aku tak kisah sebab aku yakin, one fine day insyaAllah, jodoh tu akan sampai jugak. semoga aku dapat jodoh yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya. amin...


tapi bila cakap pasal kawen je, mesti terus otak pikir tang baju kawen! fuhhh.. kawen sekali je tauuu.. kalau yang lebih tuh, untung lah. haha. tapi kalau yang kawen sekali je, mestilah nak sesuatu yang istimewa kan. kalau aku, for sure tema PINK + PUTIH. aku nak seluruh dewan tuh dipenuhi dengan bunga ros pink dan putih. mesti sangat comel kan? dan penting aku akan pastikan aku selim time tuh. muahaha



*google*



semuanya akan jadi tema pink dan putih. dari A sampai lah Z. tapi nak semua ni bukan sekali petik jari je. aku bukan keluarga yang kaya dengan duit, mewah dengan segala-galanya. aku hanya orang biasa tapi sangat bahagia dengan keadaan sekarang. so, dengan itu aku kena lah berusaha dengan tekun dan jaya supaya segala impian aku ni tercapai. kannn?


from blog Hatta Dolmat


yang paling aku nak sangat, adalah tempah baju dengan HattaDolmat walaupun itu cuma mungkin angan-angan. tapi tanpa angan-angan takkan jadi realiti kan? siyesly aku memang adore gila dengan design HattaDolmat. designnya sangat boleh buat mata aku terpukau. auww. heh. angan-angan aku takkan jadi realiti? mungkin. sebab Hatta Dolmat kan designer terkenal. kalau nak tempah baju dengan dia pun for sure lah harga tinggi gila kan? tapi bukan ke itu boleh dirunding? eceh. bajet Hatta Dolmat nak ke berunding dengan kau? oh please abang hatta. takmau lah sampai puluh ribu baju tuh. muehehehe... 


cantikkan wedding dress nih? aku nak yang macam nilah. tapi disebabkan aku nih pakai tudung, so agak-agak boleh tak tukarkan jadi dalam bentuk muslimah? muehehehe.. fine. selamat berangan :))


sejak dah gila dengan twitter, aku pernah lah sekali berangan pasal nak tempah baju dengan Hatta Dolmat bila dah nak kawen satu hari nanti. aku tak expect pun dia reply tweet aku tuh kan. sebab status tuh pun cuma main-main berangan je. haha. kawen dengan Hatta Dolmat jelah. boleh tak? huaaaaa huaaaa :D

kalau nak jeles, boleh lah. :P



fuh.. bila lah agaknya segala impian ni tercapai dan aku sendiri pun tak tau bila aku akan jumpa dengan orang yang betul-betul sesuai dengan aku. hati aku dah kering dah sekarang. siyes aku tak berminat nak cintan cintun ni. tipulah kalau aku cakap aku tak minat orang lain kan. fine, aku suka abang kiosk. haha. kiosk mana? kat kampus aku. tettttt... habes sudah cerita.


dan aku pun tak tau kenapa gatal sangat nak cakap pasal kawen ni. maybe sebab umur dah nak doploh satu maka hormon miang tuh semakin menjadi. haha. dah lama jugak rasanya aku tak taip entri panjang macam nih. *sigh
mungkin aku takut orang takkan baca entri panjang aku sebab aku bukan irine nadia marcello yang semua orang sanggup baca entri dia panjang berjela-jela sekali pun. termasuk lah aku. :D

lepas ni aku kena belajar rajin-rajin kumpul duit banyak-banyak, cari jodoh, lepas tuh tempah baju dengan Hatta Dolmat. berehhhh.. hehe. sapelah agaknya nak kutuk aku supaya stop day dreaming eyk? :P

okehhh!! dah dah dah. berhenti berangan.
last-last aku sewa baju pengatin kat butik pengatin je. hehe.

p/s: ingatkan tanak buat post entri dah. tapi buat jugak. tapi satu jelah. hee.
banyak tapi.. :P

p/s : 5 March nak pergi wedding Yaya & Farid. pemenang tempat kedua kontest Gerbang Cinta Utusan Malaysia. for sure she'll be gojes..thanks a lot kepada yang sudi vote untuk dieorg hari tuh ;))

Comments

Mra Mastura said…
aahhh..tema kite nak same la.. mra pn nak pink n putih.. hehe.. XD
~fais~ said…
hahahaha. cik ika da nk kawen ea..
Ziro said…
tak pandai la bab2 design baju ni. Tapi nanti kalau nak kahwin jangan lupa jemput. :P
dyah16 ! said…
beb. sweet gila wedding dress tu. cayalah. hehe.
wuhh, pink putih.. kalau biru elektrik dgn putih cool x? hoho :D
Lyn Sery said…
1st time dtg sini
dan benda ptama yg aku tpkr belog kau memang konsep yg sama dgn irene kan.
nway that's suit to u
ewanthology said…
semoga dipermudahkan
Unknown said…
wah...sungguh girly....hehe

cantiklah gaun tuh iqa...

muge iqa dpt mencapai impian eyh:)
.kozue. said…
wah~
sweetnya tema pink + white,i like
tak sabo pulok rasa nak kawen, ahahaha~ The dress sangat nice,huaa~
Cik Zeeyta said…
kamoo dh kena tagged oleh sy..
open2
mie said…
angan2 boleh jadi kenyataan suatu hari nanti..
eheheee
Unknown said…
hatta dolmat mmg lawa design2 dia
Raji and Yeen said…
owh nk kena kmpul duit byk2 lepas nih
hahahah
ak nk pakai baju cm samurai time kawen :)
SIELA MIKAIE said…
jgn lupe jmput akak ye klu kawin nnti..:):)

shanteknyerrrr baju tu....simple but nice..
MIMIE AIZA said…
ehem ehem.. sy suke pink !! hahaha
Anonymous said…
nih sye nak bgitau ckit ni...SAYE SUKE BLOG ANDA^^
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Un Phat Lee said…
eh tak sabar ke nak kawin? hehe :P
Ain Zulaikha said…
hehehe.. admire jgk dengan hatta dolmat, dia ada buat contest kan? hehe.. dia mmg super power dalam bidang fashion :)
cHiEydA said…
moga tercapai impian..
Aisya J said…
Semoga tercapai impian anda :) Aminn :D
noa said…
hensem ar Hatta Dolmat tu, ngorat je ar dia

adik aku knal ngan adik dia, nak no tak?? jeng jeng jeng
Miss Yaty said…
semoga impian iqa tercapai...amiiinn


eh hatta dolmat ni yang berlakon dalam cite gadis semasa tu ke??
FarhanaFabulous said…
beshnye if hatta dolmat buatkan baju wedding kan..

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes