maka berakhirlah kami disini...

salam readers. . .

panas betul hari ni kan?kat sini lah.kat terengganu ni hah.tapi macam nak hujan je ni pulak.isk.mane satu aku ni.aku pun tak paham.oke2 jangan layan apa yang aku merepek ni ye.sebab aku tengah sangat-sangat sedih sekarang.sekarang aku dah tinggalkan dia.bukan ke ini yang aku nak?hari tu,aku menangis-nangis,bermasam muka tiap-tiap hari hanya kerana mahu tinggalkan dia.tapi di saat-saat akhir tadi,aku terasa sayu sangat.teringat mula-mula kami kenal.aku senyap,dia senyap.semua senyap.aku hanya bersendiri.ke mana-mana pun aku sendiri.kadang-kadang menitis juga air mata ni kerana tidak tahan dengan situasi sebegitu.tapi,lama-kelamaan perasaan itu hilang.yang hanya adalah rasa sayang,gembira,seolah-olah tidak mahu meniggalkannya walau sesaat.di pengakhiran kami bersama tadi,terasa berat kaki ku ingin melangkah pergi.kenapa aku masih sayangkan dia?kenapa perlu sekarang aku merasai sebegitu?kenapa tidak dulu.

itulah PASARAYA XIRI.tempat aku kerja selama ini.hahahaha (tiba-tiba gelak).romantika tak ayat aku?hehe.yelakan dulu aku menangis-nangis nak resign.sekarang aku rasa lain pulak.tepat jam 3 petang tadi,berakhirlah perjalan hidupku sebagai SALES ASSISTANT.pagi tadi aku kerja pukul 8 pagi sebab semalam dan hari ni ada pengiraan stok.memang biol la otak-otak aku yang cerdik ni kerana melihat dan mencatat pelbagai jenis barcode.separuh aku dah siapkan semalam.yang selebihnya sambung pagi tadi.kami krew-krew tingkat atas dan kami berjaya menyiapkan semua pengiraan stok lebih kurang jam 11 pagi.maka,kami beristirahat la sementara menunggu bos panggil untuk menolong krew-krew yang berda di bahagian ground floor.sebelum itu,KAK YEN bawak kek pandan dan jugak air teh sejuk untuk kami semua,banyak jugaklah aku makan.hehe.bila lagi nak makan free kan?11.30 pagi kami semua turun untuk menolong yang lain di bahagian makanan.aku tengok barcode kat situ macam-macam.naik pening kepala aku ni.

tengah syok-syok membiolkan otak dengan barcode-barcode sekalian bos panggil suruh pergi makan.so,aku dan kawan-kawan yang lain pun stop la buat kerja sementara.bos belanja makan nasik lauk ayam gorang,ade kuah ape ntah.tapi memang best la.boncit dah perut aku ni hah.tengok cepat.hahaha.lepas siap semua kerja-kerja,kami pun naik atas.yang jaga bahagian atas je.yang kat bawah,duduk kat bawah diam-diam,comel-comel,cun-cun.hehe.DAN semestinya seperti yang telah di'plan'kan,aku pergi cop-cop baju baru.hehe.baju tu sampai 2 minggu lepas kot tapi baru bukak.dah la cantik-cantik.sekarang aku tak beli lagi,aku cuma sorok kat satu tempat tu.hehe.nanti aku pergi ambik la.mungkin bila dah dapat gaji.gaji dapat bila?hah..dapat hari isnin depan.best tak?mesti la best.duit hasil titik peluh sendiri.errr..peluh ke?kerja dalam aircond pun berpeluh?hehe..

aku ingat nak kerja lagi la cuti sem depan.ok tak?lagipun tadi KAK YEN pesan bila cuti sem,datang buat part time lagi.hehehe..nanti malam karang aku jalan-jalan kat blog korang ok.sebab sekarang aku kene ambik adik aku dulu.lepas tu nak rehat-rehat.malam ni pulak nak pergi beli barang-barang nak balik kampus sabtu ni.tak sabar nak jumpa kawan-kawan ni.dah rindu gilak ni.hehehe...

got to go ;)


Comments

Tapak Kaki said…
dulu pegi pasaraya xiri sebagai pekerja.. nanti pegi sane sebagai customer pulak..hehe
yoro okino said…
bagus laa
aku xpernh berpeluang nak keja part time..syok jer nmpk
tapak kaki:hahaha..customer setia nih..
yoro:try la..tapi 2minggu prtma mmg seksa sgt rasanye.
huhu
lama2 jd syg lak..
rammyd said…
wahhh... orang ganu ea? samela kito... yeehee :D



malam pertama saya. sumpah saya nerves!
rammyd:huhu..yeke?bgs2.. :))

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes