ramadhan menjelma lagi
salam..
haaacummm!
haaacummm!
haaaaaaccccuuummm!!
adeh
saket hidung aku ni hah
kenapa banyak sangat habuk kat sini ni hah?
hari-hari macam ni boleh kena kanser hidung aku ni
ehem
ehem
ehem
lupe pulak ye
dah lama aku tak bergedik kat sini
walhal,jari jemari aku yang gemok+comel ni nak sangat menari-nari dekat
papan kekunci komputer riba ni
tapi,apakan daya
internet kat kolej memang dah sah-sah lagi berganda sahnya
TAK BOLEH BELAH!!!!
cakap je ade wireless
tapi??
dah la aku dah malas nak bayar bil berokbeng tuh
sebab tu lah aku biarkan blog aku ni penoh dengan habuk-habuk tak gune
haha
banyak jugak la aktiviti aku selama dua minggu aku tak update blog ni
kalau aku cerita pun mesti mengarot je
sebab aku bukan pencerita yang bagus tapi,
yang aku ade update kejap-kejap tu sebab time ade kelas BEL
duduk dalam computer lab memang la
cepat je semua orang nak online kan? kan?
hah
macam tu lah jugak aku.haha
minggu lepas aku dengan 12 orang dayang-dayang aku yang comel-comel semuanye
hehehehe
jannah
ain
nisah
angah
dila
ruby
far
as
anis
ayu
bella
emy
telah melencong ke Air Terjun Cemerong yang terletak dan juga berlokasi di
Hulu Dungun
hari kamis kan memang kelas kiteorg tadek kelas so,
gunakan la masa yang ada untuk berendam kat tempat-tempat yang segar-bugar macam ni kan?
dan yang pasti aku memang takut dan jugak fobia dengan kedalaman air yang melebihi paras pinggang
dan yang pastinya adik-adik ku ini jugak la yang tolong aku masuk dalam air
hahahaha
tapi memang best la
aku pun tak puas berendam walaupun aku memang asyik menjerit je sebab takut lemas
hahaha
minggu ni pulak tak busy sangat pun
yelakan
semangat nak balik rumah
memang la kalau busy pun tak terasa
sedar-sedar je dah tercangak dalam rumah ni hah
sambil update blog,facebooking
rindu sangat-sangat nak jalan-jalan kat blog korang
tapi kepulangan aku kali ni bukan semata-mata nak lepak-lepak kat rumah
cuma balik sebab nak pergi KL
bukan
kandang lembu
kampung laut
dan sebagainya
aku nak pegi Kuala Lumpur yang banyak lumpur suatu ketika dahulu
nak tau,sile bukak buku sejarah
aku dengan family aku nak pegi shopping untuk raya
hahahaha
awal kan?
biase la
persiapan awal
family aku memang macam ni
sediakan semuanya awal-awal
nanti tak payah susah-susah kelam kabut last-last minit
kan?kan?
lagipun tak best la jalan-jalan bulan puasa
oh ye
macam mana puasa korang tahun lepas?
dah ganti ke belum ni ha?
cepat-cepat ganti ye
ni pun dah nisfu Syaaban kan
so banyak-banyakkanlah amal ibadat kita semua ye
sebagai persedian untuk menyambu bulan Ramadhan yang bakal menjelma dalam masa dua minggu lagi kalau tak salah aku
aku pun tak sabar nak rasa nikmat bulan Ramadhan
nak-nak bukak puasa kat kolej
memang agak sedih la kan sebab tak dapat makan masakan ibu tersayang
tapi takpe,
itu semua pengorbanan yang kita lakukan untuk masa depan jugak kan?
yang penting
JANGAN PONTENG PUASA tau!
aku jugak nak pegi kL tengahari esok
nanti sebelum aku pergi,aku akan update dulu la kot blog
just a quick post la kot
hehehe
sampai ketemu lagi :)
Comments