Posts

2025

 Assalamualaikum dan Hai. Pertengahan tahun 2025 baru terasa nak login blogspot. Dah tak relevan pun blog ni. Hahaha. Zaman budak-budak gen Z ni lebih pada platform lain. Tapi aku yang 30an ni tetaplah sesekali teringat blog. How's life in 2025? Is everything alright? Semoga baik-baik saja semua =) Aku ni pun sama jelah. Yang berbeza cuma usia. Masih lagi berdua sejak 2017. Alhamdulillah bahagia. Sesekali bertekak. Hahahaha. Asam garam rumah tangga kannn. Alhamdulillah ada kenderaan sendiri, dah ada rumah sendiri jugakkk =) Walaupun dah tak menulis dekat blog tapi sesekali menulis dekat ig story tu mesti nak panjang. Lama sangat dengan blog. Terpengaruh nak menulis in details. Hehe. Tapi makin hari rasa makin tak perlu nak menonjol cerita hal peribadi macam dulu-dulu. Baru je aku try tengok entri lama. Malu betullllllll. HAHAHAHA. Dah masuk pertengahan 30an ni pulak, selalu rasa mengantuk. Banyak habiskan masa duduk rumah je. Nak ada dekat luar rumah lama-lama pun cepat bosan. Aku ...

What If?

Image
 Assalamualaikum dan Hai! Ingatkan tahun depan baru nak update tapi penghujung tahun ni rasa nak up sikit la. Alang-alang dah buka laptop kan jadi jenguk la sekejap kat sini. Tengok komen untuk diluluskan. Ehhh. Entri yang tahun 2009 atau 2010 macam tu masih lagi ada komen. Hahaha. Maafkanku selaku pemilik blog sendu ini. Aku hanya sesekali muncul di sini. What if? --- Terkadang bila buka blog terfikir pula apa reaksi dan pandangan kawan-kawan satu pejabat kalau-kalau mereka tahu kewujudan blog ni. Hahaha. KALAU LAH ada yang terbaca, abaikan saja lah ye cara penulisan dan penceritaan gaya blog. Jangan ditanya depan-depan. Malu. Yelah kan. Suami, ipar duai, adik-beradik mana tahu semua ni. Ini kalau suami aku baca semua ni mesti dia kata " Eh bini aku ni. Entah apa-apa" Hahaha. Tapi itulah dia bukan tahu pun kalau bini dia ni blogger tegar zaman bujang dulu. Alhamdulillah semua entri putus cinta dah selamat dipadamkan. Fuhhhh. Dah masuk pertengahan Disember 2023. Cuti sekolah ...

Random Post #12

Image
 Assalamualaikum dunia blog yang lama dah tak bersua. Zaman-zaman tiktok ni apalah sangat kewujudan blog ni kan. Entahlah. Rasa lama tak menulis panjang. Petang semalam lepas balik kerja teringat pula dekat blog yang berkurun tahun wujud ni. Dah tak relevan untuk budak-budak sekarang tapi masih menjadi tempat untuk sesekali kita mengimbau kenangan lama. Setahun sekali je update rasanya. Terkadang kalau rindu, baca balik post lama. Sinilah dulu tempat selalu bercerita, tempat meluah perasaan.  Aku masih lagi seperti biasa. Masih lagi ber-TTC. Cuma buat masa sekarang tak bersambung proses. Give up mungkin. Atau dah redha. Masih lagi setia dengan PJJ. Masih lagi menangis tatkala berpisah dengan suami. Hehe. Cuma dah makin dewasa. Makin berdikari. Dah mula hidup sendiri. Supaya lebih mengenal erti kehidupan. Terkadang sunyi. Sangat. Duduk berseorangan di rumah. Menanti dan menghitung hari bila suami dapat pulang ke rumah. Tetapi lebih banyak aku yang pulang ke sana. Tak apa. Dah k...

TTC Part 3: Sambung follow up selepas dua tahun

Image
 Assalamualaikum. Last cerita pasal TTC tahun 2019 ye. Tiba tiba tahun 2022 masuk part 3. Hahaha. Lama terhenti sebab tak ada mood nak sambung consultation. Tapi memandangkan tahun ni masuk tahun kelima jadi isteri, tengok pulak kawan-kawan dah beranak pinak, terasa nak sambung balik follow up dekat klinik sebelum ni.  Minggu akhir puasa 2022, set up appointment dengan Poliklinik Ihsan dekat Gong Badak. So, dapat tarikh 7/5/2022 (Sabtu). Mula-mula masuk doktor dah ada sikit history record yang sebelum ni so just update balik la yang terbaru. So first appointment ni doktor buat Transvaginal Scan (TVS) - jangan risau sebab tak sakit pun. Masa tu doktor nampak ada blood clots dekat dinding rahim dan juga cyst dekat bawah rahim. Oh ya. Aku punya rahim jenis retroverted ye. Terbalik sikit ke belakang. So far, retroverted uterus tak mengganggu proses untuk hamil. blood clots detected on left side  cyst Jadi, doktor bagi dua jenis ubat - Provera dan antibiotik sebab nak bagi s...

I'm Back!

Image
  Assalamualaikum. Lama dah teringin nak update blog yang berkurun ni tapi masa mencemburui. Haha. Last update pun 2019 yeeee. 2020 memang sepi terus sebab tengah cuti tanpa gaji selama setahun. Nanti kita cerita macam mana nak minta cuti tanpa gaji untuk kakitangan awam okay 😊 Lepas dah cuti setahun ni bermula kembali la jadi pasangan jarak jauh. Cuma beruntung sebab start 27 Januari 2021, PJJ boleh rentas negeri. Cuma sekarang je dah masuk fasa "lockdown" , kerajaan dah hentikan kebenaran rentas negeri bagi pasangan PJJ. Takpe. Kita tunggu musim covid ni reda dulu. Sis okay je sebab tahun 2020 dah setahun cuti panjang. 24 jam hadap muka suami HAHAHAHA. Walaupun perit juga masuk fasa PJJ balik tapi atas dasar tuntutan kerja kena la juga balik ke negeri asal. Alhamdulillah tahun 2021 ni semangat untuk kerja tu rasa segar walaupun kadang-kadang stress tapi, tak seteruk tahun 2019. 2019 tu sebenarnya fasa "depression". Bermula lepas raya, lepas tu masuk wad seminggu ...

TTC Part 2: STOP?

Assalamualaikum. Wehh baru perasan lama tak update pasal TTC. Tetiba update dah nak stop kan. Haha. Hari tu nak start TTC sebab husband ada dekat base and aku selalu balik so pergilah check up macam post yang lepas . So kisahnya, selepas dah consume clomid 100mg aku still tak berjaya untuk pregnant. Takpe. Itu kan usaha. So takde rasa kesal ke apa. Tapi aku ada pergi check hormone dekat klinik atas saranan doktor. Result darah untuk check hormone tu menunjukkan progesterone aku rendah. Sangat rendah which is memang susah untuk pregnant. Doktor ada bagitau untuk pregnant, hormon progesterone tu kena 20++ ataupun belas-belas. Aku lupa weh macam mana bacaan dia. Gambar pun dah delete (-_-) Doktor suruh aku kurangkan makanan manis tapi tulah susahnya alahai, HAHAHA. Mula-mula aku stop kejap makanan manis. Cuma sesekali je ambik tapi lama-lama eh lupa diri pulak. Then doktor ada tambah dos clomid kepada 150mg. Tapi lepas consume clomid kali yang kedua, aku rasa nak stop dulu. Husband ...

Resepi Moist Chocolate Cake Paling Sedap!

Image
Assalamualaikum. Haiii. Amacam? Tak terliur ke tengok gambar kek tu haha. Aku susah sangat nak berkenan dengan moist chocolate cake sebab banyak yang tak betul betul kena dengan nama kek tu. Ada beberapa je yang aku boleh claim betul betul sedap. Sedap kat sini maksudnya tak manis dan rasa dia just nice. Banyak resepi aku try tapi resepi nilah yang paling berkenan di hati dan dah bertahun guna. The Best Ever Moist Chocolate Cake daripada blog Puan Azie Kitchen . 😍 Serius kalau korang try memang takkan menyesal. Haha. Kalau ikut resepi ni, Puan Azie guna mixer untuk mix semua bahan. Tapi aku kan pemalas. Jadi hand whisk jelah. Lol. Tapi sama je. Kot? 🤣 Okay sila hadam resepi yang senang kat bawah ni ye. THE BEST EVER MOIST CHOCOLATE CAKE Credit: Azie Kitchen   Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir (aku guna 1 3/4 cawan) 3/4 cawan serbuk koko Hershey's 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder (optional) 2 biji telur saiz A 1 sudu keci...

TTC Part 1: Appointment

Image
Tahun ni tahun kedua dah jadi bini orang tapi belum ada rezeki nak timang zuriat sendiri. Ehehe. Aku tau ada masalah ni masa sekolah lagi dan sebelum kahwin pun memang aku dah explain dekat bakal suami (suami dah la sekarang) pasal masalah aku. Tapi aku taktau la dia ingat ke tak. Kot nye kalau dia baca blog ni pastu dia mai tanya aku "bila sayang cite kat abang?" -____- Tahun pertama kahwin aku tak terlalu beria nak TTC ke apa. Aku kira baru nak kenal sesama sendiri. Lagi satu sebab PJJ dan aku tau susah nak predict waktu subur disebabkan masalah period yang tak teratur. Jadi aku hanya menikmati waktu-waktu berdua saja. Orang tanya, aku sengih je cakap belum ada. Tak ambik pusing sangat dengan soalan dah ada isi ke belum yang aku rasa nak je tepek kat dahi "belum mengandung lagi" hahaha. Yelah, dah ramai sangat tanya. Masuk tahun kedua, aku dah start fikir. Tapi aku tak betul-betul TTC jugak. Cuma join group BBT dekat facebook. Wehhh sumpah aku tak faham hahaha...

2 0 1 9

Image
Assalamualaikum! Lama gila dah aku plan nak update tapi selalu tak kesampaian sebab MALAS. Hahaha. Dan sebab laptop kat rumah ni dah lama sangat rosak. Selalu je aku bukak dashboard tapi dekat office la. Nak update dekat office takut ada mata memandang. Lol. Lagipun blog ni bukan medium utama dah macam duluuuuu. Dulu ramai blogger. Sekarang ramai kot instagram dan twitter je. So, makin lah sendu kan. Kecuali kalau memang blog tu dah ramai followers. Dulu, blog aku sendiri dah lebih 1K followers tapi lepas Blogger hanya limitkan kepada yang ada akaun Google je so tinggal lah beberapa kerat je. Life aku? Macam nilah. Masih lagi setia dengan LDM ( Long Distance Marriage) atau PJJ la nama glamor kannnn. Tahun ni aku paling kerap ulang alik. Selang dua minggu sebab laki aku ada dekat base sampai bulan Jun. Gigih dakkkk aku balik selang dua minggu? Aku rasa macam BFF dah dengan bas tu. Dulu tak reti tidur dalam bas. Memang susah lah nak tidur. Sekarang ni, baru on the way nak naik bas ...

Random Post #11

Image
Assalamualaikummmmmmmmm. Dah lebih setengah tahun baru la ada hati nak update. lol. Lama dah teringin nak update tapi MALAS tu lagi menguasai katanya. Nak pulak sekarang mana ada dah orang gigih sangat nak update blog. Sekadar update ig story, whatsapp status, fb story and sooooo on. Waktu tengah taip entri ni aku tengah tunggu nak jawab exam SPA seksyen B. Exam jelah. Doakanlah dapat step seterusnya. Kot ada rezeki di campak dekat dengan suami (masih lagi bermimpi haha) Kehidupan lepas kahwin sekarang "so far so good". Walaupun memang banyak gila drama air mata aku. Nasib baik la laki melayan aje. Harapnya terus lah melayan perangai bini mu ini sehingga hujung nyawa. Cewahhhh. Taktau la sampai berapa purnama aku nak kena PJJ ni. Belum lagi setahun kahwin dh merungut. HAHA. Kawan-kawan aku ada yang bertahun sampai anak dua tiga orang dah. Tapi tulah. Sedih bagai nak rak tu bila nak berpisah tu jelah. Bila dah PJJ ni memang duit yang keluar tu taktau ke mana. Tiket bas ...

Tied the Knot | 28.10.17

Image
crown beli dekat Afrah Bridal Assalamualaikummmmmmm. Tudia, lama tak update entri baru. Dah nama pun blog sendu kan. Hahaha. Alang-alang tunjuk gambar kahwin kat atas nun haa, nak bagitau lah I JUST GOT MARRIED!!! LOL. Dah kahwin aku rupenye haha. Kalau dulu sesape yang follow blog ni mesti ada baca entri-entri aku yang  putus cinta lah, patah hati lah, nak kahwin la. Muahahaha. Nasib baik dah delete semua tu. Malu gila kalau ingat. Harapnye laki aku tak baca lah entri ni walaupun aku share link kat fb hehehe. Aku berangan nak update entri macam mana dari awal kami kenal, time bertunang, time nikah dan sanding tapiiiii sekadar berangan jelah. Malas pulak aku nak taip semua -_- Tapi secara ringkasnya kami kenal 29/02/2016, bertunang 29/07/2017, nikah dan sanding hari yang sama 28/10/2017. Mula-mula kenal sampai lah hari nikah, baru tiga kali jumpa sebab kami duk jauh. First, dua bulan lepas kenal sebab dia datang sini. Second, jumpa kat KL sebab time tu parents dia nak ke...

Red Velvet Marble Butter Cake

Image
Beberapa hari lepas, on the way nak pergi kerja pagi-pagi hari tu duk teringat butter banyak lagi kat rumah. Dah la minggu sebelum tu asyik teringat marble cake je. Marble cake ke, butter cake ke, memang jadi favorite kalau kat rumah. Ala, macam kek Planta jugak. Tapi versi omputih guna butter. Pure butter yang macam SCS, Anchor, La Belle, Lurpak, Emborg, etc. Aku memang suka guna butter sebab rasa dia tu perghhhh merecik! Lemak-lemak giteww. Elok sangat untuk menambah lemak. Oh pasal kek tu. Yang terjadi nak buat versi red velvet pun sebab memang tekak nak makan Red Velvet. Allahu. Memang tekak aku ni asyik terliur dengan kek je manjang. Resepi ni aku gabung. Dari page Azie Kitchen  + resepi Red Velvet. Red velvet ni dia rasa coklat pahit, lemak-lemak sikit. So, disebabkan aku buat semalam tak refer resepi sangat, aku pun decide nak letak kat blog. Kot nanti aku lupa kan. Red Velvet Marble Butter Cake ( Resepi asal Marble Cake dari blog Azie Kitchen ) Bahan-Bahan: 250 gm s...

Random Post #10

Image
Walawehhhhhhhh. Berkurun tak update. Hahaha. Malas dah nak bukak blog, taip entri. Eh tapi ni kira rajin la sebab bosan taktau nak buat apa. Memang lama sangat tak log in blogger dashboard. Bila log in je tadi, tengok ada yang drop comment dekat entri lama. Entri 2012 okehhh =.=' Maaf la dik. Hakak tak terjawab dah soalan. Soalan berkenaan berapa anggaran kos sara hidup ke, belajar akaun guna English @ Malay ke. Berhuhu jelah tengok komen semua tadi. Puasa tinggal lagi seminggu. Dan aku still gigih nak siapkan order biskut raya. Macam kebiasaan tahun-tahun sebelum ni. Cumanya tahun depan aku nak rest. Tak ambik order dah. KOT LA KANNNN. Sebab ayat ni aku guna jugak tahun lepas dan tahun sebelum. Sudahnya lek lek je aku ambik order hahaha. Harapnya tahun depan menjadi la impian aku ni. Tapi tulah, kalau tak baking rasa macam tak sempurna hidup. Tahun ni slow sikit production sebab malas dan sebab duk melayan cerita Hero Seorang Cinderella. Well, totally not a fan nor big fan...

RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES YANG PALING SEDAP!

Image
Assalamualaikummm. Tetiba je kan masuk 2017 nak bagi resepi. Muahahaha. Sepi betul blog sekarang ni. Sebab taktau nak update apa so, nak share resepi yang aku guna untuk jual dan untuk makan sendiri. Hehe. Resepi ni guna mixer bukan handwhisk. Resepi ni yang paling sedap bagi aku sebab aku bukan suka sangat brownies sebelum ni. Tapi bila try yang ni lepas Kakak Sepupu aku bagi, terus suka brownies. Hehehe. RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES (BROWNIES KEDUT/CHEWY/FUDGY) Original: Martha Stewart Bahan-bahan:- 90 gram butter (aku guna salted butter @ kalau guna unsalted boleh tambah secubit garam) 170 gram chocolate (aku guna chocolate coin beryls) 1/4 cawan serbuk koko (aku guna brand Selborne @ Van Houten) Secubit Nescafe @ Coffee @ Cinnamon powder (taknak letak pun boleh) 2 biji telur gred A 3/4 cawan gula halus @ castor (resepi asal 1 cawan) 1 sudu kecil esen vanilla 3/4 cawan tepung gandum 1/4 sudu kecil baking powder *Loyang size 8", letak b...

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 2 & 3)

Image
Second Day (10/11/2016) Hari kedua ni ingatkan bangun pagi nak tunggu pakcik yang jual nasi lemak dengan motor. Tapi tak jumpa pulak. Malas nak tunggu lama so kiteorang try breakfast dekat Halal Amin sebab orang cakap kat sini murah sikit kan. Sedap nasi lemak dia pastu air milo kawwww. Perghhh. Kena betul dengan selera aku. Hehehe. Nasi lemak kat sini 50 ribu dong. Air milo lupa dah hehehe. Sebelah malam kiteorang makan kat sini jugak. Try Pho Mee dengan Vietnam Rolls ke benda tah nama betul dia. Pho Mee sedapppp. Yang roll tu boleh la or maybe kat kedai tu tak sedap sangat kot sebab rice paper dia tebal sikit. Kalau rice paper tu nipissss je konpem lagi sedap. Tengah makan tu, jumpa akak dengan abang dari Malaysia jugak. Borak-borak pastu dieorang ajak ikut pergi Russian Market. Risau jugak kiteorang ni sebab dah la tak kenal pastu tetiba ajak ikut. Plan kiteorang hari ni nak pusing bandar sebab kiteorang memang tak ambik pakej pergi Mekong Tour @ Chu Chi Tunnel tu. Aku naik h...

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)

Image
A ssalamualaikum. Last trip untuk tahun ni, Ho Chi Minh City. Cehhh macam banyak je trip kan. Kahkah. Plan nak ke HCM ni dah lama sebenarnya. Awal tahun lagi dah beli tiket. Duk cek tiket macam mana tah dekat AirAsia tu pastu jumpa tiket murah ke HCM. Terus mesej member ajak pergi. On the spot pulak tu mintak keputusan. Sebab seat tak banyak dah time tu. Beli awal tahun, nak pergi November. Jadi tak jadi, belakang kira. Janji, beli dulu. Muahahaha. AirAsia (KUL-SGN-KUL) RM 307.84 untuk dua orang AirAsia (TGG-KUL-TGG) RM 124 untuk seorang (lagi sorang naik bas dari Kemaman) Saigon Pink 2 Hotel RM237.65 (termasuk 5% service tax & 10% hotel tax) Tukar duit (untuk tambang teksi,bas,makan) RM150 = 750,000 dong (aku) RM154 = 800,000 dong (anis) Shopping, ikut suka korang la nak bajet berapa. Faham-faham jelah harga dekat HCM tu macam mana. Murah, rambang mata. Kahkah.  First Day (09/11/2016) Aku cerita terus pasal dekat HCM okay. Hari Rabu tu kiteorang sampai petang...

SG, We Go! (Day 3 - Last Day)

Image
Assalamualaikum. Hehehe. Lama betul peram sebab malas nak update. Nilah akibatnya buat banyak part so, next time kena buat satu kali jalan je entri. Sama jugak kes entri Krabi. Mereput dalam draft. Keh keh. Jadi sebelum ada lagi last trip untuk tahun ni, ayuhlah gigihkan diri bagi penamat kat entri Singapore ni. Last day ni konon nak food hunting je sebab malam tu kami balik naik bas tapi lewat malam. So, fikir nak try makanan yang famous lah kat sini kononnya. Kononnya sahaja lah. Sudahnya tak sempat. Cuma sempat beberapa tempat je. Checkout dari hostel, tinggal beg dekat situ, naik MRT pergi ke Bugis. By the way, Bugis Street dengan Arab Street memang dekat je. So, sebab dah keluar agak tengahari dan perut kosong, kebulur gila hehe maka, pergi cari makan dulu. Haruslah Murtabak Zam-Zam credit picture to this site( link ) Al-maklum lah semua gambar dalam hard disk. Hard disk pulak cable entah ke mana. Sabar jelah hakak.  Nafsu makan bila tengah kebulur memang lain...

SG, We Go! (Day 2)

Image
Pengembaraan hari kedua di Singapore diteruskan dengan satu-satunya misi adalah Universal Studio Singapore! Yeeee taulah korang dah pergi banyak kali. Duk dediam je okay haha. Dah ni first time hakak dapat jejak kaki masuk ke sana, maka memang teruja lah kan. Sebab asyik tengok korang je pergi. Panas jugak hakak tengok. Kehkeh. Kalau ikut plan, nak gerak ke MRT pukul 7. Alah kau faham jelah bila dah ramai ni, tambah pulak dengan penat gila untuk hari pertama memang terlajak la tidurnya. Lepas subuh terus sambung tidur dengan harapan take a nap. Nap la sangat ye. Muahahaha. Disebabkan percutian ni adalah agak tight bajet untuk bermewah bab makan minum so, kami bawa bekal. Sebenarnya, Nadia yang tolong masak. Kami duk bersiap je kejenye. Hahaha. Thank you ya! Walaupun masak mi sedap goreng je tapi berjaya habiskan sebab lapor. :P Lepas dah bersiap dalam pukul 9 pagi macam tu, kami ke MRT Chinatown terus ke MRT Harbour Front. Dah sampai kat Harbour Front, kena masuk dalam mall apebe...