Posts

Showing posts from 2013

Last but not least.

Image
Just a few days we will enter to a new year, 2014. For those who ever has been read this blog from the beginning until now I thank you a lot! Ada ke? Ahaha. Walaupun hampir setiap entri adalah sangat membosankan. I knew it  =_= Tapi kalau ada yang suka, I appreciate it. Lebiu ah korang. Ehehe. Sekarang takde apa sangat nak update. Banyak entri pun pasal life sendiri. Macam retis aaa pulak nak cerita kat semua orang kannnnnn Sepanjang tahun 2013 ni aku rasa azam aku awal tahun tu memang tak menjadi langsung. Like usual yeahhh. Azam tahun 2014 aku tak nak azam banyak sangat. Tapi yang wajib setiap tahun adalah nak kurus. Kah kah kah. Hampeh. Makan tak ingat dunia je sokmo-sokmo. Dah macam mana nak kurusnya oiiiii. Memang tak aaaaa. Dalam mimpi pun jauh sekali. K fine. Dan aku rasa tahun ni paling banyak soalan " BILA NAK KAHWIN? " " DAH ADA CALON KE? " " TAKKANLAH TAKDE KOT? " " NAK CALON TAK SORANG? " Dan soalan-soalan ni buat aku risau aje...

Match-Maker-Thing

Image
ada sorang ni cuba nak match-maker aku dengan kawan dia. yaaaaa. sounds like errrr. masa mula-mula budak ni bagitau aku, aku macam HAHHHHH? aku tak nak la macam tu kalau boleh. aku nak orang tu jumpa aku depan-depan. kalau match maker macam ni aku macam tak boleh nak terima sangat. pulak tu, match dengan orang yang kerja kat kampung aku ni haaa. memang la dia tu asal dari tempat lain tapi tak rasa ke benda tu awkward gila? dah la dia tahu aku anak sapa. sebenarnya dah lama budak ni bagitau nak kenalkan aku dengan kawan dia. nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas budak ni bagitau aku. dia tunjuk gambar tapi aku tak kenal sapa. so, budak ni tolong add dekat facebook. as a start, just like usual. a-hi-hi-thing. LOL. dan bila dia tanya " awak anak _________ ke? " aku terus macam " alaaaaa part ni yang tak best ni " tapi aku iye kan aje. sebab dah sah-sah lah budak yang tolong kenalkan tu dah bagitau dia. and yeah. he already knows about this.  dannnnn, mes...

Rasa ini

Image
“ You’re the reason I draw hearts all over my paper. ” aku rasa aku dah jatuh cinta. tak pastilah betul ke tak. tak pasti sama ada dia pun rasa benda yang sama. mungkin tak. mungkin ya. tapi kebarangkalian TIDAK adalah tinggi. mungkin tu cuma mainan perasaan aku. tapi kenapa setiap hari perasaan ni masih sama. untuk tiga tahun lebih. sama. tak pernah ada yang berubah. walaupun aku cuba menafikan. *gila skema ayat* dan aku tak pasti sampai bila aku harus menunggu. menanti yang mungkin tak kunjung tiba. eh skema sangat ayat nih. takkan lah aku nak pegi cakap terus dengan dia " awak, saya dah jatuh cinta dengan awak! " Memang taklah. >.<

Budak Baru Nak "UP"

Image
aku rasa budak baru nak up sekarang berbeza dengan budak baru nak up zaman dulu. takde ah zaman dulu sangat. zaman aku lah lebih kurang. heh. zaman sekarang banyak sangat gadget yang advance. aku sendiri pun tak tekejor. tapi, bila tengok budak baru nak up sekarang, teringat zaman sendiri dulu. kehkehkeh. dulu aku sekolah kawasan bandar. kiranya, dulu sekolah tu kerlasss lah gitu sebab dulu sekolah english. nenek aku sempat sekolah kat situ sampai form three, siap tulis poem lagi uols. tapi tak lama sebab kawen dengan anak raja katanyaaaaa. ala, zaman dulu kalau form three apa adehal kahwin time tu kan? kalau sekarang, mau muka depan semua paper. walaupun mula-mula masuk sekolah tu awkward gila, loser gila perasaan dia tapi akhirnya macam best gilaaaaa sekolah tu. tambah pulak part mengorat budak bola kat sekolah. muahahaha. aku pulak berkawan dengan girls pesen nak UP je manjang, pesen nak up to date. dan sah-sah lah aku terikut kannn. zaman tu, famous dengan magazine Utopia ...

kalau pinjam barang orang

Image
setiap dari kita semua memang akan ada aktiviti pinjam meminjam. ataupun boleh cakap memang wajib lah kan. ni dalam konteks meminjam barang sesama kita la kan. tak lagi dikira pinjam dengan Allah SWT. yedak? tapi ada pesen beberapa manusia yang sukaaaaa pinjam sangat. maksudnya, awal-awal nak pinjam sebab memang dia tak ada benda tu. maka disebabkan kawan baik dia ada, dia pinjam lah dengan kawan dia. *biasa* tapi jadi luar biasa kalau dah tahu benda tu kau nak guna-hari-hari, why not kau beli sendiri je kan? simpan la duit. ala, setakat barang tak sampai sepuloh hengget, apalah sangat nak menyimpan. jadi, aku macam nak bagi nasihat sikit kat sesapa yang suka duk meminjam tu. termasuk lah aku :P pertama, kalau dah pinjam barang orang, pandai-pandailah pulang balik. jangan la duk buat macam harta sendiri. paham? bila dah buat macam harta sendiri pegi cakap pulak kat tuan punya barang " weh! kalau ko nak barang ko ni, mintak eh " gitu pulakkkkk >_< kedua, k...

order biskut coklat cip

Image
pre order for choc chips cookies.  soooo crunchy!  RM20/250gm (include postage) postage will be done after 8th December 2013 either Sunday or Monday every week. send your message via fb inbox or text me at 011-29421204 p/s: no whatsapp no wechat. :) sesape nak order biskut coklat cip untuk makan-makan ke, untuk door gift ke, boleh la mesej kat nombor atas tu ye :) whatsapp @ wechat tak boleh sebab telefon rosak. hehe.

Pengapit

Image
Bila cuti sekolah maka, bertimbunlah kad-kad kenduri kahwin. Kad sendiri masih menanti. Kekekeke. Dalam tempoh empat minggu ni saja, dua orang gelpren aku nak nikah. Satu, dah selamat jadi bini orang. Satu lagi tengah menghitung hari. Sabtu baru ni, lepas je gelpren aku sah jadi bini orang, aku pulak yang terharu sambil terlebil-kebil tahan air mata keluar. Feeling sungguh. Dan untuk gelpren pertama, awal-awal lagi dah tahu kena jadi pengapit. Tapi takdelah pengapit sangat sebab dieorang tak sanding pun. Pengapit main-main gitu jelah. Tapi feeling dia gila cuak. Pengantin cool je. Aku tanya kawan aku " wehhh dok debor ke? " " biase je raseeee " Dan Alhamdulillah, dah jadi PUAN dah pun kawan aku tuuu. Tak dapat dah la nak tidor sesame lagi. Wuwuwuwuuuu. Gelpren kedua ni yang sebenarnya aku ditugaskan tukang buat muffin je lepas tu tolong mana yang patut la. Sekaliiiiiii, semalam time keluar dengan gelpren nombor dua dia mintak tolong jadi pengapit. Merah pada...

Subjek Akaun UiTM :)

Image
I just got back from KL and to be exact, going back for good. It's a long story, perhaps. Oh I have been missing too much with blogging, baking, watching tv. Ehehe. Ohhh, kalau ikut post yang lama ada pasal   life being as an accountancy student . Kat situ ramai rasanya adik-adik yang banyak tanya pasal akaun nih. Mungkin la sebab korang semua nak continue dengan akaun kan? Wish you all the best brothers and sisters :)) Sebab baru balik, maka barulah ada masa nak bukak dashboard ni. So, ada yang tanya subjek apa yang ada untuk belajar akaun? Err semua ipta/ipts sama ke belajar? Lain kan? Kalau nak tahu boleh, tapi akak boleh bagi yang UiTM jelah ye. Haaaa akak katanya. Kekekekeke. Financial Accounting 1, 2, 3, 4, 5, Computer Applications and Communications in Accounting, Computerized Accounting, Business Mathematics, Introduction to Statistics, Introduction to Business, Microeconomics, Macroeconomics, Principles of Management, Fundamentals of Marketi...

Balik Kampung

Image
Dah lama tak balik kampung oi. Sebulan lebih tu kira lama aaa. Muehehehehe. Jumaat lepas, memang super duper eksaited sebab malam tu nak balik kampung. Cuti raya katanya. Ehe. Haritu kat office mood lain macam je pegi keje. Semangat pulok. Dah la lepas habis keje tu, nekad jalan kaki reramai dari office ke Ampang Park. Setengah jam ++ kotttt jalan kaki. Lepas tu, bila sampai Kg Baru, jalan kaki lagi dalam 15 minit. Lepas tu, siap-siap keluar lepas maghrib pegi naik teksi, monorel, lrt, naik ktm. Haru betul. Tapi sebab nak balik kampung kan, layan ajelah.  Keluar lepas maghrib, tapi gerak balik pukul 11 malam gitulah kot. Jammed! First time jadi perantau balik kampung time raya. Seronok sangat tengok orang ramai! Tapi takde aaa tunjuk sangat seronok tu sebab balik dengan kawan. Nanti kawan aku ingat aku jakun sangat. Tapi memang agak jakun lah. Hakhak.  Bila sampai kat rumah pulak, memang FULLY BOOKED. Kena buat tu, kena buat ni. Jiran nak makan tu, kawan Ibu nak mak...

Life

Image
How's life? If you ever wonder about me. Wonder la sangat kan. Blergh. Aku kat rumah ni. Wehuuuuu. Ada kawan aku cakap " baru dua minggu keje dah balik kampung? " Muahahahaha. Ofkos la aku jenis yang selalu balik kampung. Tapi sekarang aku okay la. Sebab tak homesick teruk macam time study. Tak nangis ponnnnn. Sebak aje sikit. Tapi aku penat kot. Sangat. Pagi-pagi kena jalan kaki nak naik train dalam 10-15 minit, berebut naik train, jalan kaki, tukar train, jalan kaki, tunggu bas. Tssk. Kira macam life aku sekarang tak macam kat rumah sendiri aaa. Semua independent. Pastu pagi-pagi asyik makan nasi lemak. Setiap pagi okay. Naik jemu dah aku nasi lemak sama tu aje. Tapi sampai rumah pagi tadi Ibu buat jugak. Tapiiiiii kalau Ibu buat, setiap hari pun takpe. Kat sini banyak aku kena jaga. Jaga bajet, jaga iman, jaga segalanya. Bab bajet tu memang aaa. Semua benda aku berkira. Tapi kadang tu tak tahan jugak nafsu nak beli cheese tart la, cheese cake la. Memang bambam la...

Pesanan Penaja

Image
Alhamdulillah, itu yang utama. Permulaan Ogos yang baik or sebenarnya sangat baik :') Abah pesan; " JANGAN free hair pulok! " Ibu Pesan; " Ajor Ibu buat pudinggggggg " " Assignment tu tolong la siap cepat sikittttt" " Barang-barang kuih beli tong, simpan dalam tong " " Duit jimat " " bla bla bla bla bla blaaaaaa " *biasa la mak-mak.muahahaha Aku; ---dah boleh dah cari calon menantu untuk Ibu Abah ni. Kakakakaka ---rindu oven nantiiiiiii!! sangat TT_TT ---rindu ipangggg! ---rindu nak dengar orang bebel Till we meet again :')

Dua Puluh Tiga

Image
Selamat pagiiiiiiiiiiii. Time start menaip ni pukul tujuh tiga puluh lapan pagi bersamaan doploh satu Julai dua ribu tiga belas bersamaan doblas Ramadan. *semput*  Dah lama dah niat nak up entri baru sebab rindu gila nak membebel tapi tulah kan. hmmm itulah pasal. Busy katanya. Busy tido adalah. Wkwkwkwk. bangun tido mula la gelabah nak siapkan order biskut raya. So Ramadan korang amacam? Make sure baik okay. Pang kang sesapa yang ponteng termasuk adik aku. Muahahahaha. Siriyes aku memang tak cukup tido lately ni. Eye bags, Panda eyes, ni sume boleh jadi bff Panda. Dan lagi best, baju raya pun tak cari lagi. Tak sempat la noks. Nak keluar pun malas bulan pose gini. Asyik nampak katil je lepas buat biskut raya. Muehehehe. Sabor ajelah. Malam tido lambat. Pukul dua, pukul satu baru nak tido. Pastu pukul 5 dah bangun. Tu pun mem besor kejutkan. Kakaka Oh sembilan belas Julai lepas aku dah genap ah doploh tiga tahun. Perghhhh rasa makin tua sebab ramai gila yang dah ka...

Rancangan Lepas Raya!

Image
Ahlan Wasahlan Ramadhan Ya Kareem :) Alhamdulillah Ramadhan yang paling dinanti bertamu. Selamat berpuasa semuanya! ^_^ Might be busy for this month but InsyaAllah I will keep myself connect to Allah The Almighty. Promise ;) Oh, main point kat sini rancangan lepas raya. Cakap kat Ibu nak cari kerja kat KL. Kawan aku pun ada jugak lah suruh try apply dekat tempat dia. Sekarang pak sedara aku suruh apply dengan Malaysian Airport. Aku apply jelah dulu mana-mana. Adalah yang tau, aku apply keje dekat Abah aku tapi Ya Allah punya la lambatttttttttt. Bulan 10 tahun lepas lagi aku apply. Susah betul nak keje dengan gomen ni. Haihhh. Bisnes tu kira punca rezeki utama aku jugak sekarang ni. Alhamdulillah, everything went well. Tapi, aku nak jugak cari keje lain dulu sebab dah ada perancangan lain. Moga-moga Allah permudahkan :) I guess I am ;) First Ibu cakap kat Abah aku nak cari kerja kat KL lepas raya, Abah diam pastu abah macam tacing, menangis. Ibu told me. Hehehe. Comel...

Korean Stuff Online Shop!

Image
Assalamualaikum and HAIIIIII. Wah over tau duk caps lock HAI tu. Hiksss. So, ade tak yang suka gila Korean Products? Mestilah kannnnnn sebab barang-barang dieorang ni sangat comel okay! Aku pun tengok kadang rasa nak semua aje. Tu belum lagi part kalau dapat ke Korea kannnn. kalau dapat pergi mesti aku menyerlah kejakunan aku dengan benda yang sangat sangat comel. Hehehe. Ohhh aku pun suka jugak tengok Running Man ni haaaa. Kalau tengok, mesti aku gelak sorang-sorang sampai bergegor rumah ni agaknya. Ngeheeee. Sampaikan parents aku stress tengok aku gelak sorang-sorang. Muahahahaha. SO, sesape yang minat Running Man, apa kata kalau korang beli jeeee t-shirt Running Man ni kannn? So, kalau pakai pegi jalan-jalan, macam syokkkkk je kan. Kikikiki. Paham ke idok Bahasa Korea? Aku pon tak paham. Muahahahahah Boleh jugak tulis nama korang kat belakang baju tu. Pastu boleh main dengan kawan-kawan ye. Pastu kalau koyak baju, beli baruuuuu. Hakhakhak Ataupun, bo...

giving up

Image
orang cakap kalau nak sesuatu, jangan berhenti berusaha. tapi kalau dah usaha dan usaha jugak tapi akhirnya tak dapat so bukan rezeki kita lah kan. kalau terus kejar pun dapat apa? dapat penat lelah adelah. mungkin Tuhan dah tentukan jalan yang lain untuk kau. sama jugak macam kau suka seseorang. kau dengan dia sama-sama tahu. kau bagi hint, dia tahu. yang pasti, dia tahu. tapi dia? sama ada dia buat tak tahu atau dia tahu tapi malas nak ambik tahu. "kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu tapi kau memilih untuk yang satu itu yang paling dungu yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu" dan akhirnya apa yang kau, aku, kita semua perlu buat ;

Pssst Pssst. Ade bende nok kabor!

Image
rasa lapor nengok ni haaaaa pics from tumblr Lupe pulok sekarang ni nak update blog ni haaa. Malas kemain. Hari-hari duk skodeng stegrem pastu non stop duk like gambor makanan. Perghhh. Time lapor, kalau nengok memang rasa nak makan je henpon. Rasa ajelah. Makan sungguh kang macam tak logik. Muehehehe. Pastu nak kabor ajelah yang aku dah ada blog lagi satu. Hiks. Blog untuk tempat bisnes kocik-kocik ni jelah. Tapi, area Terengganu jelah aku cover haaa. Kalau jauh tak mampu ler. Nak pos pon memang tak boleh. Cehh bajet macam hebat aje apa aku buat.  Baking ni dah jadi macam addict kadang tu tau. Lepas buat order banyak, ingatkan nak rehat tapi tak boleh. Sebab rasa jugak nak baking tu. Penat tu toksah cakap lah. Tapi hmm itulahkan. So, lusa nak pegi KL. Aku nak mengulor kat Bake With Yen!!!! Tak sabor weh. Bulan lepas lagi aku dah buat list nak beli apa benda. Muehehehe. Eksaited :P Iqa's Baked Tu haaaa link blog lagi satu. Takde banyak gambar sangat pon. Ba...

Risau Pasal Jodoh.

Image
Alhamdulillah. Ramai sangat kot kawan sekolah, matrik, uni dah kahwin. Best tak? Hiksss. Tak kurang ramai jugak kawan sekeliling aku yang bertunang dan nak kahwin dalam tahun ni jugaklah katanya. Wahhh. Mohon tumpang sekaki. Kakakaka. Tapi, yang pasti aku dengan beberapa orang lagi kawan aku memang cuak dengan diri sendiri. Masing-masing duk risau kenapa tak jumpa jodoh lagi. Haha. And to be truth aku ade lah duk waksap dengan kawan aku. Cakap pasal nilah kan. Dedua debor sebab bila turn kiteorg ni. Yela, tahun ni pon dah ramai sangat kawan yang nikah. Tu coming soon dalam hujung tahun ni ada lagi. Siap plan nak cari doa cepat dapat jodoh kot. Hehe. Ramai yang cakap kat aku "sabar. nanti adelah tu.." "memilih sangat kot..." Wahaaaa. Taklah macam tu. Tapi, maybe aku rasa risau sebab sekarang dah macam trend kahwin muda. Tapi baguslah. Sebab tu pun yang aku nak. Kalau la boleh. But seems like my parents won't allow me. Haha. Umur baru doploh tiga tapi bi...

Konvokesyen UiTM ke 78

Image
muka puas hati - kata kawan aku muka penat melampau - kata aku ;) Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya pakai jubah konvo, naik pentas ambik scroll. Perasaan waktu tu macam "SERIUS?? AKU KONVO WEH!!" Muahahahaha. Gebang sangat kannnnnn. Sebab yang sebenarnya aku tak ready sangat nak pegi konvo ni. Busy sikit sebelum tu. So, aku lupa pasal konvo. Baju last minute tempah. Kasut pun aku pakai yang raya tahun lepas. :P Walaupun segulung Diploma tapi rasa sangat bertuah. Sebab aku yang pertama dalam family. Kikikiki. Tahun depan giliran Ibu pulak! :) Abah, Ibu. Segalanya bagi aku. Saat aku jatuh Ibu dengan Abah yang bagi semangat dalam diam :') Walaupun kadang aku ada perangai yang tak boleh nak kontrol, but still I know they love me soooooo much! Hehe. NOW WE ARE DIPLOMA IN ACCOUNTANCY HOLDER!! Kawan-kawan seperjuangan, Semoga kita terus maju selepas ni. Semoga kita terus kekalkan ukhuwah kita :') Terima kasih kawan-kawan yang sanggup t...

Random Post #6

Image
I wish I am still a kid. And you too right? :) Kebelakangan ni sibuk memang agak sibuk. Minggu ni baru reda. Itupun ada jugak keje nak kena buat. Cat rumah! Haaaa dah lama bertangguh sebab sibuk siapkan order, sibuk dengan PRU. So, minggu ni memang dah tanam niat tak nak dah ambik order. Sebab nak siapkan mengecat rumah. Gitew. Time mengecat tu rasa macam turun doploh kilo. Sebabnya duk mandi dengan peluh. Semalam je empat kali duk mandi. Pheww. Even sekarang buat bisnes kecik-kecik sendiri, tapi still rasa penat tu ada. Tak cukup tidur tu wajib. Bawah mata makin lebam. Mata pun sembap je. Kadang rasa nak give up. Kadang, sampai tahap nak menangis sebab penat sangat. Tapi, bila dah siap sume dapat rasa satu kepuasan yang sangat hebat. Wahhhh kemain kau ayat. Kikiki. Oh yeah. End of this month, InsyaAllah I will have my new oven. I had requested from Abah I want a bigger one. Nanti senang sikit nak buat keje. Cewahhh. Lagipun Ibu dengan Abah dah bagi support aku buat bakery ...

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Image
Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :) Resepi crust Bahan-bahan: 1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la ) 1/2 cawan gula 1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye ) 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay ) Cara-cara: 1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu. 2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang. 3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje. 4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi ...

Nama Panggilan

Image
Tadi aku tetiba terfikir pasal nama sendiri. Aku perasan yang aku memang dipanggil dengan semua nama yang aku ada. Cewah. Macam banyak aje hah. Tapi kira setiap orang berlainan. Orang ni panggil Iqa, orang tu panggil Puteri, orang tu panggil Izyan. Nasib tak panggil Binti dengan Mohamad je. Iqa ni kira nama common lah. Mostly aku prefer orang panggil Iqa. Selesa sangat dah nama tu. Kalau panggil nama lain aku akan macam malu sikit. Entah pape. Kalau Puteri ni dulu lecturer matrik ada yang guna. Tapi paling kerap guna time aku belajar kereta. Cikgu kat situ semua panggil aku Puteri. Segan woo. Rasa nak sembam muka kat tanah time tu. Awkward. Izyan ni start masa Form 1. Time tu aku paksa rela duduk hostel pastu orang tak boleh panggil aku Iqa sebab dah ada nama Eka. Takut tertukar. Tapi kejap je lekat Izyan. Sudahnya Iqa jugak. Pastu ada jugak aku suruh bekas pakwe panggil Izyan. Tapi dia try panggil Izyan, aku buat dek. Tak perasan nama sendiri. Kadang aku terfikir juga,...

Calon Bakal Menantu

Image
Kali ni lain macam geli nak taip entri ni. Tapi, taip jugak kan? Heh. Sekarang, dah ramai kawan yang nikah, anak jiran-jiran. Pastu sejak-sejak tahun nilah kan, Ibu banyak kali jugak lah tanya pasal boipren ni. Sebab dulu anak perempuan die ni boleh tahan miang duk boipren sane sini. Haha. Tak lawak pun kan? Nampak gedik je adelah haaa. Tapi steady je aku jawab tak. Pastu pulak malu bertambah-tambah bila Ibu bukak cerita aku bawak balik boipren kat rumah dulu. First and last aku buat keje tu lepas kena marah. Huwaaaaa. Aku memang malas nak ajak kawan laki datang rumah. Kalau raya pun, aku pilih orang jugaklah sape yang boleh datang. Yang kawan dari kecik aku on. Kalau kawan yang sekarang ni aku seram lain macam nak ajak. Setakat tegur-tegur dalam facebook or sms tu boleh la. Sekarang pun Ibu macam open sikit ah bila cite pasal wedding ni. Pastu siap bagitau lagi ciri-ciri calon bakal menantu. Ceitttt. Tapi problem jugak lah sebab orang yang aku suka jauh sangat lari dari Ibu ...

Rasuah Ke Macam Tu?

Image
Sepanjang minggu lepas, abang-abang dan pakcik-pakcik TNB datang depan rumah nak betulkan balik aliran letrik ke mende tah. Termasuklah dalam rumah aku. So sebelum turn rumah aku, rumah jiran sebelah dulu. Sebab dieorang buat kerja lama sangat pastu pulak cuaca sekarang memang bahang tak terkata aku nampak dieorang sediakan air. Dalam hati aku cakap " Ohhh, nanti kalau turn rumah aku, aku kena buat air jugak. " Beberapa hari lepas tu, baru turn rumah aku. Malam sebelumnya aku tanya semua orang dalam rumah. " Doh kekgi kalu orang TNB mari, nok wak air ke gane? " *pahang dok? hahaha Pakcik aku jawab " Dakyoh la. Kire macam rasuoh kekgi " Abah jawab " Beli air kotok je... " Aku pun diam. Rasuah? Hm. Sikit pun takde niat nak merasuah. Serius. Memang dah pesen, Tengok orang datang buat keje kat rumah kite sampai tahap baju boleh perah air peluh takkan aku nak kelip-kelip tengok? Setakat hulurkan air gitu aje. Tadi aku tengok iklan...